Bermula Isnin yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah telah merangka bengkel menjawab kertas peperiksaan PMR 2010. Bengkel disampaikan oleh tenaga pakar yang dijemput oleh pihak UBK yang juga merupakan pemeriksa kertas berkenaan.
Antara matapelajaran yang terlibat seperti Kemahiran Hidup, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam. Bengkel ini dijalankan pada sebelah petang.
Bengkel ini diadakan adalah sebagai langkah persediaan dalam menyediakan calon PMR dengan kemahiran menjawab kertas PMR dengan baik. Usaha ini adalah salah satu program wajib yang ada di dalam takwim sekolah dalam menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.
Pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik menggangap usaha UBK ini amat bernilai untuk semua calon yang akan menghadapi kertas tersebut pada peperiksaan sebenar nanti, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat. Dengan pendedahan yang diberikan semoga beroleh kejayaan.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan