TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

02 Januari, 2010

Mesyuarat yang cool ... !

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:07:00 PTG | No comments
Alhamdulilah .... pagi tadi ...mesyuarat guru dan kakitangan bagi menghadapi sesi 2010 selesai dengan baik dan memuaskan. Tanpa kehadiran 2-3 staf yang masih dalam perjalanan dan atas urusan yang tidak dapat dielakkan, mesyuarat dapat berlansung dalam suasana harmoni dan tertib. Alkisah nak diceritakan tentang pengalaman sebelum berlansungnya mesyuarat ini.
Mesyuarat yang sepatutnya berlansung pada hari Khamis yang lepas terpaksa ditunda ke pagi tadi berikutan kegagalan memperolehi bahan penting dari 'staf' yang telah dipertangungjawabkan menyiapkannya pada mesyuarat sebelum ini. Ini telah membuatkan pengetua 'pening kepala' kerana hal yang penting ini dipandang remeh. Saya berulangkali menghubunginya, namun sama seperti pengetua dan rakan2 yang menghubunginya, semua tidak di'angkat'.
Berminggu saya menantikan 'data' penting itu .... namun hampa. Dalam kesukaran saya di maktab untuk bersedia menghadapi peperiksaan akhir semester 3, isteri saya sakit nak bersalin di HUKM KL.... kerisauan semakin bertambah kerana bertambahnya 'isu' dalam kepala untuk di fikirkan. Namun berkat doa dan keyakinan kepada Allah, saya bergelumang dengan nota, isteri selamat bersalin di HUKM dengan lahirnya anak lelaki tanpa saya di sisi. Begitulah perjuangan isteri yang saya cukup bangga.

Inilah .. gambar si comel baru saya. Begitu sibuk saya dengan anak dan isteri yang nak diuruskan, tetapi masih juga risau berikutan pengetua kerap bertanyakan tentang jadual waktu sebelum nak bermesyuarat. Saya hanya mampu menenangkannya dengan perkataan ' tunggu ' email dari 'dia'. Sehinggalah ke saat nak bermesyuarat, masih juga gagal menerima apa juga data. Saya akhirnya memutuskan untuk 'memulakan' untuk menyelamatkan.
Berbekalkan pengalaman bekerja dalam keadaan 'tertekan' sebelum ini, saya mula membuat draf jadual secara lakaran kertas. Mengumpul maklumat, membina data asas... yang semuanya dalam malam hingga hampir pagi baru siap. Esok siangnya, saya mula memasukkan data ke dalam sistem .. dan sehari suntuk kemaskini.. sehinggalah berjaya. Bekejar2 saya dengan tanggungjawab keluarga dan tanggungjawab sekolah, pagi urus anak isteri.. bawa anak check kuning, amik bidan,.. dan banyak lagi .... petang baru dapat sambung tanggungjawab sehingga selesai.

Namun saya cukup berbangga dengan isteri yang memahami tugas 'ad hock' suaminya ini. Terima kasih isteriku.

Begitulah ... ceritanya .. sebelum mesyuarat hari ini berlansung. Dek .. kerana 'isu' inilah semua rakan setugas 'memahami' dan sedia menerima ketetapan dalam jadual peribadi yang telah diberikan dengan sedikit pengubahsuaian. Moral yang saya belajar dari isu ini, hargai orang lain yang memberi kita peluang, laksana tanggungjawab walau terpaksa berhadapan kekangan yang sukar, yakin kemampuan diri.


Buat akhirnya, entri kali ini menceritakan kegembiraan pengetua yang ceria bila jadual berjaya disiapkan, semua staf bersatu hati, dan beliau merakamkan selamat datang kepada staf baru dan kami semua mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Ustazah Suryani. Jom kita tengok pengantin lelakinya nie... sori . gambarnyer kecil jer dibelakang...



KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates