TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

02 April, 2010

Bila Admin Menulis 2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:06:00 PTG | No comments

Hari ini Jumaat minggu pertama April, dah berlalu penggal yang pertama sesi persekolahan bagi tahun ini. Saya akui cukup mencabar pengalaman saya di awal-awal sesi tahun ini. Ada yang manis dan ada yang buat saya 'kecewa' bila mengenangnya. Biarlah saya 'simpan' sebagai 'arkib' aje lah.

Ha.. pertama kalinya ada yg komen di 'shoutbox' tentang tulisan saya sebelum ini, mungkin ada benar kata anda saya menulis mungkin mengikut rasa hati saya, tapi dalam tulisan tersebut saya niat nak mengajak rakan-rakan setugas di sekolah agar sentiasa tenang dan bersabar dengan bebanan tugas sebagai seorang guru.

Pengalaman saya bersama rakan-rakan skuad khas SABK sebelum ini, banyak mempertemukan saya dengan pentadbir-pentadbir sekolah SABK lain. Kami saling bertukar-tukar cerita dan situasi yang berlaku di SABK selepas penyerapan dari SAR/SAN. Saya menjadi risau dengan beberapa unsur tidak baik yang melanda beberapa buah SABK sejak kebelakangan ini. Mungkin beberapa isu amat sulit untuk didedahkan, tapi saya mengambil langkah aktif dengan mententeramkan keadaan yang boleh menyumbang ke arah situasi lebih parah. Oleh yang demikian, saya gunakan medium ini untuk berkongsi pengalaman ke arah menyatukan semua tenaga guru di sekolah saya ini.

Kesibukan tugas memberi tamparan hebat kepada seorang guru, banyak tugas luar, tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tugas khas 'ad-hoc' boleh menyebabkan seorang guru yang 'fresh' mudah kalah dan stress. menjadi tanggungjawab pihak pentadbiran melihat keperluan ini sebagai suatu yang penting bagi mengelakkan wujudnya 'gap' di antara guru dan pentadbiran.

Kepada yang mungkin 'tercuit' dengan penulisan saya, saya mohon maaf.... mungkin boleh hantar komen di ruangan komen dengan panjang lebar dan saya akan terbitkan komen anda jika pendapat anda boleh membangunkan dan merapatkan silaturrahim semua warga sekolah ini.

.... SELAMAT DATANG BUAT CIKGU NURLATIFAH MOHD ARISH....
.... SELAMAT BERTUGAS .. JANGAN LUPA PESAN SAYA DI PERTEMUAN TADI....
.... SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON IDADIE DAN THANAWI 2009 ...
....

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates