TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

20 November, 2009

Majlis di Penghujung tahun 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:55:00 PTG | No comments
Selesai sudah peperiksaan idadie thanawi bagi tahun ini, sementara itu unit kokurikulum masih dengan projek karnival koku bagi acara terakhir minggu ini adalah mencari harta karun .. yang menggunakan cara ' explorerace' . Dan ada lagi aktiviti yang saya tak sempat nak cerita di sini.

Ada majlis yang dirancang bagi meraikan guru yang berpindah dan akan menamatkan kontrak bertugas di sekolah ini. Khamis malam Jumaat lalu, menjadi malam yang cukup istimewa apabila program yang mengabungkan majlis perpisahan dengan majlis makan malam akhir tahun asrama. Malam yang penuh kesyahduan menyaksikan linangan airmata dan kesayuan berikutan pelajar dan warga sekolah ini terpaksa berpisah dengan rakan yang turut memperjuangkan pembangunan sekolah.
Puan Norashikin Shamsudin yang merupakan PK Pentadbiran sekolah ini terpaksa melangkah kaki meninggalkan sekolah beralih arah ke Selangor. Dalam ucapanya pada majlis malam tersebut, beliau megimbau di awal kehadiran beliau ke sekolah ini yang pada awalnya hanya memiliki sekitar belasan orang pelajar. Namun ujarnya kini sudah mencecah 170 pelajar. Kata-kata semangat beliau tanamkan kepada semua hadirin yang ada.


Guru yang kedua diraikan pada malam tersebut ialah cikgu Rahayu Bt Abd Hamid, salah seorang guru dari pakel ransangan ekonomi. Guru baru yang agak aktif dan bersemangat tinggi memberi pendidikan kepada semua pelajarnya. Baru 5 bulan bertugas, beliau mengatakan cukup serasi dengan sekolah ini, dengan semua warganya dan para pelajar yang baikd an berakhlak. Beliau dalam keadaan sedih dan sayu sehingga menitiskan airmata cukup teruja apabila diraikan di dalam majlis yang cukup bermakna.


Selepas itu giliran Cikgu Haslinda pula mengambil tempat menyampaikan ucapan, dengan penuh semangat dia menasihatkan kepada semua pelajar agar meneruskan pendidikan dan terus belajar demi masa depan. Walaupun beliau hanya mampu berucap pendek namun semangat yang ditiupkan kepada pelajar amatlah besarnya harapannya untuk melihat pelajar sekolah ini berjaya.


Setelah itu, majlis mengundang pengetua bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada guru yang diraikan. Pengetua amat berbangga dengan usaha dari guru berkenaan telah turut sama menyumbang dlaam meletakkan nama sekolah ini sebrais dengan SMK yang telah lama mencipta kejayaan. Kini sekolah terpaksa memngizinkan mereka pergi untuk bertugas di tempat lain. Semoga ada kesempatan untuk kita semua berjumpa lagi. Kemudian pengetua menaikkan semangat pelajar dengan laungan 'boleh' berjaya dan buktikan kejayaan di masa depan.

Mengakhiri majlis dengan majlis penyampaian cennderamata kepada guru yang diraikan dan penyampaian hamper kepada dorm tercantik serta anugerah pengurusan asrama kepada ketua asrama.
Tetamu dihidangkan dengan jamuan satay dan nasi lauk daging sebagai hidangan jamuan ini. Disamping itu juga ada aiskrim dan kueh wadai kepeng.

Terima kasih dan jasamu tetap kami kenang
Saya selaku rakan setugas juga mengucapkan terima kasih kepada cikgu nora, cikgu rahayu dan cikgu linda yang telah benyak berjasa dan membantu dalam menjayakan visi dan misi sekolah. Semoga kita dapat lagi bekerjsama di masa akan datang

Layari Video jamuan ini di Youtube . tak percaya ker . dah ada di youtube ... tak percaya klik SINI

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates