Petang tadi berlansung program Pelancaran Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) dengan jayanya. Pelancaran disempurnakan oleh Pengetua sendiri Tn Hj Mohd Said Hasnik.
Majlis petang tadi dimulakan dengan Bacaan Al-Quran dan terjemahannya oleh Adik Shahidan Mustafa dan Mohd Adib. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustazah Roshida Ibrahim ini diteruskan dengan memberi peluang pengasas BADAR iaitu Cikgu Mohd Nazruddin Abd Rasid yang juga Penolong Kanan HEM.
Beliau menerangkan kepentingan BADAR ini dalam membantu usaha dakwah islamiah kepada semua pelajar sekolah ini. Beliau turut membentangkan tujuan utama dan objektif BADAR ini ditubuhkan antaranya sebagai usaha sekolah melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan visi dan misi sekolah. Keduanya memantapkan nilai kepimpinan dan mengasah daya kreativiti pelajar di dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti keagamaan.
Kemudian, ucapan perasmian mengambil giliran. Ucapan dari Us Mohd Said menyentuh sirah para rasul antaranya yang dipetik kisah nabi Nuh yang berdakwah hampir 1000 tahun namun yang menjadi pengikutnya hanya 83 orang. Dalam pada itu banyak hikmah dapat diambil dari gerakkan dakwah yang dilakukan nabi Nuh.
Dakwah merupakan nadi kepada pengembangan dan penghayatan ilmu Islam. Dengan adanya dakwah dalam rutin harian ilmu Islam akan terus diamalkan oleh umat Islam. Dan ini dapat melahirkan modal Insan yang cemerlang.
Semoga dengan penubuhan BADAR di sekolah ini dapat menjadi salah satu wasilah dakwah bagi mewujudkan satu platform asas untuk menyebarkan dan menggerakkan institusi di sekolah ini.
Sekitar majlis ....
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan