TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

17 Julai, 2010

LADAP ICT

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:44:00 PTG | No comments
Hari Sabtu 17 Julai 2010 telah dilangsungkan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ICT. Kursus ini adalah sebagai salah satu latihan kecekapan kepada semua guru di sekolah ini dalam usaha memantapkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan peralatan komputer.
Kursus yang disusun oleh bahagian pengurusan dan latihan staf ini termasuk sebagai antara LADAP yang wajib diikuti oleh semua guru. program ini dinamakan 'Penghasilan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Power Point' . Bermula jam 8.00 pagi kursus yang dikendalikan oleh En. Mohd Shahril Ibrahim selaku Penyelaras Bestari dan ICT sekolah turut diikuti oleh semua guru.
Sesi slot awal, En. Shahril memperkenalkan beberapa perisian komputer yang boleh digunakan untuk perbentangan atau paparan sesuatu perkara kepada umum. Antara yang paling mudah untuk dikendalikan dan sebagai asas, perisian yang digunakan adalah Microsoft Power Point. Beliau turut menunjukkan kemudahan yang terdapat dalam power point sebagai asas kepada guru yang hadir.
Beliau memulakan latihan dengan membuka perisian, beliau menerangkan mengenai pemilihan latar belakang amat penting dalam sesebuah pembentangan. Tumpuan penonton akan terganggu jika penghasilan bahan untuk dibentangkan tidak jelas. teknik memasukkan gambar, muzik, video serta menyusun animasi pada isi yang dipaparkan.
En. Shahril turut menerangkan kelemahan yang berlaku jika sesuatu paparan gagal dimainkan dengan baik pada paparan projektor. Ini berlaku kerana beberapa format berkaitan bahan yang diisi tidak menepati keperluan perisian yang telah menyebabkan ianya tidak berfungsi, seperti gambar, muzik ataupun video.
En. Shahril memberi masa di slot kedua untuk semua peserta menghasilkan bahan pengajaran berasaskan power point ini yang mesti mengandungi bahan yang telah diajar pada slot awal tadi. Setelah masa yang diberi tamat, semua peserta mampu menghasilkannya dengan baik dan menarik.
Di akhir kursus hari ini, En. Shahril memberi beberapa tips mengenai penjagaan komputer bimbit. Antaranya ditampilkan beberapa perisian antivirus dan spyware yang boleh digunakan sebagai benteng menghalang virus dan sektor yang tidak baik dalam sesebuah komputer.
Slot penutup diberikan kepada En. Mohd Nazrudin Abd Rasid (Penolong Kanan HEM), dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada pembimbing yang memberi tunjuk ajar kepada semua guru berkaitan komputer dan perisiannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru yang sudi meluangkan masa menghadiri program ini. Program yang telah lama dirancang ini adalah sebagai LADAP yang wajib diikuti bagi semua guru. Semoga maklumat yang disampaikan mampu manambakbaik penghasilan bahan bantu mengajar oleh semua guru yang terlibat terutama guru yang sedang menjalani sesi praktikum.


En. Mohd Shahril ketika mengendalikan program


teliti menyiapkan latihan


Menambahbaik penghasilan pembentangan


Guru perempuan yang turut sama kursus ini

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates