TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

29 Mei, 2012

Video Khas Hari Guru 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:20:00 PG | No comments


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

20 Mei, 2012

Ihtifal Institusi Pendidikan Agama IPA Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:16:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 20 Mei 2012. SABK Al-Hidayah telah dipilih menjadi tuan rumah kepada pertandingan Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (IPA) sekolah-sekolah kementerian pada tahun ini. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan aktiviti sulung melibatkan sekolah lain yang hadir ke sekolah ini. Aktiviti yang berlansung semalam telah menyaksikan seramai 219 peserta dari sekolah-sekolah dalam daerah Kerian telah hadir menyertai. Sebanyak 13 sekolah telah menghantar peserta yang terdiri dari aliran SMKA, SABK dan Kelas Aliran Agama (KAA). Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Kerian dengan kerjasama sekolah-sekolah terlibat sebagai pengelola setiap acara.
Antara acara yang dipertandingkan bagi ihtifal ini adalah Hiwar, Kalimatus Sobah, Qiraat Sab'ah, Hafazan Surah Al-Baqarah, kuiz ilmu wahyu dan kuiz bahasa Arab. Menurut penganjur semua kategori dibahagikan kepada menengah rendah dan menengah rendah.
Pengetua sekolah Mohd Said Hasnik dalam reaksinya merasa amat bersyukur kerana majlis kali ini berjalan lancar dalam keadaan sederhana namun tetap meriah. Dengan keadaan kawasan sekolah yang agak terhad, namun para peserta dapat mengikuti pertandingan dengan selesa. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak penganjur memberi peluang dengan memilih sekolah ini sebagai lokasi pertandingan.
Manakala dalam ucapan perasmi penutup Us Salehudin Hj Arshad Ketua Unit Pengurusan Akademik Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, beliau menekankan kepada kebolehan dan keupayaan pelajar yang hebat dalam setiap acara yang disertai. Melalui penyertaan ini dapat meningkatkan tahap keberanian pelajar untuk tampil berhadapan dengan penonton.
Beliau turut menyeru semua guru disekolah mampu memberi latihan dari awal kepada para pelajar masing-masing untuk menyertai aktiviti di tahun akan datang. Tambah beliau, guru perlu bersedia untuk membantu pelajar bagi meningkatkan motivasi menyetai aktiviti seperti ini. 
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjsama menjayakan aktiviti ihtifal di sekolah ini. Beliau amat terharu dengan bantuan semua pihak terutama masyarakat sekitar sekolah ini yang turut sama bergotong-royong menyumbang tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian piala dan sijil kepada para pemenang.
 
Masyarakat kampung turun membantu melapah
 seekor lembu untuk dijadikan hidangan majlis ihtifal

Peserta Hiwar Men. Ren ketika pertandingan
Peserta Hiwar Men. Atas dari SMKA Kerian mempersembahkan 
perbualan mereka dan turut dinobatkan sebagai Johan 


Sebahagian tetamu yang terdiri dari Pengetua dan wakil pengetua sekolah terlibat

Barisan tetamu duduk bersama perasmi

Us Salehudin ketika menyampaikan sijil dan hadiah 
Petikan ucapan perasmian penutup IPA oleh Us Salehudin Hj Arshad . Harap Maaf audio kurang memuaskan.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

18 Mei, 2012

Kisah Hari Guru 2012 dan Ulangtahun ke-7 menjadi SABK

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:23:00 PG | No comments
Tarikh 16 Mei merupakan tarikah yang dikhususkan kepada sambutan Hari Guru. Bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Tarnsformasi Pendidikan Negara, sekolah ini turut sama meraikan guru-guru serta kakitangan yang bertugas di sekolah ini. Bermula seawal jam 8.00 pagi guru-guru diraikan dalam perarakan masuk guru-guru ke dewan utama. Slot pertama diisi dengan bacaan ikrar,nyayian lagu tema hari guru, ucapan pelajar dan bacaan perutusan Pengarah Pelajaran oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar. Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh badan pengawas sekolah ini diteruskan dengan aktiviti sukaneka kalangan guru-guru. Antara aktiviti yang dipertandingkan seperti bowling kelapa, tiup belon, kerusi berirama dan rekaan pakaian menggunakan kertas. 
Kemeriahan terasa dikalangan guru walaupun bermain dalam keadaan hujan renyai. Riuh rendah suasana santai dipamerkan oleh guru-guru sambil diperhatikan para pelajar yang ada melihat aktiviti. Turut diadakan gimik sambutan dengan acara memotong kek oleh penolong kanan mewakili pengetua sekolah.
Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada guru, antarnya hadiah dari setiap kelas. kepada guru masing-masing, pemenang setiap permainan yang dilaksanakan dan tukar hadiah. 
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan kali ini dan terima kasih juga kepada anak didik yang memberi hadiah dan ucapan. 


Foto-foto Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

11 Mei, 2012

Perutusan Pengetua Sempena Hari Guru 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:00:00 PG | No comments
Assalamualaikum WMT WBR. 
Bismillahirahmanirahim. Selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad SAW. 
Sempena merayakan sambutan Hari Guru 2012 ini, saya ingin mengambil peluang ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru sekolah ini yang sentiasa bersama berusaha memajukan pendidikan kepada anak didik sekolah ini. Saya amat kagum dengan kegigihan dan daya inovasi yang ditunjukkan dalam usaha menambahbaik perjalanan sekolah ini. Jika hendak dibandingkan dengan situasi sekolah ini 10 tahun yang lalu amat berbeza sekali. Ketika itu ramai dari kalangan guru hanya mempunyai ilmu mengenai opsyen yang diajar tanpa ada kemahiran khusus dalam pendidikan. Namun kini sekolah telah lengkap dengan guru-guru yang telah tamat latihan perguruan dan yang baru ditempatkan sebagai 'posting' pertama. Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru yang ditempat di sekolah ini dan komited membantu pembangunan sekolah ini dari segi prasarana fizikal mahupun pakej pendidikan yang ditawarkan. 
Saya turut ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua individu yang turut sama menjadi tulang belakang kepada kejayaan sekolah ini terutama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Jabatan Pendidikan Islam Perak dan semua yang terlibat secara langsung menjana kegemilangan sekolah ini.
Akhir kalam, saya ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan kelemahan dari kami warga pentadbiran sekolah kepada semua yang pernah berurusan dengan pihak sekolah. Semoga semua pihak terus menyokong, membantu dan bersama kami menjana generasi murabbi. 


Petikan dari bingkisan Unit Bimbingan Kaunseling PPD Kerian. 
Karisma adalah salah satu ciri kepimpinan. Jadi, ada pemimpin yang karismatik, dan ada pemimpin yang tidak karismatik. Namun karisma selalunya dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin politik. Sangkaan ini tidak benar. Ramai pemimpin pertubuhan sosial juga memiliki karisma. Tidak kurang juga, ramai pendakwah, profesor, guru-guru sekolah dan ahli sukan memiliki karisma. Malah ada tokoh ajaran songsang yang juga memiliki karisma.
Kuasa karisma adalah kuasa peribadi yang sangat berharga dan luar biasa. Seseorang itu boleh mendorong orang lain untuk mengubah pemikiran dan tingkahlaku mereka, sama ada ke arah positif mahupun negatif. Hanya dengan melihat wajah dan penampilannya sahaja, orang sudah terpengaruh, apatah lagi dengan mendengar kata-kata yang diucapkannya.
Ramai orang menyangka bahawa karisma adalah anugerah Tuhan kepada segelintir individu yang terpilih. Pandangan ini tidak benar. Karisma bukan pemberian Tuhan sejak lahir. Karisma ialah imej yang boleh diperoleh dan boleh dipertingkatkan. Oleh itu, ia juga boleh hilang. Sebagai contoh, ada orang yang satu masa dahulu memiliki karisma, tetapi kemudian dia tidak lagi mempunyai karisma itu. Begitu juga sebaliknya.
Karisma mempunyai tiga unsur. Pertama ialah unsur 'keilmuan dan kepakaran'. Jika anda berhasrat mencipta karisma bagi diri anda, pertama sekali, orang yang hendak saudara pengaruhi mesti benar-benar yakin bahawa anda tahu apa yang anda cakapkan. Gaya bercakap yang sangat meyakinkan, lancar, bahasa yang betul nahu, sebutan yang jelas dapat mencipta gambaran seorang yang berkeyakinan tinggi. Apabila orang yakin mereka itu pakar, orang akan mudah terpengaruh.
Unsur karisma yang kedua ialah 'ketulusan'. Orang yang anda pengaruhi mesti yakin bahawa anda tidak munafik dengan kata-kata anda.Orang yang pakar sekalipun, apabila dia gagal menunjukkan dia seorang yang tulus dan ikhlas melalui kata-kata yang diucapkannya, dia tidak akan mempunyai karisma. Gaya bahasa yang lancar juga menggambarkan dia seorang yang berjaya dan berkuasa mengotakan apa yang dia berani katakan.
Unsur karisma yang ketiga ialah 'imej'. Penampilan dan tutur kata anda mesti boleh membuat orang yang hendak anda pengaruhi yakin bahawa anda seorang yang berilmu dan tulus.
Kajian yang dibuat oleh ahli psikologi mendapati, salah satu aspek penampilan yang menyumbang kepada imej karisma ialah ketinggian tubuh badan seseorang. Orang yang tinggi dianggap lebih berwibawa daripada orang yang rendah. Rupa yang menarik ialah satu lagi aspek penampilan yang menyumbang kepada karisma. Orang yang mempunyai wajah yang menarik, tampan, manis, tenang dan lembut mempunyai daya pengaruh yang tinggi berbanding mereka yang berwajah tidak menarik. Dalam apa jua keadaan, pancarkan wajah seorang yang sabar, tenang dan tenteram. Dari aspek penampilan, seperti pakaian. Pilihlah pakaian yang berwarna lebih kepada warna putih. Ia melambangkan si pemakainya seorang yang berakhlak tinggi dan berhati bersih.
Di samping itu, orang yang berpengaruh (berkarisma) dilihat sebagai orang yang banyak tenaga dan tidak pernah penat, letih atau lesu.Berjalanlah dengan langkah yang luas dan mantap. Duduk dengan tegak. Sekali sekali, beri peluang orang lain tahu bahawa anda seorang yang aktif dan sihat.
Bagaimana dengan anda, adakah seorang yang berkarisma?"


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates