TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Januari, 2010

Disebalik tabir... Hari Anugerah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:41:00 PTG | No comments
Salam kepada semua pengunjung yang mengikuti entri dari blog ini samada melalui FB atau terus singgah ke laman blog ini. Tentunya meriah sambutan Hari Anugerah yang berlansung pagi tadi, secara umumnya saya katakan berjaya, walaupun pihak pengurusan program menghadapi sedikit masalah dari segi pengurusan masa yang agak kurang memuaskan namun tetap berjalan lancar seperti dirancang.
Tahniah kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam pengurusan program ini. Walaupun kecil sumbangan tenaga dan idea yang diberi namun memberi impak yang besar kepada kejayaan program. Segala kesulitan yang berlaku amat berguna untuk diambil pengajaran oleh guru yang baru, yang mungkin akan mengguruskan program seperti di masa akan datang.
Pelajaran utama ... Jangan mudah menyalahkan sesama rakan, jangan putus idea jika berhadapan masalah. Tahniah kepada pengurusan program kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya.
Jom layan ...


Pasukan teknikal amat penting ... kelihatan pelajar Mohd Noor Iqbal membantu unit siaraya


Diketuai Mohd Syafiq Mat Isa dalam pemasangan alat siaraya


pekerja kantin juga memainkan peranan penting


Unit Penyambut tetamu bersedia menerima tetamu yang hadir


Pengerusi Majlis .. bersedia menjalankan tugasnya sebentar lagi


Cikgu Jupri dan Cikgu Sayuti .. bersama memasang banting sebagai 'Gimik' hari esoknya


Kelihatan Ustazah Roshida sedang sibuk dibelakang tu.. memasang tirai pentas


Cikgu Linda .. sibuk melatih pasukan nasyid bagi persembahan pelajar

TERIMA KASIH SEMUA

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Hari ini, Sabtu 30 Jan 2010 merupakan hari yang dipilih bagi penganjuran Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik yang turut sama diadakan mesyuarat agung PIBG sekolah ini bagi tahun 2010.
Bermula sekitar jam 9.00 pagi tadi, semua para jemputan yang terdiri daripada para ibubapa, Ajk PIBG dan tetamu jemputan telah berada di dalam dewan sekolah bagi menyaksikan majlis penyampaian hadiah kepada semua pelajar yang telah mencatatkan keputusan yang cemerlang bagi semua peperiksaan bagi tahun 2009.
Dimulai dengan ucapan oleh pengerusi majlis En. Jupri Sanhosi yang mengalu-alukan kehadiran semua pelajar, ibubapa, Ajk PIBG dan tetamu kehormat Ustaz Shaari Bin Bakar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian.
Sesi Ucapan diduhului oleh Tuan Pengetua Sekolah Hj Mohd Said Bin Hasnik, beliau banyak menyentuh berkaitan peranan ibubapa dalam bekerjasam dengan pihak sekolah bagi terus menjana kecemerlangan. Beliau turut menyentuh berkaitan peranan Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dalam bersama dengan PIBG bagi memimpin pentadbiran sekolah ke arah yang lebih gemilang. Antara harapan beliau agar ibubapa dan para waris dapat mengimbau kembali bagaiamana masyarakat dahulu membantu sekolah ini dari segi pembiayaan dan bantuan lain yang lebih menguntungkan pelajar sekolah. Usaha bagi mengembalikan masyarakat setempat terutamanya agar terus mendokong sekolah ini akan digerakkan kembali dan diperhebat dengan bantuan PIBG agar sekolah ini terus maju dalam semua bidang. Beliau mengakhiri ucapannya dengan harapan semua pihak samaada guru, PIBG, LPS dan masyarakat dapat bersatu demi mempertahankan institusi agama seperti sekolah ini.
Ucapan seterusnya datangnya dari Perasmi majlis iaitu Ustaz Shaari Bin Bakar selaku Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian yang banyak menambah berkaitan peranan sekolah sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Beliau juga menyentuh sejarah awal SABK yang bermula dengan Sekolah Agama Rakyat kemudian diserap menjadi SABK. Kini SABK amat diminati oleh semua pihak yang mahu pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Sekolah dibawah tadbir bahagian Pendidikan Islam PPD meliputi SABK, KAA dan SMKA bakal melahirkan profesionalisma muslim yang berakhlak dan berintergriti.
Menurutnya kewujudan PIBG amat penting di sekolah, peranannya bukan sahaja sebagai satu persatuan yang kecil bahkan amat besar sumbanganya kepada penentu kejayaan sesebuah sekolah. PIBG perlu memikirkan sesuatu yang baik dan bermanfaat terutama bagi sekolah ini untuk memajukan lagi pencapaian akademik dan akhlak pelajar. Beliau amat berharap agar tidak timbul masalah atau pertelingkahan dalam komuniti sekolah. Hubungan semua komponen yang berada di bawah satu bumbung sekolah perlulah beretika dan saling bekerjasama.
Beliau turut menyarankan agar segala masalah yang timbul cepat diselesai agar tidak membawa kepada keadaan yang lebih parah. Jika telah parah akan menhancurkan segala usaha untuk memajukan pendidikan sekolah. Terutama sekolah ini yang masih baru yang diibaratkan seperti anak dara yang menjadi rebutan teruna. Ramai orang semakin berminat untuk menghantar anak ke sekolah agama seperti sekolah ini.
Di akhir ucapan beliau, PPD akan sedia bekerjasama dalam membantu usaha dan sebarang program yang dirancang pihak sekolah agar pendidikan anak bangsa akan dapat mencapai sasaran. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, beliau telah merasmikan majlis Hari Anugeah dan Mesyuarat Agung PIBG 2010.

Begitu petikan sesi awal initipati ucapan dari wakil perasmi majlis. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan akademik, penyampai sijil penghargaan dan anugerah tokoh pelajar. Majlis diakhiri dengan jamuan setelah selesai mesyuarat agung PIBG.

Turut dimuatkan persembahan nasyid dari kumpulan Soutul Hidayah dan majlis 'Gimik' pelancaran Projek Al-Hidayah Gemilang 2010 dengan Ustaz Shaari Bin Bakar diberi peluang memotong riben pada banting bagi menandakan bermulalah usaha bagi merealisasikan kecemerlangan yang lebih lagi pada tahun ini.


Terima Kasih kepada yang terlibat. Jom layan foto cerita hari ini...


Ustaz Shaari ketika menyampaikan ucapan


Ibubapa yang hadir bagi mesyuarat agung PIBG

Khusyuk meneliti buku mesyuarat agung PIBG


Barisan AJK PIBG yang lama


Meja pendaftaran .. sedang sibuk mengagihkan buku dan cenderamata kepada yang hadir


Pelajar yang turut sama di dalam dewan


Pelajar Mohd Naim Nordin menerima hadiah bagi kecemerlangan PMR 2009


Pelajar Siti Mursida menerima hadiah kecemerlangan kelas 4A


Pengetua menyampaikan cenderamata kepada perasmi Us Shaari


Us Shaari .. bersama mendengar ucapan pengetua

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

28 Januari, 2010

VAN BARU .. BARU SAMPAI ...

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:54:00 PTG | No comments
Hari yang dinanti, apa yang nak datang yer... Pagi tadi beberapa orang guru telah pergi mengambil van yang akan menjadi pengangkutan kedua sekolah setelah berjaya mengumpulkan dana yang agak besar. Melalui PIBG sekolah, kutipan telah mula dilancarkan pada awal tahun lalu dan berjaya beroleh van yang pertama dengan harga RM9k, hari ini van yang lebih besar dan masih berkeadaan baik dapat diperolehi melalui kutipan dana berjumlah hampir RM22k. Dengan wang terkumpul sebanyak itu, dapatlah usaha bagi mendapatkan van yang bakal menjadi penguangkutan utama pelajar ke merata tempat dapat dibawa balik ke sekolah.
Dengan adanya van yang baru ini, sedikit memudahkan pelajar untuk membuat aktiviti luar. Tujuan utama kenderaan ini dibeli adalah bagi memudahkan pelajar asrama berulang alik ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Disamping itu ianya juga menjadi kenderaan utama sekolah bagi sebarang aktiviti luar.
Ucapan terima kasih pihak sekolah rakamkan kepada pengurusan PIBG, para ibubapa, para waris dan penderma yang sudi memberi sumbanagn dana untuk pembiayaan membeli van ini.
Terima kasih semua. Semoga sumbangan kita semua dikira sebagai ibadah dan diberkati Allah.
Pada sesi akan datang kita fikirkan bersama keperluan yang lebih penting bagi kemudahan pelajar.

Dua buah VAN hasil inisiatif PIBG



Tertera di kiri dan kanan van tulisan 'PIBG SMA Al-Hidayah'

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

23 Januari, 2010

Pengkodan semula aset alih kerajaan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:49:00 PTG | No comments
Sebelum entri ini saya teruskan, ingin saya sampaikan ucapan terima kasih kepada Wartawan Sinar Harian Edisi Perak yang telah menerbitkan artikel berkaitan sekolah ini lagi pada keluaran semalam 22.01.2010 bagi kolum sekolah perak. Saya sempat mengkhabarkannya kepada pengetua dan pengetua juga mengharapkan agar penerbitan dari surat khabar sinar harian ini mengambilkira tanggungjawab dari apa yang ditulis. Penulisan biarlah mempunyai gaya bahasa yang baik dan tidak menyentuh mana-mana pihak yang berkepentingan kepada sekolah ini bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul di masa akan datang. Terima Kasih wartawan Saiful Baharil yang sedia melaporkan apa juga aktiviti sekolah ini.

Hari ini Sabtu, yang sepatutnya menjadi hari cuti kepada semua kakitangan sekolah. Diketika ada sekolah yangmengadakan hari persekolahan kerana ingin mengantikan cuti yang akan diambil bagi sambutan Tahun baru Cina akan datang, kami warga sekolah sama-sama bergotong royong membuat pengkodan semula kepada aset alih kerajaan.
Dengan tenaga kakitangan yang ramai memudahkan lagi pengagihan kerja dan kerja-kerja pengkodan berjalan lancar. Bermula jam 9.00 pagi semua kakitangan yang hadir diagihkan mengikut tahun aset diterima dan mula diberi taklimat oleh wakil dari pentadbiran En. Khousairi Mohd Radzi mengenai penetapan bilangan dan pengisian data borang kew.pa 3.
Pengetua sekolah juga turut hadir memantau gerak kerja gotong-royong ini dan turut membantu apa yang perlu. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan guru dan staf sokongan yang sudi meluangkan masa hadir membantu gotong royong ini. Saya mengharapkan kerjasama seperti dapat menjadi tonggak utama kemajuan sekolah kita. Inilah 'keistimewaan' SMAAH... sejak dari dulu lagi. Semoga usaha ini dapat membantu pihak pentadbiran sekolah menguruskan aset dengan lebih tersusun. Terima kasih semua ...

Kelihatan pekerja kebersihan sekolah turut sama membantu


Rehat sebentar setelah penat mengangkat barang .. kena sambung kerja


PA Khousairi dan Cikgu Marzuki sama-sama menampal pelekat


Puan Lilly dan guru perempuan turut tidak ketinggalan membantu ...


Perbincangan dan taklimat sedang dijalankan sebelum gerak kerja


Taklimat kepada kumpulan awal yang akan memulakan kerja

p/s . Mana yer.. Teh, Hidayah, Suryani, Azila, Roshida, PM Faezah.... Kemana yer mereka nie...

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

21 Januari, 2010

Foto Terkini Bangunan 4 Tingkat

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:22:00 PTG | No comments
Foto di bawah ini menunjukan bangunan baru 4 tingkat yang menampakan hampir siap. Sejak seminggu lalu, begitu rancak kerja-kerja akhir dilakukan. Setelah begitu lama dan begitu banyak perundingan dengan pihak berwajib kepada projek ini diadakan, kini baru ianya memperlihatkan kesan positif. Dapatlah kami para guru dan pelajar berpindah ke bangunan baru dalam sedikit masa lagi.


Koridor yang mempertemukan kedua-dua blok


Blok di bahagian depan

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

'Spot Check' Fizikal

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:16:00 PTG | No comments
Dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan disiplin di sekolah ini. Bahagian HEM melalui unit disiplinnya akan sentiasa membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan tiada unsur negatif yang dibawa masuk ke dalam sekolah. Ianya meliputi pemeriksaan rambut, kuku, pakaian, dan bahan terlarang yang mungkin dibawa pelajar.



AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

19 Januari, 2010

Layan jer la.. foto nie..

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:12:00 PTG | No comments





















AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

18 Januari, 2010

Guna Internet secara berhemah dan jujur

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:29:00 PTG | No comments
Salam .. hari ini dah masuk minggu ketiga persekolahan sesi 2010. Saya masih sibuk menguruskan data, setelah minggu lepas bertungkus lumus menyiapkan jadual sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun ini. Naik penat jugak menguruskan semua tu, minggu ini saya tumpukan kepada meyelengara data emis, memasukan data jadual, enrolmen, mengemaskini perubahan-perubahan terkini yang penting. Naik pening jugak dengan ini semua, namun dah jadi tugas kena la siapkan.

Namun apa yang jadi masalah adalah capaian internet 'schoolnet' yang kerap terganggu, saya tak pasti apakah sebab utama kerana 'cable' tak kena potong pun, 'line' ok cuma coverage down. Mungkinkah 'receive' terlalu tinggi sehingga menyebabkan talian 'down'. Saya selalu nasihatkan rakan-rakan untuk menggunakan talian schoolnet ini dengan berhemah bagi kemudahan semua. Kita berkongsi keperluan capaian internet, untuk itu perlulah kita saling bertanggungjawab mengguna dengan cara yang paling baik.

Bercakap tentang berhemah ini, saya juga mendapat maklumat berkaitan kotak inbox webmail rasmi sekolah yang mengalami kekurangan saiz kapasiti emailnya. Saya sempat menyelengara kandungan email di inbox email rasmi sekolah dan mendapati banyak email yang masuk dari satu syarikat yang menjalankan perniagaan internet. Jenuh jugak saya 'delete' email-email yang tak diundang ini. Saya terfikir sesuatu, siapakah yang 'mendaftar'kan email dari syarikat ini....? Siapa yang mendaftarkan email rasmi ini menjadi 'downline'? .. Saya nukilkan di sini agar 'upline' email rasmi sekolah ini tahu dan sedar apa dia lakukan. Email ini untuk urusan RASMI sahaja.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

14 Januari, 2010

Foto Taklimat HEM 1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:08:00 PTG | No comments

Cikgu Marzuki penyelaras Hari pelajar 2010


Ketika sesi taklimat sedang berlansung


Cikgu Nazrudin memberi taklimat

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

12 Januari, 2010

Lawatan KP Pelajaran Malaysia ke Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:56:00 PTG | No comments
Semalam 11 Januari 2010, PPD Kerian telah menerima tetamu pimpinan tertinggi dalam pengurusan pendidikan Malaysia iaitu Tan Sri Alimudin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau hadir ke Kerian atas lawatan kerja. Turut kelihatan bersama beliau Pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Ketua Sektor SPI dan pegawai-pegawai JPN Perak, dan juga semestinya yang meraikan beliau pegawai-pegawai PPD Kerian.
Sumber foto dari unit ICT PPD Kerian. Lagi foto di portal PPD kerian atau di sini

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

Kini Di Facebook

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:31:00 PTG | No comments


Salam pada semua pengunjung setia blog sekolah ini, buat makluman semua blog ini mempunyai sisipan di facebook dan mempunyai kumpulan sendiri di situ. Kepada mereka-mereka yang mempunyai laman facebook boleh menyertai kumpulan warga 'team al-hidayah'.
Kini begitu meriah kakitangan mendaftar diri di facebook, kini bolehlah kita semua bertukar-tukar pendapat melaluinya. Kepada yang ingin bersama kami dialu-alukan. Selamat berforum di facebook ini.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

08 Januari, 2010

Jup@Pizza

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:48:00 PTG | No comments
Petang tadi, sempat Cikgu Jupri ajak kami semua bersantai di Pizza Hut Parit Buntar. dalam keadaan sibuk nak membeli keperluan majlis kenduri cukur jambul .... saya luangkan masa 'join' sekali ... dah agak lama 'geng' ini tak lepak-lepak sembang-sembang mencari idea baru. Di sini antara tempat kami berbincang dan bertukar-tukar idea. Riuh rendah hilai tawa kami dalam pizza hut nie.. itulah ragam 'geng' otak merapu nie.
Apapun terima kasih Jup... ini sudah bagus.. hari-hari belanja pun ok jugak .. hahaha..
jom la layan wajah-wajah ceria 'geng al-hidayah'.

Abang Marzuki dan Isteri .... sedut bro ...


terima kasih jupri .... lain kali 'free' lagi la...

... Pening kepala ... jom kita bermain dengan penguin2 di bawah nie... gerakkan mouse...

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

Minggu Orientasi Dah pun Selesai....

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:55:00 PTG | No comments
Hari ini diadakan majlis penutupan minggu orientasi pelajar baru tingkatan 1 2010. Majlis yang terpaksa diadakan di dalam dewan sekolah berikutan keadaan hujan dari awal pagi. Turut diundang pelajar dari tingkatan yang lain untuk turut sama dan sebagai program perhimpunan mingguan.

Majlis dipengerusikan oleh adik Noratikah Sahari dengan dimulakan alunan zikir asmaul husna, Negaraku dan Lagu Perak dipimpin oleh Adik Tarmizi Abdullah. Ucapan didahului oleh Ustaz Mohd Shahril Ibrahim, bagi menerangkan serba sedikit pengurusan kurikulum dan akdemik bagi tahun 2010. Beliau juga menyentuh berkaitan kejayaan yang telah dicapai pada tahun lepas antaranya penglibatan pelajar dalam aktiviti Koku seperti Majlis tilawah Alquran (MTQ), kegiatan sukan MSSD, kegiatan perkhemahan dan lain-lain. Ujar beliau, pelajar sekolah ini telah mampu memberi saingan kepada pelajar dari sekolah-sekolah lain.

Selain itu beliau juga menerangkan berkaitan pendekatan ‘Alhidayah gemilang 2010’ yang akan dibuat ‘blue print’ sebagai garis panduan perangkaan dan penyusunan dalam memperkasa kecemerlangan sekolah ini. Diakhirnya ucapannya, mengucapkan selamat datang kepada warga baru dan berharap akan memberi kerjasama yang baik kepada semua.

Ucapan seterusnya oleh Cikgu Nazruddin Abd Rasid sebagai PK HEM disekolah ini menyentuh hal ehwal pengurusan disiplin dan perancangan unit HEM bagi memantapkan pengurusan disiplin peajar sekolah ini. Berbagai pendekatan akan dilakukan dalam usaha membentuk dan mentarbiah pelajar bagi merealisasikan generasi murabbi.

Pengetua Tuan Hj Said Hasmik menambah dalam ucapannya selepas itu supaya pelajar bersiap diri menerima ilmu dalam sesi pembelajaran disekolah ini. Beliau turut meminta pelajar berazam untuk memajukan diri dan seterusnya mencapai kejayaan.

Slot kali ini juga diberi kesempatan kepada guru baru untuk memperkenalkan diri. Dimulai dengan Ustazah Zaiton Bt Omar dan diikuti Ustazah Shahrul Maufirah Abdullah. Kedua-dua guru ini berasal dari Kelantan.

Di akhir majlis, bacaan ikrar oleh wakil pelajar tingkatan 1 bagi semua pelajar baru yang akan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah ini. Semoga para pelajar sudah bersedia menempuh tahun 2010 yang lebih mencabar ini.


Jom layan foto yang sempat dipaparkan di sini...



Bersama Pengetua Us Hj Mohd Said Hasnik



Pelajar melaungkan ikrar


Ustazah Shahrul Maufirah Abdullah


Ustazah Zaiton Omar


Rakan guru yang duduk dibelakang


PK HEM En Nazrudin Abd Rasid


Himpunan pelajar di majlis penutupan orientasi


Kami bangga menjadi sebahagian warga Al-Hidayah


SELAMAT MAJU JAYA


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates