Salam pada semua pengunjung setia blog ini, mungkin di antaranya pelajar, guru, bekas pelajar, bekas pendidik, ibubapa pelajar, kakitangan dan pegawai pelajaran di KPM, JPN dan PPD serta peminat blog ini. Selamat Tahun Baru Masihi 2010. Dah 10 tahun kita di alaf baru, dan juga dah 5 tahun SMA Al-Hidayah ini menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dari tahun penubuhannya 1949, berbagai rintangan dan kejayaan yang telah dilalui. Dari susah payah orang dahulu membina sekolah ini sehingga kini masih teguh berdiri memberi pendidikan akademik dan agama untuk anak masyarakat setempat. Namun kini fungsinya lebih luas apabila diserap masuk menjadi SABK. Sekolah mula menerima pelajar dari luar kawasan dan mula menerima penempatan tenaga pendidik yang datang dari jauh , sejauh Sabah Di Bawah Bayu.
Saya yang telah bersama sekolah ini sejak berumur 13 tahun, bersekolah menengah di sini sehingga tamat tingkatan 5 dan kini menjawat jawatan guru sudah pun 8 tahun. Jatuh bangun sekolah ini di era SAR telah saya rasai. Ketika sekolah ini mengalami kesukaran dari segi pengurusannya, saya sempat merasainya. Ketika sekolah ini gemilang ketika SAR juga saya sempat meraikannya. Ketika sekolah ini kehilangan guru dan ketiadaan pelajar yang hendak mendaftar masuk ke sekolah ini, saya juga bersama membantu berusaha memulihkannya. Kesukaran itu banyak mengajar kami tenaga pendidik yang tinggal untuk memikirkan cara terbaik memulihkan sekolah ini. Kempen di buat secara kecil-kecilan dan kami mula mencari kewangan dengan iklan semoga zakat masyarakat setempat disalurkan ke sekolah ini.
Dari pengalaman demi pengalaman itulah mematangkan saya dan menetapkan hati dan jiwa ini dengan sekolah. Jiwa saya terus terpatri untuk memastikan walau macamana pun keadaannya, saya mesti mempertahankan sekolah ini dari kesulitan dan kesukaran seperti yang saya lalui sebelum ini. Berbekalkan cara didikan dan tarbiah dari tenaga pendidik dan rakan setugas sebelum ini, saya tekad untuk membentuk anak didik dan tenaga pendidik baru yang menjadi rakan setugas sekolah ini agar mempunyai jiwa yang dekat dengan sekolah. Pendekatan terbuka dan mengambil tahu diamalkan oleh pentadbiran dapat memastikan kelansungan pendidikan yang baik dan mesra.
Pengalaman baru bagi saya apabila mendapat ramai tenaga pendidik dari luar kawasan yang hampi dengan sekolah. Untuk memastikan mereka ini selesa, saya pastikan dahulu pimpinan / warga yang sedia ada memberi komitmen dan kerjasama yang baik kepada yang baru. Kini sekolah memiliki pempinan pengurusan yang baik dan ukhuwah yang mesra di antara semua warganya.
Nasihat saya, biar kita berkorban untuk orang lain kerana itu kita dihargai, jangan kita membuat orang lain 'terkorban' kerana itu kita akan dibenci. Jadilah orang yang menghargai orang lain. Saya juga berpesan kepada rakan-rakan setugas, amanah dan , jiwailah kerjaya pendidik ini kerana tugas ini amat besar di sisi Allah.
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

0 komentar:
Catat Ulasan