TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

27 April, 2010

BENGKEL ASAS PEMBINAAN VIDEO

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:53:00 PG | No comments
Hari ini ada beberapa program yang disertai pelajar sekolah ini. Antaranya Kem Matematik dan Sains yang berlansung di Dewan Merdeka Parit Buntar. Selain itu Bengkel Asas Video untuk Pelajar Menengah Atas yang sempat saya ikuti tadi di SM Teknik Kerian.
Bermula pagi tadi seawal jam 8 pagi selepas sesi pendaftaran, para peserta yang terdiri seramai 2 orang pelajar dari semua sekolah menengah sekitar daerah Kerian mengikuti bengkel asas pembinaan video yang dibentangkan oleh Juruteknik Komputer SM teknik.
Bengkel yang dianjurkan oleh Unit ICT PPD Kerian bersama Fasilitator Schoolnet Daerah Kerian ( di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ) ini sebagai pendedahan kepada pelajar mengenai asas membuat sesebuah video. Pembentang menggunakan perisian U-Lead 10 sebagai bahan pendedahan kepada peserta bagi merekabentuk video.
Sekolah ini turut menghantar Mohd Syafiq Mat Isa dan Mohd Noor Iqbal Bahari sebagai peserta yang mewakili sekolah. Dijadualkan pada akhir perbengkelan, peserta akan diberi tugasan sebagai pertandingan iaitu pertandingan mencipta VIDEO KORPORAT SEKOLAH.
Selamat berjaya.

Berikut adalah sorotan foto sewaktu dibengkel tersebut...


Pendaftaran peserta dan guru pengiring


Taklimat bersahaja kepada semua guru pengiring


Peserta mengikuti penerangan penceramah


Sebahagian peserta bersama guru pengiring masing-masing


Kelihatan wakil peserta Al-Hidayah Adik Mohd Syafiq dan Mohd Noor Iqbal


Sesi perbengkelan bermula

p/s ....
Syabas kepada pelajar yang sentiasa aktif dengan aktiviti sekolah
Doa dan harapan semoga 'rakan guru' kita yang menghadapi kesulitan dan sedang diuji dengan 'kehilangan' agar bersabar dan sentiasa bertambah optimis dengan tugas.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates