TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Disember, 2009

Senarai Pelajar Yang Cemerlang PMR 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:35:00 PG | No comments
Tahniah Kepada pelajar berikut yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik. Kepada pelajar yang lain, usaha perlu diteruskan bagi memastikan SPM dalam gengaman menjadi yang terbaik.

1. Norashikin Binti Ahmad 9A
2. Abd Rahman Bin Muhammad 6A
3. Mohd Naim Bin Nordin 5A
4. Nor Effati Vitri Mod Nizam 5A
5. Munira Binti Abd Razak 5A
6. Mohd Farizul Azmi Abd Basid 4A
7. Abu Zar Bin Salahudin 3A
8. Nur Farhan Binti Hassan 3A
9. Nur Naziratul Tun Naimah 2A
10. Nurul Aini Binti Samsuri 2A
11. Mohd Nor Anas abd Halim 2A
12. Ahmad Farghani A. Mahyus 1A
13. Amirul Bin Mukhtar 1A
14. Nor Atikah Bt Rosli 1A
15. Nurul Husna Hasbullah 1A
16. Amirul Zainal Abidin 1A
17. Mohd Hanafi Aspar 1A
18. Nur Hazwani Faizus 1A

Pihak sekolah merakamkan sekalung tahniah dan syabas dengan kejayaan yang mampu dicapai. Semoga akan berterusan usaha untuk kejayaan yang lebih besar.
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2010 & SELAMAT MENDAFTAR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:28:00 PG | No comments
Hari nie... semakin dekat dengan nak buka sekolah .. berbagai kerja dan persiapan yang perlu dilakukan. Semakin sibuk dengan gerak kerja data dan keperluan yang penting.
Selamat datang kepada 2 orang guru baru yang baru melaporkan diri sebentar tadi. Kedua-dua guru ini akan memenuhi keperluan guru bagi Bahasa Arab. Selamat bertugas saya ucapkan, semoga dengan dapatnya bertugas di sini sebagai seorang guru akan memberi semangat baru untuk mendidik anak anak bangsa.

Pn. Wahida sibuk dengan kerjanya ... rajin dia nie..

Inilah PT baru sekolah kita Pn Lilly nama dia...

Selamat mendaftar kepada semua warga sekolah bagi sesi persekolahan 2010 yang akan bermula 4 Jan minggu hadapan.
Selamat kembali kepada semua warga sekolah yang telah lama bercuti.

p/s > Cikgu Nora .. Tolong send segera data jadual.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

28 Disember, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT KEMBALI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:21:00 PTG | No comments
Sudah beberapa hari saya tak terbitkan cerita untuk tatapan pengunjung. Kali ini saya dan warga sekolah semua ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Ustazah Suryani dengan pasangannya Azhar yang telah melansungkan walimahnya pada 27 Dis semalam, majlis resepsinya dijadualkan 2 Jan. Semoga jodoh ini dijaga dan disemai dengan rasa kasih dan sayang yang berpanjangan.
Minggu ini, semakin ramai yang memuji pihak sekolah dengan keputusan PMR 2009 yang cukup gemilang buat Al-Hidayah. Sepeti entri saya sebelum ini, keputusan kali ini amat 'mengejutkan' kerana belum pernah sekolah ini ada yang dapat 'stright' A. Tetapi kini Al-Hidayah akan terus berdiri memberi saingan kepada sekolah menengah yang lain. Biarpun ini satu kejayaan yang kecil namun cukup bermakna bagi semua warga sekolah kerana kami melihat ini sebagai langkah permulaan untuk terus mencipta 'kejutan' di masa akan datang.
Kami pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Warga Bahagian Pendidikan Islam KPM, Jabatan Pelajaran perak, Pegawai-pegawai PPD Kerian yang banyak membantu memberi khidmat nasihat dan membuat lawatan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kelansungan pendidikan berjalan lancar di sekolah ini.

Petikan ucapam Pengetua ketika saya sempat menelefonnya selepas mengambil keputusan ... Inilah adalah keputusan untuk semua tenaga pendidik yang bertugas bertungkus lumus memberi komitmen menjayakan berbagai program dalam menjana kejayaan ini. Beliau berulang kali mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang berjaya meletakkan keputusan menghampiri target sekolah. TERIMA KASIH SEMUA .. ujar beliau.

Buat akhirnya .. adalah dimaklumkan mesyuarat awal tahun 2010 dijadualkan 31 Dis ini. Sila ambil perhatian kepada semua warga staf. Mesyuarat akan dijalankan pada jam 9.00 pagi. Kepada yang sedang bercuti, berhati-hati sewaktu bertolak balik ke sini. Selamat kembali ....

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

24 Disember, 2009

TAHNIAH .. TAHNIAH .. DAN SYABAS

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:10:00 PTG | No comments
Pertama sekali Syukur kita ke hadrat Illahi .. kerana telah mengurniakan sekolah kita dengan kuputusan yang belum pernah di capai oleh pelajar-pelajar sebelum ini. Keputusan yang telah menaikkan nama sekolah ini mencatat satu lagi sejarah bagi sekolah ini dalam usaha memaju dan megemilangkan sekolah.
Seorang pelajar telah mendapat 9A bagi kesemua matapelajaran dalam peperiksaan PMR yang baru diumumkan. Walaupun ianya kelihatan suatu yang kecil namun bagi seluruh warga sekolah amat berbangga dengan kehadiran pelajar yang berjaya mencatat keputusan yang selalunya ada disekolah yang sudah stabil dan sekolah yang lebih berjaya.
Kini Al-Hidayah juga tidak ketinggalan dalam menjana pelajar yang cemerlang. Bukan sahaja akademik malah sahsiah yang lebih baik.
Ucapan sekalung Tahniah dan Syabas dari warga sekolah kepada pelajar yang telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang. Linangan airmata mengiringi kejayaan kita. Pelajar berjaya dengan usaha dan daya kita bersama. Pelajar cemerlang sekolah kita gemiliang.

Tahniah buat adik Norashikin Binti Ahmad kerana berjaya mendapat 9A.
Senarai pelajar yang berjaya dengan keputusan baik akan diterbitkan nanti
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

20 Disember, 2009

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SYAFIQ DAN IQBAL

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:44:00 PTG | No comments
Hari minggu seperti hari ini, berbagai aktiviti keluarga dapat dilaksanakan. Antaranya pergi berkelah, melawat dan sebagainya. Hari ini saya sempat berada di walimah sepupu saya yang kecil molek nie... jom kita tengok foto yg sempat diambil ..


Kecil molek orangnya yang juga bekas penuntut SMAAH. Kini sudah bergelar isteri orang.
Ucapan dari saya SELAMAT PENGANTIN BARU untuk dia dan ramai lagi bekas-bekas pelajar yang sedang dan akan berumahtangga.

Dan yang paling membanggakan saya, mereka ini yang telah berjaya mengondol JOHAN bagi pertandingan mencipta blog dan mencipta movie menggunakan perisian komputer.
Mereka yang saya maksudkan adalah mereka ini...




JOM KE KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT 2009, adalah nama program yang dianjurkan oleh MSC dengan kerjasama pelbagai pihak lain seperti kedai.com dan lain2. Program ini berlansung di perkarangan SK Kuala Kurau. Mohd Syafiq Mat Isa dan Mohd Noor Iqbal telah menyertai pertandingan membina blog dan mencipta movie.
Bagi pembinaan blog mereka telah mendapat tempat pertama dan bagi pertandingan mencipta movie mendapat tempat ketiga. TAHNIAH dan SYABAS dari saya. Semoga pengalaman ini dapat menambahkan ilmu yang telah dipelajari dan bersedia untuk pengalaman yang lebih mencabar di masa akan datang.

tentu ramai lagi yang akan menurut jejak pelajar ini, jika ingin sesuatu yang baru dan dihargai kita mesti berani mencuba dan bersedia untuk belajar dan menerima pelajaran. Oklah .. tentunya ada yang nak lihat apa perkembangan bangunan sekolah yang baru itu ... zoom in kat gambar bawah ini ..






KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

Muharram 1431. Selamat Tahun Baru Hijrah dan selamat maju jaya

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:05:00 PG | No comments
Dah lama saya biarkan blog ini tiada entri terkini, ini bagi memberi ruang kepada soalan siri yang sedang berlansung. Namun setiapa hari ada sahaja cerita yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung setia blog ini.
Pertamanya, admin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Bersesuai tema tahun ini yang menitik beratkan penyatuan dan keteguhan ukhuwah bagi memastikan kesepaduan umat Islam akn terus terjaga. Begitu juga jika ianya jika dilihat dalam konteks sekolah, di aman memerlukan jalinan ukhuwah yang mantap bagi memastikan keteguhan dalam pengurusan sekolah. Sama-samalah kita menghayati tema ini dan sejrah hijrah itu sendiri bagi mewujudkan sekolah yang berdaya saing dan maju di tahun ini.

Keduanya, kebanyakkan kumpulan guru yang sedang mengikuti kursus dalam cuti sepanjang NOV/DIS ini telah mula tamat dan berpeluang bertemu keluarga dan dapat 'balik kampung'. Namun pada itu adalh kumpulan yang akn menghadapi peperiksaan akhir semester. Sama seperti saya yang masih memgang nota dan modul untul dibaca dan diulangkaji. Selamat menjawab bagi rakan guru yang akan menghadapi peperiksaan minggu hadapan.

Ketiganya, minggu ini saya dihujani panggilan dan pertanyaan secara lansung berkaitan kemasukan pelajar baru 2010, tentunya saya menjangkakan di unit HEM lagilah ramai yang masih bertanyakan tentang kemasukan. Ada yang datang sendiri ke pejabat sekolah dan ada yang diberi ujian bagi yang belum mendudukinya. Begitu sekali tumpuan ibubapa dan waris yang masih tidak sedar bahawa sekolah ini telah melakukan pengambilan pelajar seawal bulan Ogos melalui borang permohonan yang diedarkan. Kini kouta kemasukkan telah penuh dan surat jawapan kemasukan telah dihantar kepada pelajar yang berjaya. Bagi yang masih ingin mencari tempat ke tingkatan 1 di sekolah ini, dukacita dimaklumkan pengisian tempat telah penuh. Kelas dan Asrama kini terpaksa menutup pendaftarannya.

Keempat, sewaktu cuti ini tentunya berbagai kegiatan dilakukan pelajar. Dipenuhi dengan kenduri kendara, anak didik Al-Hidayah tidak ketinggalan membantu dalam gerak kerja kenduri tersebut. Inilah remaja kebanggaan kampung. Ada juga yang bekerja di restoran, kedai runcit, kedai makan dan gerai2 kecil yang sempat saya temui. begitulah ragam bercuti dikalangan pelajar. Ada juga yang sekadar lepak2 di rumah. Namun ada juga yang lebih 'advance' mencari peluang lain yang lebih beharga, ada pelajar anak didik saya yang menyertai karnival ICT di kawasan kuala kurau. mereka ini masuk acara membina laman blog dan membuat movie maker.... cukup bagus .. di sini hasilnya doa saya semoga berjaya dalam usaha menambah pengalaman ini.

p/s : Dalam 2-3 hari lagi PMR dah nak keluar .. agak2 aper la pencapaian sekolah kita yer..
berbagai reaksi menantikan keputusan PMR 09 ini. Berdoa semoga sekolah terus maju

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

14 Disember, 2009

SOALAN SIRI 1 (15-20 /12/09 )

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:55:00 PTG | No comments
Soalan adalah berbentuk objektif dan berkaitan dengan sekolah. Pemenang mingguan berdasarkan jawapan yang tepat dan penghantar terawal mengikut syarat dan terma yang diberitahu sebelum ini. Jawapan hendaklah dihantar ke email msi_03@yahoo.com bersama maklumat berikut :

NAMA PENUH :
ALAMAT:

JAWAPAN :
1
2
3

SOALAN 1
Bilakah sekolah ini menandatangi MoU penyerapan sekolah menjadi SABK ?

A : 17 Jun 2005
B : 17 Mei 2005
C : 17 April 2005
D : 17 Mei 2006


SOALAN 2
Apakah motto sekolah ini ?

A : Membentuk Insan Rabbani
B : Mendidik Insan Taqwa
C : Menjana Generasi Murabbi
D : Berilmu Beramal Bertaqwa

SOALAN 3
Pada tahun bilakah sekolah ini ditubuhkan ?

A; 1940
B : 1943
C : 1947
D : 1949



KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

12 Disember, 2009

Sibuk dan Santai di Majlis Kenduri

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:38:00 PTG | No comments
Hari ini Sabtu, masih sibuk dengan pengisian data yang masih banyak dan ada sedikit masalah. Peluang masa cuti macam nie.. selalunya digunakan berehat atau bersama dengan keluarga, namun agak sukar bagi semua itu pada saya, setiap minggu balik bercuti mesti ada tugasan yang perlu disiapkan. Bagi rakan-rakan yang sedang bercuti, sedarlah ada rakan terpaksa mengejar masa demi menyiapkan tugasan.
Bagi saya, biar masalah saya hadapi agar sekolah tetap beoperasi dengan baik. Berpegang iltizam itulah saya relakan diri menjalankan tugas walaupun dikekang masa yang amat terhad. Bebanan ini dilaksana sebaik mungkin agar dapat semuanya diselesaikan.
Namun semua itu tidak membataskan saya untuk bersama beberapa rakan setugas yang lain di pentadbiran sekolah, bertanya khabar dan melihat2 gerak kerja persiapan bagi tahun 2010. Berbincang dengan Pengetua berkaitan pengurusan 2010 akan datang dan membantu pihak pentadbiran yang semakin kalut membuat persiapan untuk pembukaan sesi baru persekolahan.
Hari ini juga saya berkesempatan sebentar tadi ke walimah anak kepada Us Rahman Abd Hamid Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian. Di situ saya sempat bertemu dengan pegawai2 dari JPN Perak dan PPD Kerian, saya luangkan masa berborak dengan mereka yang juag mengenali saya.
Antaranya, saya sempat berbual dengan Puan Hajjah Salmiah bertanyakan tentang usaha JPN untuk menempatkan wakilnya menjawat PK1 di Al-Hidayah. Telahan saya siapa ke Al-Hidayah? adakah Ustaz A akan datang ke Al-Hidayah semacam dah sah! .... Di samping itu saya juga bersembang dengan Us Mohd Shah, biasa lah dengan 'mentor' saya nie... cukup sempoi .. saya juga makan semeja dengan Us Saipuddin, agak serius . jd kurang la melawak .. dia tanya ttg sekolah jer... turut kelihatan Us Bahrudin Sulaiman, Pengetua2 SMK dan SABK.
Dah lama di situ, saya pun balik lah ... nak siapkan kerja lagi nie...
Layan sedikit foto yg sempat diambil ..


KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

11 Disember, 2009

SURAT PENERIMAAN PELAJAR BARU TING 1 DAN STAF BARU

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:20:00 PTG | No comments
Hari ini masuk minggu-minggu akhir di dalam cuti persekolahan. Minggu ini juga sedang rancak proses penerimaan pelajar baru dilaksanakan di kebanyakkan SABK seluruh negara. Bagi sekolah ini, surat yang mengandungi keputusan calon yang gagal atau berjaya bagi memasuki ke tingkatan 1 sekolah ini juga telah mula dipos. Kebanyakkan calon yang menduduki ujian kemasukkan pada 2 Dis yang lalu mendapat keputusan yang baik untuk ditempatkan disekolah ini. Cuma ada hampir 20 peratus sahaja yang tidak menepati kelayakkan dan gagal dalam ujian bacaan.

Buat pengetahuan warga sekolah dan pengunjung juga, sekolah ini mula mendaftar staf baru bagi pentadbiran iaitu Puan Lily yang baru melapor diri pada 3 Dis yang lalu. Puan lily akan menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir Pengurusan Operasi (PTPO).

Dalam pada itu, ada seorang lagi guru akan masuk bagi mengisi jawatan Penolong Kanan Pentadbiran yang ditinggalkan oleh Puan Nora. Menurut khabar angin yang semakin kuat bertiup, beliau sudah meninjau-ninjau sekolah pada awal cuti yang lalu. Saya belum pasti adakah beliau akan menerima atau tidak jawatan ini.
Saya kenal juga lah dia niee..., cukup saya namakan Ustaz A, beliau pernah berkhidmat di Daerah kerian sebagai guru Pendidikan Islam di sebuah SMK. Berpindah ke SPPIM di JPN Perak. Dan kini dikatakan akan melangkahkan kaki ke SMAAH. Adakah beliau terima ??? Kita doakan semoga dia terima untuk memastikan perjalanan sekolah ini pada tahun-tahun akan datang lebih baik dan teratur.

Pentadbiran yang cekap memastikan kegemilangan sekolah.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

09 Disember, 2009

SESI 'WARM UP' OTAK

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:01:00 PTG | No comments
Lagi 5 hari, soalan bagi kuiz yang diadakan akan muncul. Siri 1 dengan 3 soalan akan bermula pada 15 Dis ini. Nantikan soalan tersebut. Sebelum itu, pada entri kali ini saya terbitkan 'soalan' sebagai pemanas otak kita bagi menjawab soalan kuiz yang akan datang.

v
v
v
v
v
v


Berapakah jumlah titik hitam yang anda dapat kira ?

A : 25
B : 35
C : 45
D : Banyaknya


KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

30 November, 2009

KALENDAR 2010 dan KUIZ untuk Pengunjung

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:38:00 PTG | No comments
Kalendar 2010 SMA Al-Hidayah telah terbit, harganya RM5/unit. Penjualan kalendar ini adalah bagi mengisi kantung kewangan Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS). Sesiapa yang ingin memperolehinya, boleh berkunjung ke pejabat sekolah atau boleh didapati melalui wakil penjual kalendar yang dilantik.


Disamping itu juga, bagi menghargai pengunjung yang sentiasa menyokong blog ini, pihak admin akan memberikan kalendar ini PERCUMA kepada warga komuniti yang berdaftar dan aktif mengunjungi blog ini dengan cara menjawab kuiz.
Beberapa soalan berkaitan sekolah ini berdasarkan entri yang telah lepas akan dikemukakan. Daftarkan diri anda sebagai ahli komuniti Al-Hidayah dan nantikan soalan-soalan yang akan diterbitkan sedikit masa lagi.
TERIMA KASIH KERANA SEMAKIN RAMAI YANG MENGETAHUI TENTANG KEWUJUDAN BLOG SEKOLAH INI. JANGAN LUPA JADI AHLI KOMUNITI YER..

Syarat-syarat penyertaan.
- Terbuka kepada semua pengunjung yang berdaftar
- Berdaftar sebagai ahli komuniti Al-Hidayah
- Jawapan hendaklah di hantar melalui email kepada pengendali (msi_03@yahoo.com)
- Kuiz ini akan bermula 15 Dis hingga 31 Dis 2009 ( 3 siri soalan)
- 3 soalan akan dikemukakan setiap minggu dalam tempoh di atas.
- Pemenang berdasarkan jawapan yang betul dengan menghantar jawapan terawal bagi setiap minggu.
- Pemilihan pemenang adalah muktamad.
- Hadiah berupa 1 unit kalendar 2010/ minggu

*kuiz dan hadiah kalendar ini adalah inisiatif unit ICT sekolah.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

28 November, 2009

Ujian Kemasukan, Bersama Komuniti

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:54:00 PG | No comments
Adalah dimaklumkan bahawa UJIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 / 2010 AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT

HARI RABU
TARIKH 2 DIS 2010
JAM 8 PAGI

Semua para ibubapa dan waris yang telah menghantar borang dan telah menerima surat panggilan, sila ambil perhatian dan tindakan.

Kepada Pengunjung budiman, blog ini akan memasuki fasa baru di tahun baru. Kini pihak admin membuka untuk mewujudkan komuniti al-hidayah. Semua warga pengunjung dijemput menjadi ahli komuniti. Jom sertainya di sebelah ruang kanan blog ini. Add me to this site ... dgn menggunakan account email yahoo.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

27 November, 2009

Perginya Cikgu Nora Ke SAM Bestari

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:36:00 PTG | No comments
Detik kehilangan bakal dirasai, menjelang 1 Dis 2009 Cikgu Nora akan melangkahkan kaki ke sekolah baru tempat dia bertugas. SAM Bestari merupakan sekolah tempat baru baginya. Kami warga sekolah Al-Hidayah berasa sedih kerana terpaksa menerima pertukaran ini. Walaubagaimanapun, mungkin ini yang terbaik bagi beliau dan akan menceriakannya. Kami warga sekolah mengucapkan selamat jalan dan selamat bertugas di tempat yang baru. Bawalah segala yang baik, yang diperolehi di sini, dan tinggalkanlah yang buruk itu kekal di sini. Tunjukkanlah kemampuan mendidik anak bangsa sebaik mungkin di sana. Jalankan tugas bukan sahaja sebagai guru malah sebagai MURABBI yang tugasnya lebih dari seorang guru.

Tiada hadiah besar yang mampu diberi, hanya kami kirimkan doa untuk Cikgu Nora terus mampu manjalankan tugas di sana dengan sebaiknya. Selalu kirimkan pesanan tanda ingatan untuk anak didik di sini.

p/s : Saya juga mengucapkan selamat berangkat buat sahabat baik Mr Ridz1 dari SMA Al-Falah yang akan bertukar ke SABK di Ranau Sabah. Selamat Jalan, Lupakan kenangan pahit dan bina memori baru di sana. Selamat menempuh suasana baru di sana.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

Aidiladha, korban, sembelihan dan Pengajarannya

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:45:00 PTG | No comments
Alhamdulilah, hari ini telah selesai lagi musim haji di tanah suci dan kita di sini meraikan Aidiladha dengan penuh keinsafan. Saya berpeluang 'adjust' jadual di maktab untuk turut sama cuti bagi meraikan aidiladha ini. Pagi tadi sempat saya meyaksikan upacara korban yang dilakukan oleh keluarga saya. Bersama semua ahli keluarga kecuali isteri saya yang terpaksa berada di maktab di Kuala Lumpur berikutan cuti yang amat penek. Mungkin inilah pengorbanan yang kecil dengan berjauhan dari keluarga bagi memikul tanggungjawab lain.
Aidiladha ini merupakan satu lagi hari kebesaran Islam sebagai manandakan kegembiraan bagi jemaah Haji yang sedang menjalankan ibadah haji. Peluang ini juga digunakan untuk kaum muslimin seluruh dunia menunaikan ibadah qurban. Ibadah haji ini satu interprestasi perjalanan hidup manusia terutama umat Islam. Jika kita teliti bagaimana untuk perjalanan menunaikan haji amat mencabar, sebelum hendak pergi kita mesti mengumpul dana untuk ke sana, untuk menjalankan haji juga mempunyai ilmu yang perlu dipelajari, segala kerja haji penuh dengan displin dan ketentuan yang mesti diikuti, antara teladan utama yang boleh kita fikirkan berihram putih ibarat kain kafan yang membaluti kita, berkumpul di padang arafah ibarat kita dihimpunkan di padang masyar dengan himpunan yang tiada bandingannya.
Begitulah kita sebagai pelajar yang juga hamba yang dituntut untuk berfikir tentang kehidupan kita sebagai khalifah yang perlu mengisi dada dengan ilmu yang baik untuk mempersiapkan diri di masa akan datang yang lebih mencabar. Jika kita teliti, untuk mendapat haji yang MABRUR perlu mengikuti disiplin utama dengan betul dan sohih, jika dilanggar akan dikenakan dam. Untuk menjadi pelajar yang baik, perlu juga kepada disiplin dan akhlak yang terpuji. Untuk memastikan misi melahirkan insan yang baik, perlu juga kepada garis panduan, jika dilanggar tetap juga akan di denda. Ini bagi memastikan Insan yang akan lahir di masa akan datang lebih baik dan berakhlak islamiah.
Kita di sini melakukan ibadah korban, ingatilah saudara kita yang terkorban di Iraq, Palestin. Kita disini membuat peyembelihan, tapi adakah kita sedar saudara kita yang disembelih di negara umat islam yangs edang berperang!!!. Bersyukurlah, kerana kita masih lagi aman dan boleh menerima ilmu Allah dengan tenang dan hidup dengan rahmatnay tanpa bayaran satu sen pun. bersyukurlah.

Renungi dan hayati kisah nabi Ibrahim yang diperintah menyembelih anaknya nabi Ismail. Kisah Hajar dan Ismail mendapatkan air di antara sofa dan marwah.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

21 November, 2009

Selamat Bercuti dan Selamat Belajar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:47:00 PG | No comments
Hari ini Sabtu 21/11/09 .. saya masih sibuk dengan urusan peribadi kerana sedang berkemas untuk ke maktab. Dah ada pun rakan saya yang sudah berada di maktab bagi menghadiri sesi interaksi Nov/Dis ini.
Di saat pelajar bergembira kerana ketibaan cuti sekolah, kami warga pendidik kembali bergelumang dengan kelas yang agak padat dan singkat. Keperluan daya ketahanan fizikal dan mental amat perlu bagi mengharungi sesi interaksi ini agar tidak terlalu tertekan. Buat semua rakan guru yang kembali ke maktab masing-masing, selamat menerima ilmu dan selamat mengharunginya. kepada yang dah nak konvo, tahniah dan tahniah kerana selesai menjalani pengajian. kepada rakan yang akan melansungkan kenduri ataupun yang akan menikah .. doa saya agar selamat semuanya. Jika tidak berkesempatan untuk hadir walimah tu .. harap faham jer la yer...

Buat anak didik yang sedang bercuti, manfaatkan cuti sebaiknya, jangan buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Jadikan masa cuti untuk mencari pengalaman berguna. pergilah ziarah keluarga, mungkin dapat bekerja ataupun membaca dan mengulangkaji pelajaran. Seronok bercuti, tapi biarlah ada pengaman baru yang boleh terus mematangkan kita.

Buat akhirnya, ampun maaf lah dari saya sepanjang tahun 2009 ini mungkin berlaku salah silap, kecuaian dan ketidakselesaan yang merugikan. Saya yang agak sibuk menguruskan ntaya ada kekurangan dari sudut pengajaran. Jadi harap dihalalkan dan dimaafkan.
Kepada rakan yang akan melangkahkan kaki dari sekolah ini, harapan saya bawalah yang baik tinggallah yang tidak elok itu di sini dan tunjukkan kebolehan sebenar kita di tempat yang baru.

Ceria bersama kami warga Al-hidayah

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s.... ... Buat pengunjung .. terima kasih kerana terus-terusan bersama blog ini... mungkin dalam seminggu dua ini tidak dapat 'highlight' cerita baru ... kerana ketiadaan sambungan internet.. broadband belum bayar ler.. heheheh ...

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

20 November, 2009

Majlis di Penghujung tahun 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:55:00 PTG | No comments
Selesai sudah peperiksaan idadie thanawi bagi tahun ini, sementara itu unit kokurikulum masih dengan projek karnival koku bagi acara terakhir minggu ini adalah mencari harta karun .. yang menggunakan cara ' explorerace' . Dan ada lagi aktiviti yang saya tak sempat nak cerita di sini.

Ada majlis yang dirancang bagi meraikan guru yang berpindah dan akan menamatkan kontrak bertugas di sekolah ini. Khamis malam Jumaat lalu, menjadi malam yang cukup istimewa apabila program yang mengabungkan majlis perpisahan dengan majlis makan malam akhir tahun asrama. Malam yang penuh kesyahduan menyaksikan linangan airmata dan kesayuan berikutan pelajar dan warga sekolah ini terpaksa berpisah dengan rakan yang turut memperjuangkan pembangunan sekolah.
Puan Norashikin Shamsudin yang merupakan PK Pentadbiran sekolah ini terpaksa melangkah kaki meninggalkan sekolah beralih arah ke Selangor. Dalam ucapanya pada majlis malam tersebut, beliau megimbau di awal kehadiran beliau ke sekolah ini yang pada awalnya hanya memiliki sekitar belasan orang pelajar. Namun ujarnya kini sudah mencecah 170 pelajar. Kata-kata semangat beliau tanamkan kepada semua hadirin yang ada.


Guru yang kedua diraikan pada malam tersebut ialah cikgu Rahayu Bt Abd Hamid, salah seorang guru dari pakel ransangan ekonomi. Guru baru yang agak aktif dan bersemangat tinggi memberi pendidikan kepada semua pelajarnya. Baru 5 bulan bertugas, beliau mengatakan cukup serasi dengan sekolah ini, dengan semua warganya dan para pelajar yang baikd an berakhlak. Beliau dalam keadaan sedih dan sayu sehingga menitiskan airmata cukup teruja apabila diraikan di dalam majlis yang cukup bermakna.


Selepas itu giliran Cikgu Haslinda pula mengambil tempat menyampaikan ucapan, dengan penuh semangat dia menasihatkan kepada semua pelajar agar meneruskan pendidikan dan terus belajar demi masa depan. Walaupun beliau hanya mampu berucap pendek namun semangat yang ditiupkan kepada pelajar amatlah besarnya harapannya untuk melihat pelajar sekolah ini berjaya.


Setelah itu, majlis mengundang pengetua bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada guru yang diraikan. Pengetua amat berbangga dengan usaha dari guru berkenaan telah turut sama menyumbang dlaam meletakkan nama sekolah ini sebrais dengan SMK yang telah lama mencipta kejayaan. Kini sekolah terpaksa memngizinkan mereka pergi untuk bertugas di tempat lain. Semoga ada kesempatan untuk kita semua berjumpa lagi. Kemudian pengetua menaikkan semangat pelajar dengan laungan 'boleh' berjaya dan buktikan kejayaan di masa depan.

Mengakhiri majlis dengan majlis penyampaian cennderamata kepada guru yang diraikan dan penyampaian hamper kepada dorm tercantik serta anugerah pengurusan asrama kepada ketua asrama.
Tetamu dihidangkan dengan jamuan satay dan nasi lauk daging sebagai hidangan jamuan ini. Disamping itu juga ada aiskrim dan kueh wadai kepeng.

Terima kasih dan jasamu tetap kami kenang
Saya selaku rakan setugas juga mengucapkan terima kasih kepada cikgu nora, cikgu rahayu dan cikgu linda yang telah benyak berjasa dan membantu dalam menjayakan visi dan misi sekolah. Semoga kita dapat lagi bekerjsama di masa akan datang

Layari Video jamuan ini di Youtube . tak percaya ker . dah ada di youtube ... tak percaya klik SINI

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

17 November, 2009

TAKZIAH UNTUK KELUARGA DAN SAHABAT ALLAHYARHAM US AHMAD FAUZI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:35:00 PG | No comments
KAMI WARGA SMA AL-HIDAYAH MERAKAMKAN UCAPAN SIMPATI DAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELURGA DAN SHABAT HANDAI ARWAH USTAZ AMAD FAUZI BIN AZMAN PK1 SRAR RIDWANIAH DI ATAS PEMERGIANNYA MENEMUI ALLAH PADA PETANG SEMALAM. SEMOGA TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

Tresure Hunt yang menyeronokkan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:14:00 PG | No comments
Hari ini, sekolah terus mengadakan program bagi mengisi masa lapang pelajar yang masih berbaki dalam seminggu lagi. Dalam kemeriahan tiada kelas pelajar mengambil bahagian dalam acara mencari 'harta karun'. Harta karun yang berupa menjawab soalan di setiap stesen. Kumpulan pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan kertas peta, klu dan kompas. pelajar dikehendaki menjumpai 10 stesen bagi menyempurnakan tugasan. Jom kita layan foto yang sempat Unit ICT dapatkan.

Peserta merujuk kompas untuk mendapatkan tempat yang tepat


Kaunselor cikgu Latifah memerhatikan pengajuran program


Kelihatan cikgu Jupri memberi penerangan kepada peserta


Kumpulan Pelajar Perempuan


Kumpulan Pelajar Lelaki

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

16 November, 2009

Jamuan 1A dengan keknya

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:16:00 PTG | No comments
Hari ini kami semua guru-guru masih dalam mood jamuan pelajar, dapatlah hari ini kami menjamah kek pula .... jom layan gambar majlis.

Pelajar perempuan yang malu-malu.....


Cikgu Haslinda turut menerima cenderamata dari Ketua Kelas ... Safuan Arif


Potong... potong.... potong .... jom potong ...


Salamuddin nie.... cukup popular nie... tengok la senyumnya tu ..


Sila-sila mai jemput semua guru .... kata Guru Kelas 1A nie..


Cantik kek nie.. pun sedap di makan ...

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

Peperiksaan Idadie dan Thanawi 2009 Kini Sedang berjalan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:21:00 PG | No comments

Bermula hari ini pepriksaan idadie dan thanawi mengambil tempat mengisi penghujung tahun pengajian tahun ini. Calon yang terdiri dari pelajar tingkatan 2 dan 4 kini sedang mendudukinya. Semoga usaha yang telah kita semua lakukan akan membuahkan hasil dengan kegemilangan keputusan yang bakal menjelma.
Ustaz Kamal dari SABK S. Maarif Tg Piandang menjadi ketua pengawas dengan dibantu oleh Ustazah Roshida bagi menguruskan perjalanan peperiksaan ini.


Pemandangan di dalam dewan peperiksaan


Kelihatan Ustaz Kamal sedang memberi taklimat kepada calon
sambil diperhatikan oleh ustazah Roshida
KAMI SEMUA WARGA GURU MENGUCAPKAN SELAMAT MENJAWAB KEPADA SEMUA CALON DAN BERUSAHALAH UNTUK MEMPERBAIKI PENCAPAIAN DENGAN LEBIH BAIK.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

15 November, 2009

Rakaman Badminton

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:59:00 PTG | No comments
Rakaman VCD pertandingan badminton pada 7 Nov telah siap dan boleh menerima tempahan sesiapa yang ingin menyimpannya sebagai koleksi. Rakaman yang berdurasi selama 39 minit itu disunting dan diterbitkan oleh msi creative. Dapatkan salinan cd dari yang berhak. hak cipta adalah terpelihara. RM5/unit.
Sedutan rakaman yang boleh didapati melalui youtube.


Saksikan di sini

13 November, 2009

Jamuan Oh Jamuan.... Ukhuwah kita

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:11:00 PTG | No comments
Hari ini ada jamuan lagi ... sedap la .. kami semua warga sekolah dapat merasa. Jamuan demi jamuan yang diadakan.. macam2 menu yang menrik dan sedap dapat dinikmati. Dari Nasi Ayam, mee bandung, mee jawa, sup dan segala macam style masakan dapat dilihat. Kerjasama yang ditunjukkan mampu mezahirkan keakraban. Semua ahli kelas bekerjasama menganjurkan jamuan kelas dengan baik dan ceria. Inilah Al-Hidayah, semua warganya mampu bersama dan ceria. Tentunya kenangan ini amat istimewa terutama mereka yang pernah menjejakkan kaki bertugas di sini. Buat Us Azmi. Us Yusuf (Desa permai), Us Tuan Lokman, Cikgu Jan dan ramai lagi yang telah meninggalkan sekolah ini melangkah ke sekolah lain. Kisah dahulu masih kami serapkan ke dalam diri guru baru. Doakan sekolah terus maju dan gemilang. Terima kasih dari kami semua warga guru san staf sekolah dengan hidangan jamuan dari semua kelas yang mengadakannya.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

12 November, 2009

Pertandingan Memasak Popia Ting 3

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:23:00 PG | No comments

Pada pagi ini, telah dilansungkan pertandingan memasak popia oleh semua pelajar tingkatan 3. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diminta menyediakan kepeluan bagi membuat popia. Kumpulan diberikan bahan asas dalam penyediaan popia. Pertandingan yang dianjurkan unit kaunseling dengan kerjasama unit kokurikulum ini diselengara oleh cikgu Norhasimah. Kerjasama yang baik dari semua guru dan anak didik yang terlibat mampu membuahkan hasil yang baik serta menceriakan sekolah.
Keakraban ini haruslah menjadi tunjang utama untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Video ini .. disediakan oleh unit ICT


Kelihatan PK Koku Cikgu Marzuki sedang bergurau dengan peserta

Saudara Rahman nie.. pandai masak ker pandai kacau jer


Ini Husna ... pandai masak tu .. ada skill .. sesuai nak jd suri ..


Cikgu Norhasimah sedang memberi taklimat dan cara memasak...


Aikk.... kita nie..nak masak ka ... aku tak pandai nak masak nie..

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

11 November, 2009

Foto Menarik Minggu Ini

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:03:00 PG | No comments




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Sibuk Hujung Tahun

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:31:00 PG | No comments
Setelah berhempas pulas .. menguruskan pertandingan badminton sabtu lepas.. dari kerja-kerja awal seliaan pertandingan tersebut sampailah ke harinya .. agak kalut dengan tugas lain namun dengan izin Allah dari bantuan rakan dan anak didik, saya berjaya memastikan kemeriahan perlawanan tetap ada. Dengan semangat kesukanan dan ukhuwah yang akrab.. dengan sukan ini terus menyerlahkan keakraban guru-guru dan pelajar.
Peserta begitu semangat untuk terus menyertai dan bertanding sesama mereka. Guru-guru juga begitu hebat 'menunjukka' skill, walaupun itulah pertama kali dalam setahun ini bermain sukan.. apa lagi kejang la segala otot dan urat.
Bagi saya, walaupun sedikit kepenatan.. adakepuasan kerana berjaya mengadakan pertandingan ini. Terima kasih kepada rakan dan anak didik yang terlibat.
Pagi Ahad, sekali lagi saya diperlukan menyampaikan taklimat mengenai pengurusan blog kepada pelajar yang sudah mempunyai blog sendiri. Taklimat ini amat penting pada saya agar semua blogger dari kalangan pelajar lebih bertanggungjawab dengan apa yang diterbitkan. Dari pagi sampai la ke tengahari saya bersama kumpulan blogger sekolah yang ingin mendengar taklimat dan cara mengendalikan blog.

Kaki saya masih terasa kejang, dah petang saya ambil masa untuk rehat tidur, dapatlah dalam 2 jam saya tidur. Dalam pada itu isteri sibuk tolong mengemaskan pakaian saya ke dalam beg. Menjelang pukul 10 malam saya pun bertolak ke Klang untuk menghadiri taklimat di SAMTTAJ seksyen 11 Shah Alam jam 9 pagi Isnin. Pukul 3 pagi saya sampai di Klang, rumah sepupu untuk ambil masa dan rehat di situ sebelum bertolak ke S.Alam jam 8 pagi. Tahniah kepada cikgu Sayuti dan cikgu Hidayah kerana telah ditempatkan di IPG yang sesuai dengan opsyen masing-masing.

Petang itu juga setelah tamat taklimat dan penyampaian surat penempatan maktab tersebut, saya rehat minum dengan rakan di Seksyen 13 dan terus bertolak ke KL mencari Hotel Midah bagi menghadiri satu menyuarat yang akan berlansung sampai hari Rabu. Mesyuarat Data HRMIS bagi kakitangan awam la yang saya maksudkan. Penat dan pening kepala kerana agak sibuk dalam 2-3 hari ini.
Itulah sebahagian tugas saya, menguruskan sekolah dalam memastikan sekolah maju dan terus maju. Terima kasih dengan rakan-rakan yang memahami dan menyokong saya.

p/s : bak Kata Cikgu Wan .... Pun macam Pak Aji Jugak

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

09 November, 2009

Persahabatan Badminton... Sampai kejang kaki

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:23:00 PTG | No comments

Entri kali ini tentunya dinanti kerana mungkin ramai yang nak tengok foto menarik sepanjang pelawanan yang sempat di 'tangkap'. Pada hari Sabtu yang lalu telah dilansungkan perlawanan persahabatan Badminton antara ahli kelab dan guru. Pentandingan anjuran kelab badminton ini adalah sebagai salah satu program ko kurikulum yang telah lama dirancang.
Pertandingan ini berlansung di Dewan JKKK Tanjung Piandang seawal jam 8.30 pagi hinggalah ke jam 2 petang. Berbagai ragam dari setiap ahli yang bertanding dapat dilihat. Antaranya ragam pelajar perempuan bermain badminton dan ragam guru yang jarang sekali dapat bermain bersama.
Nanti gambar .. yer.. cuba upload nie...
Eeeyahhh.... ha... ambik nie....


Tunggu jap ... aku penat nie.. penat weiii


Cikgu Johari S.Maarif sorang jer dapat hadir untuk menyertai perlawanan ini

Senyum ketawa .. Cikgu Sayuti .. penyokongnya tak dapat adir.. apa lagi ..kalah ler

Dah habis main .. kempis la perut aku nie.....

Sunyi bertemankan 'penyapu' jer...

Wajah wajah yang baru 'kalah'


Ha... wan ambil bola tu .. ambil ...


tengok skill servis abang nie....


Iyahhh.. siap la engkau ... skill cantik dari us radhi

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

06 November, 2009

Lawatan Pemantauan Aset SABK

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:36:00 PG | No comments
Pagi ini kami semua dikejutkan dengan kehadiran wakil pegawai dari JPN perak dan PPD Perak tengah. Pegawai JPN yang hadir ialah Ustaz Halmi bersama Ustaz Hosni dari PPD Perak tengah. Mereka ini datang dalam rangka mengumpul data aset di sekolah SABK, seawal 8.30 pagi telah sampai dan bertemu wakil pentadbiran bertanyakan mengenai aset yang ada, rosak dan yang diperlukan bagi tahun akan datang. Duduk bersama pengetua, saya dan PK1 Pn Norashikin sempat berbual-bual mengenai perkembangan dan keperluan semasa sekolah.
Selepas hampir 30 minit, duduk bertanyakan mengenai aset, wakil pegawai ini berkesempatan melihat-lihat sekitar sekolah untuk memastikan aset yang dibekalkan digunakan dengan betul dan diuruskan dengan baik.
Disamping itu juga, pegawai ini bertemu mesra dengan kakitangan yang bertugas di sekolah ini. Keramahan ustaz Hosni menjadikan rakan guru begitu ceria menerima kehadirannya ke sekolah ini.
Terima kasih khas buat Ustaz Halmi dan Ustaz Hosni yang sudi menjengah sekolah ini dalam usaha membantu kami menguruskan sekolah dengan lebih tersusun dan lebih baik.
Jom kita semua layan foto sekitar lawatan sebentar tadi...








Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates