Hari ini Isnin, sudahpun 12 April 2010, mengharungi minggu persekolahan yang cukup 'stress'.. walaupun ada yang marah saya. kerana menulis yang tidak sesuai dengan 'kerja' guru ini kononnya tidak 'jaga hati' guru lain. Saya maklumkan, saya suka menulis dari konteks 'rasa' saya apabila berborak dengan kebanyakkan guru. Stress atau tekanan dihadapi oleh semua orang, ada yang stress dengan tugasan harian dan ada juga yang stress sebab peribadi. Semua ini 'sepatutnya' akan dihadapi oleh semua guru yang berhadapan dengan kerenah 30+ pelajar dalam sesebuah kelas.
Jauh di dalam rasa ' keikhlasan' akan tetap dilintasi rasa 'tidak puas hati'.. begitulah rasa yang ada dalam hati guru hari ini. Berbagai 'beban' tugas menjadi satu penghalang untuk guru berasa selesa di waktu senggang atau waktu rehat. Guru yang baik akan melihat waktu senggang sebagai masa yang baik menyelesaikan 'tugasan' pentadbiran dan pengurusan, bagi guru yang tidak mampu menggunakan waktu senggang dengan baik akan lebih banyak masanya di meja makan, berborak kosong dan 'tidor' di meja sendiri.
Begitulah cebisan cerita GURU hari ini yang begitu banyak tugasnya untuk menjana kemenjadian murid yang lebih baik. Begitulah juga di sini yang turut sama menerima guru BARU yang akan meneruskan kesinambungan pendidikan di sekolah ini dari guru LAMA yang telah tiada.
Jika sebelum ini, kita diminta menjadi GURU DISIPLIN, di sekolah ini bukan setakat itu.. semua guru adalah PENTADBIR.. yang turut sama membantu meningkatkan pencapaian pengurusan yang lebih baik. Dari sebuah sekolah SAR, yang kurang baik prestasinya kini cukup dikenali kerana namanya Al-Hidayah.
Lihatlah, betapa komitednya 'Orang Baru' ini untuk 'memperbaiki' beberapa hal berkaitan pentadbiran. Saya menyedari dan tentu kita semua sedar, kehadirannya telah meletakan sekolah di satu tahap yang lebih baik. Mungkin sekarang kita rasa agak 'terbeban'.. namun 'keriangan' bakal kita rasai apabila ..... tungguuuuu.
Terima Kasih semua.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan