Tarikh 16 Mei merupakan tarikah yang dikhususkan kepada sambutan Hari Guru. Bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Tarnsformasi Pendidikan Negara, sekolah ini turut sama meraikan guru-guru serta kakitangan yang bertugas di sekolah ini.
Bermula seawal jam 8.00 pagi guru-guru diraikan dalam perarakan masuk guru-guru ke dewan utama. Slot pertama diisi dengan bacaan ikrar,nyayian lagu tema hari guru, ucapan pelajar dan bacaan perutusan Pengarah Pelajaran oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar.
Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh badan pengawas sekolah ini diteruskan dengan aktiviti sukaneka kalangan guru-guru. Antara aktiviti yang dipertandingkan seperti bowling kelapa, tiup belon, kerusi berirama dan rekaan pakaian menggunakan kertas.
Kemeriahan terasa dikalangan guru walaupun bermain dalam keadaan hujan renyai. Riuh rendah suasana santai dipamerkan oleh guru-guru sambil diperhatikan para pelajar yang ada melihat aktiviti. Turut diadakan gimik sambutan dengan acara memotong kek oleh penolong kanan mewakili pengetua sekolah.
Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada guru, antarnya hadiah dari setiap kelas. kepada guru masing-masing, pemenang setiap permainan yang dilaksanakan dan tukar hadiah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan kali ini dan terima kasih juga kepada anak didik yang memberi hadiah dan ucapan.
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan