Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah meganjurkan sambutan Israk Mikraj dengan mengadakan program qiamullail yang bermula pada petang Jumaat dan berakhir pada pagi keesokan harinya. Antara pengisian program qiamullail sesi kali ini adalah solat berjemaah, bacaan yasin, tahlil, solat-solat sunat dan kuliah subuh.
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Rozi Abd Wahab turut dibantu oleh Ustaz Mohd Japeri Hassim yang menyampaikan tazkirah mengenai Israk Mikraj. Manakala sebelah subuhnya pula diadakan solat sunat dan solat Subuh berjemaah serta kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Said Hasnik.
Disamping itu, BADAR turut merencanakan program ceramah sempena Israk Mikraj pada pagi Isnin sebagai aktiviti menyambut kedatangan bulan Rejab ini.
Ceramah mengenai Israk Mikraj ini disampaikan oleh Ustaz Othman Ahmad, seorang penceramah bebas dan guru takmir kawasan Kuala Kurau. Beliau memulakan sesi ceramah dengan mengimbas kembali sirah Nabi Muhammad yang diceritakan di dalam Al-Quran mengenai perjalanannya dalam Israk dan Mikraj.
Kisah ini amat besar ertinya kepada seluruh umat Islam yang perlu sentiasa berpegang teguh dan beriman dengan perkara ini. Ketentuan Allah dengan memperjalankan Nabi Muhammad seperti di dalam kisah ini untuk membuktikan kerasulan nabi dan menghilangkan keraguan di hati penganut Islam.
Antara tumpuan utama Allah menetapkan kisah ini berlaku kepada nabi kita Muhammad S.A.W. adalah sebagai tuntutan untuk kita berjihad di jalan Allah dan keperluan solat lima waktu pada setiap individu muslim.
Islam amat menitikberatkan tuntutan solat ini sehingga telah digambarkan kepada nabi berkaitan seksaan kepada orang yang melalaikannya. Kini begitu ramai umat Islam, terutama remaja yang masih muda tidak mementingkan solat sehingga menggalakkan percambahan maksiat kepada Allah. Beliau turut menegaskan kepada semua untuk sentiasa menjaga solat agar dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran.
Nabi Muhamad digambarkan dengan seksaan kepada penghuni neraka berdasarkan kesalahan yang dibuat umatnya. Berbagai lagi peristiwa besar ditunjukkan kepada nabi ketika mengikuti perjalanan Israk Mikraj tersebut.
Setelah hampir 1 jam sesi ceramah berlansung, beliau mengakhirinya dengan kesimpulan pengajaran yang dapat diambil oleh semua pelajar dan umat Islam dalam peristiwa besar ini. Pertamanya adalah mementingkan hubungan kita dengan Allah dengan taat mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Selain itu, dapat juga kita merasa takut dengan seksaan Allah yang maha hebat terhadap mereka yang melanggar perintahnya.
Menjelang ketibaan 3 bulan utama umat Islam ini iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan, menurut penyelaras utama BADAR En. Nazruddin Abd Rasid, pihak Jawatankuasa BADAR merancang berbagai aktiviti bagi mengisi dan mencari keberkatan bulan-bulan ini. Antaranya termasuklah ceramah, qiamullail, solat dan puasa sunat, iftar jamaie (buka puasa), majlis tahlil, dan bacaan yasin. Menurutnya lagi, program ini bertujuan merebut peluang keberkatan di bulan-bulan utama ini dan juga sebagai program pentarbiahan kepada para pelajar.
Pihak sekolah juga turut mengalukan sumbangan sedekah untuk tahlil arwah ahli keluarga yang akan dibuat pada setiap hari sebelum majlis berbuka puasa (Ramadhan) oleh para pelajar asrama. Sumbangan boleh disalurkan kepada pihak sekolah dengan menghubungi 05-7141385 (P) atau terus menghubungi Setiausaha PIBG En. Mohd Sayuti Mohd Yusuf 012-2573649.
Foto sekitar majlis ceramah Israk Mikraj
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan