TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

11 November, 2009

Sibuk Hujung Tahun

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:31:00 PG | No comments
Setelah berhempas pulas .. menguruskan pertandingan badminton sabtu lepas.. dari kerja-kerja awal seliaan pertandingan tersebut sampailah ke harinya .. agak kalut dengan tugas lain namun dengan izin Allah dari bantuan rakan dan anak didik, saya berjaya memastikan kemeriahan perlawanan tetap ada. Dengan semangat kesukanan dan ukhuwah yang akrab.. dengan sukan ini terus menyerlahkan keakraban guru-guru dan pelajar.
Peserta begitu semangat untuk terus menyertai dan bertanding sesama mereka. Guru-guru juga begitu hebat 'menunjukka' skill, walaupun itulah pertama kali dalam setahun ini bermain sukan.. apa lagi kejang la segala otot dan urat.
Bagi saya, walaupun sedikit kepenatan.. adakepuasan kerana berjaya mengadakan pertandingan ini. Terima kasih kepada rakan dan anak didik yang terlibat.
Pagi Ahad, sekali lagi saya diperlukan menyampaikan taklimat mengenai pengurusan blog kepada pelajar yang sudah mempunyai blog sendiri. Taklimat ini amat penting pada saya agar semua blogger dari kalangan pelajar lebih bertanggungjawab dengan apa yang diterbitkan. Dari pagi sampai la ke tengahari saya bersama kumpulan blogger sekolah yang ingin mendengar taklimat dan cara mengendalikan blog.

Kaki saya masih terasa kejang, dah petang saya ambil masa untuk rehat tidur, dapatlah dalam 2 jam saya tidur. Dalam pada itu isteri sibuk tolong mengemaskan pakaian saya ke dalam beg. Menjelang pukul 10 malam saya pun bertolak ke Klang untuk menghadiri taklimat di SAMTTAJ seksyen 11 Shah Alam jam 9 pagi Isnin. Pukul 3 pagi saya sampai di Klang, rumah sepupu untuk ambil masa dan rehat di situ sebelum bertolak ke S.Alam jam 8 pagi. Tahniah kepada cikgu Sayuti dan cikgu Hidayah kerana telah ditempatkan di IPG yang sesuai dengan opsyen masing-masing.

Petang itu juga setelah tamat taklimat dan penyampaian surat penempatan maktab tersebut, saya rehat minum dengan rakan di Seksyen 13 dan terus bertolak ke KL mencari Hotel Midah bagi menghadiri satu menyuarat yang akan berlansung sampai hari Rabu. Mesyuarat Data HRMIS bagi kakitangan awam la yang saya maksudkan. Penat dan pening kepala kerana agak sibuk dalam 2-3 hari ini.
Itulah sebahagian tugas saya, menguruskan sekolah dalam memastikan sekolah maju dan terus maju. Terima kasih dengan rakan-rakan yang memahami dan menyokong saya.

p/s : bak Kata Cikgu Wan .... Pun macam Pak Aji Jugak

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates