Kali ini saya ingin menyambung tulisan mengenai kerjaya guru ini dalam konteks SABK seperti sekolah ini. Sememangnya setelah 5 tahun kebanyakan SAR di negeri Perak ini menerima pelawaan kementerian untuk diserap menjadi SABK,begitu banyak kemudahan dan bantuan yang diterima. Dalam tempoh itu juga telah ramai tenaga pengerak sekolah dihantar meliputi guru dan anggota khidmat sokongan bagi melengkapai keperluan pendidikan yang ada di sekolah.
Dalam situasi menerima 'tenaga baru' yang masuk ke sekolah, berbagai perkara telah berlaku yang boleh membantu atau membantutkan perkembangan kemajuan sekolah. Berbagai maklumat yang kurang enak didengar ada di ceritakan kepada saya oleh kenalan SABK lain.. mengenai 'perangai' tenaga baru yang masuk ke SABK ini. Ada yang cukup baik, sedia berkhidmat dan ada juga yang langsung 'lari' apabila melapor diri. Tak kurang juga yang bercerita kepada saya, ada guru baru yang lansung tak pedulikan dan tak hormat pada pengurusan sekolah.
Melanggar arahan malah sampai ke tahap melawan serta menabur kata cacian. Begitulah 'cerita' yang mungkin membuatkan kita berfikir ' betul' ka cerita seperti ini. Pengalaman yang pernah terjadi kepada saya memang ada 'tenaga baru' yang dihantar bertugas, tidak rela dengan arahan itu. Ini menyebabkan berlakunya 'penolakan' samada secara jelas atau sembunyi. Itulah ragama cerita peringkat awal SABK, kini sudah 5 tahun harapan semoga Institusi Agama seprti SABK ini mampu bergerak maju tanpa masalah dalaman yang rumit untuk dihadapi.
Seloka Untuk Warga kita
Sudah lima tahun bertapak
Masih lagi tetap menapak
Namun jangan lupa yang merangkak
Nak terus berlari takkan nampak
Pentadbir, guru perlu seiring
Mengurus, mengajar sebagai pembimbing
Jangan dibenci malah beri bimbing
baru hormat terbit disamping
Makan boleh kita bersama
Kerjasama masih belum ada
Yang dibenci bertambah pula
Hancur merana anak bangsa
Saling kata merosak ukhuwwah
Saling benci membawa padah
Yang teruk bekerja dipandang rendah
Yang duduk lena dapat anugerah
Yang hina terus terasing
Yang dipuja juga yang penting
Yang dibenci dicanang liat
Yang dipuja dicanang hebat
Yang tak penting jadi penat
Yang tak penat yang mengulat
Yang bawah salah di'terminate'
Yang atas salah bagi selamat
Yang atas tahu arah
yang bawah tak tentu arah
Yang atas boleh bermegah
Yang bawah dipaksa lelah
....... seloka adalah rekaan semata-mata....interprestasi dari hati 'zaujah' admin...
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan