TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

04 Januari, 2010

Bermulanya sesi 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:46:00 PTG | No comments
Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi kebanyakkan negeri di Malaysia. bergitu juga sekolah ini yang memulakan sesi perseolahannya hari ini. Semua kelas berjalan lancar dan dapat memulakan sesi pembelajaran seperti dijadualkan. Bagi saya yang turut terlibat dalam menguruskan sesi pendaftaran dan taklimat kepada ibubapa sewaktu pagi tadi bersama bebrapa orang rakan yang turut sama memastikan sesi pendaftaran berjalan lancar. Sesi pendaftaran bermula jam 9.00 pagi dan berakhir lebih kurang 11.00 pagi. Ibubapa yang datang lebih awal, terpaksa menunggu dewan dibuka dan meja pendaftaran dihuni guru yangbertugas. Ini berikutan, proses turun kuasa dilakukan kepada guru kelas bagi kutipan bayaran tambahan dan yuran persekolahan.
Keadaan ini yang memerlukan sedikit masa apabila kerani sibuk memberi taklimat cara pengisian dan serahan kuasa mengutip wang kepada guru yang bertugas. Tepat jam 9.00 pagi sesi pendaftaran bermula dan berjalan lancar dan hanya wujud sedikit kekalutan apabila pelajar datang tanpa dokumen yang asal dan terpaksa dikuarantin bagi memastikan dokumen asal ada dan sah.
Sesi taklimat yang bermula jam 11.00 pagi dimulai dengan ucapan aluan oleh pengetua. Pengetua memberi sepatah dua kata sebagai maklumat dan peringatan kepada pelajar baru dan para waris. Kemudian diteruskan oleh saya bagi taklimat kurikulum. Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, taklimat yang hampir sama berkaitan profil dan pakej yang ditawarkan oleh sekolah ini. Begitu juga dengan bayaran-bayaran yang dikenakan kepada pelajar.
Kemudian slot diteruskan dengan taklimat HEM, Oleh Cikgu Nazrudin Abd Rasid. Beliau banyak memberi pendedahan kepada hadirin berkaitan pengurusan HEM termasuk asrama. Banyak perkara yang disentuh sebagai makluman penting kepada pelajar dan semua para waris.
Slot ketiga adalah slot bagi taklimat koku yang disampaikan oleh cikgu Marzuki Abd Razak. Beliau menyentuh berkaitan keterlibatan pelajar baru dan pelajar sekolah ini dengan aktiviti koku sama seperti SMK yang lain. Semua pelajar teah ditetapkan untuk menyertai aktiviti yang dirancang. Majlis taklimat verkhir jam 1.00 petang.
Para Pelajar dan waris bergerak ke asrama bagi mendapatkan tempat dan bilik yang telah ditetapkan. Sebelah peang sedikit, sekolah menerima lawatan Us Saipudin dari JPN perak bersama 'PK Pentadbiran' kami yang baru .. Us Azhar .. mereka ini dalam rangka lawatan dan mengagihkan guru AlTahzib ker sekolah terdekat. ... Jom layan foto majlis hari ini yer....


Kelihatan Ibubapa turut sama memeriksa keperluan anak mereka yang tinggal di asrama


Apa la agaknya yang menjadi topik 'geng' nie berkumpul ...... cerita 'dia' masih tak habis lagi ka


Cikgu Nazrudin ketika menyampaikan taklimat ...


Ini bujang-bujang nie... bujang 3 namanyer.... di sesi taklimat


Sesi pendaftaran masih berlansung


Close up .. sesi pendaftaran ...

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates