Assalamualaikum WMT WBR.
Bismillahirahmanirahim. Selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad SAW.
Sempena merayakan sambutan Hari Guru 2012 ini, saya ingin mengambil peluang ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru sekolah ini yang sentiasa bersama berusaha memajukan pendidikan kepada anak didik sekolah ini. Saya amat kagum dengan kegigihan dan daya inovasi yang ditunjukkan dalam usaha menambahbaik perjalanan sekolah ini. Jika hendak dibandingkan dengan situasi sekolah ini 10 tahun yang lalu amat berbeza sekali. Ketika itu ramai dari kalangan guru hanya mempunyai ilmu mengenai opsyen yang diajar tanpa ada kemahiran khusus dalam pendidikan. Namun kini sekolah telah lengkap dengan guru-guru yang telah tamat latihan perguruan dan yang baru ditempatkan sebagai 'posting' pertama. Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru yang ditempat di sekolah ini dan komited membantu pembangunan sekolah ini dari segi prasarana fizikal mahupun pakej pendidikan yang ditawarkan.
Saya turut ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua individu yang turut sama menjadi tulang belakang kepada kejayaan sekolah ini terutama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Jabatan Pendidikan Islam Perak dan semua yang terlibat secara langsung menjana kegemilangan sekolah ini.
Akhir kalam, saya ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan kelemahan dari kami warga pentadbiran sekolah kepada semua yang pernah berurusan dengan pihak sekolah. Semoga semua pihak terus menyokong, membantu dan bersama kami menjana generasi murabbi.
Petikan dari bingkisan Unit Bimbingan Kaunseling PPD Kerian.
Karisma adalah salah satu ciri kepimpinan. Jadi, ada pemimpin yang
karismatik, dan ada pemimpin yang tidak karismatik. Namun karisma
selalunya dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin politik. Sangkaan ini tidak
benar. Ramai pemimpin pertubuhan sosial juga memiliki karisma. Tidak
kurang juga, ramai pendakwah, profesor, guru-guru sekolah dan ahli sukan
memiliki karisma. Malah ada tokoh ajaran songsang yang juga memiliki
karisma.
Kuasa karisma adalah kuasa peribadi yang sangat berharga dan luar biasa. Seseorang itu boleh mendorong orang lain untuk mengubah pemikiran dan tingkahlaku mereka, sama ada ke arah positif mahupun negatif. Hanya dengan melihat wajah dan penampilannya sahaja, orang sudah terpengaruh, apatah lagi dengan mendengar kata-kata yang diucapkannya.
Ramai orang menyangka bahawa karisma adalah anugerah Tuhan kepada segelintir individu yang terpilih. Pandangan ini tidak benar. Karisma bukan pemberian Tuhan sejak lahir. Karisma ialah imej yang boleh diperoleh dan boleh dipertingkatkan. Oleh itu, ia juga boleh hilang. Sebagai contoh, ada orang yang satu masa dahulu memiliki karisma, tetapi kemudian dia tidak lagi mempunyai karisma itu. Begitu juga sebaliknya.
Karisma mempunyai tiga unsur. Pertama ialah unsur 'keilmuan dan kepakaran'. Jika anda berhasrat mencipta karisma bagi diri anda, pertama sekali, orang yang hendak saudara pengaruhi mesti benar-benar yakin bahawa anda tahu apa yang anda cakapkan. Gaya bercakap yang sangat meyakinkan, lancar, bahasa yang betul nahu, sebutan yang jelas dapat mencipta gambaran seorang yang berkeyakinan tinggi. Apabila orang yakin mereka itu pakar, orang akan mudah terpengaruh.
Unsur karisma yang kedua ialah 'ketulusan'. Orang yang anda pengaruhi mesti yakin bahawa anda tidak munafik dengan kata-kata anda.Orang yang pakar sekalipun, apabila dia gagal menunjukkan dia seorang yang tulus dan ikhlas melalui kata-kata yang diucapkannya, dia tidak akan mempunyai karisma. Gaya bahasa yang lancar juga menggambarkan dia seorang yang berjaya dan berkuasa mengotakan apa yang dia berani katakan.
Unsur karisma yang ketiga ialah 'imej'. Penampilan dan tutur kata anda mesti boleh membuat orang yang hendak anda pengaruhi yakin bahawa anda seorang yang berilmu dan tulus.
Kajian yang dibuat oleh ahli psikologi mendapati, salah satu aspek penampilan yang menyumbang kepada imej karisma ialah ketinggian tubuh badan seseorang. Orang yang tinggi dianggap lebih berwibawa daripada orang yang rendah. Rupa yang menarik ialah satu lagi aspek penampilan yang menyumbang kepada karisma. Orang yang mempunyai wajah yang menarik, tampan, manis, tenang dan lembut mempunyai daya pengaruh yang tinggi berbanding mereka yang berwajah tidak menarik. Dalam apa jua keadaan, pancarkan wajah seorang yang sabar, tenang dan tenteram. Dari aspek penampilan, seperti pakaian. Pilihlah pakaian yang berwarna lebih kepada warna putih. Ia melambangkan si pemakainya seorang yang berakhlak tinggi dan berhati bersih.
Di samping itu, orang yang berpengaruh (berkarisma) dilihat sebagai orang yang banyak tenaga dan tidak pernah penat, letih atau lesu.Berjalanlah dengan langkah yang luas dan mantap. Duduk dengan tegak. Sekali sekali, beri peluang orang lain tahu bahawa anda seorang yang aktif dan sihat.
Bagaimana dengan anda, adakah seorang yang berkarisma?"

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan