Kuala Kurau, 20 Mei 2012. SABK Al-Hidayah telah dipilih menjadi tuan rumah kepada pertandingan Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (IPA) sekolah-sekolah kementerian pada tahun ini. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan aktiviti sulung melibatkan sekolah lain yang hadir ke sekolah ini. Aktiviti yang berlansung semalam telah menyaksikan seramai 219 peserta dari sekolah-sekolah dalam daerah Kerian telah hadir menyertai. Sebanyak 13 sekolah telah menghantar peserta yang terdiri dari aliran SMKA, SABK dan Kelas Aliran Agama (KAA). Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Kerian dengan kerjasama sekolah-sekolah terlibat sebagai pengelola setiap acara.
Antara acara yang dipertandingkan bagi ihtifal ini adalah Hiwar, Kalimatus Sobah, Qiraat Sab'ah, Hafazan Surah Al-Baqarah, kuiz ilmu wahyu dan kuiz bahasa Arab. Menurut penganjur semua kategori dibahagikan kepada menengah rendah dan menengah rendah.Pengetua sekolah Mohd Said Hasnik dalam reaksinya merasa amat bersyukur kerana majlis kali ini berjalan lancar dalam keadaan sederhana namun tetap meriah. Dengan keadaan kawasan sekolah yang agak terhad, namun para peserta dapat mengikuti pertandingan dengan selesa. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak penganjur memberi peluang dengan memilih sekolah ini sebagai lokasi pertandingan.
Manakala dalam ucapan perasmi penutup Us Salehudin Hj Arshad Ketua Unit Pengurusan Akademik Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, beliau menekankan kepada kebolehan dan keupayaan pelajar yang hebat dalam setiap acara yang disertai. Melalui penyertaan ini dapat meningkatkan tahap keberanian pelajar untuk tampil berhadapan dengan penonton.
Beliau turut menyeru semua guru disekolah mampu memberi latihan dari awal kepada para pelajar masing-masing untuk menyertai aktiviti di tahun akan datang. Tambah beliau, guru perlu bersedia untuk membantu pelajar bagi meningkatkan motivasi menyetai aktiviti seperti ini.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjsama menjayakan aktiviti ihtifal di sekolah ini. Beliau amat terharu dengan bantuan semua pihak terutama masyarakat sekitar sekolah ini yang turut sama bergotong-royong menyumbang tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian piala dan sijil kepada para pemenang.
Masyarakat kampung turun membantu melapah
seekor lembu untuk dijadikan hidangan majlis ihtifal
|
Peserta Hiwar Men. Ren ketika pertandingan
|
Peserta Hiwar Men. Atas dari SMKA Kerian mempersembahkan
perbualan mereka dan turut dinobatkan sebagai Johan
|
Sebahagian tetamu yang terdiri dari Pengetua dan wakil pengetua sekolah terlibat |
Barisan tetamu duduk bersama perasmi |
Us Salehudin ketika menyampaikan sijil dan hadiah |
Petikan ucapan perasmian penutup IPA oleh Us Salehudin Hj Arshad
. Harap Maaf audio kurang memuaskan.
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan