TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

17 April, 2010

Edisi Hari Guru 2010 : Cerita CINTA Para Guru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:07:00 PTG | No comments
Hari ini sempat saya temankan isteri ke majlis Hari Anugerah sekolah tempat dia bertugas, berbagai gelagat dan kerenah yang sempat saya perhatikan. Dari mata kasar saya perhatikan secara umumnya majlis itu berjaya, namun masih terdapat kelemahan yang ketara sewaktu pelaksanaannya. Saya tak mahu komen kerana tiada autoriti untuk menilai program sekolah lain, cuma menulis sekadarnya untuk tindakan memperbaikinya.

Kolum di blog ini hanya memaparkan aktiviti yang ada kaitan dengan warga sekolah ini, jadi biarlah saya teruskan dengan cerita CINTA sepanjang bulan sambutan hari Guru yang bakal menjelma nanti. Pertamanya, saya ingin rakamkan tahniah kepada SEMUA tenaga guru Azhariah yang telah berjaya menghasilkan keputusan yang baik dalam peperiksaan yang lepas. Pengetua amat berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan telah menghasilkan natijah yang harus dibanggakan oleh semua warga sekolah.

Pada minggu ini juga berlansung beberapa 'events' yang menarik untuk dikongsikan, antaranya pertandingan sepak takraw anjuran kelab sepak takraw bagi perlawanan ahli kelab pada 11 April yang lalu. Program menghafal kalimah-kalimah arabiah anjuran panitia Bahasa Arab telah memasuki minggu kedua. semua guru GPI terlibat membantu untuk sesi hafalan para pelajar.
Disamping itu, berbagai aktiviti sampingan turut berjalan seperti aktiviti kokurikulum mingguan, kelas tambahan bagi PMR dan SPM serta pertandingan dorm dan katil tercantik.


Barisan 'team muda' yang kini membawa wajah baru Al-Hidayah

Sememangnya gerak kerja seperti ini memerlukan rasa CINTA yang mendalam dengan tugas. barulah terbit rasa ingin berbakti dengan ikhlas dalam menjana generasi murabbi sesuai dengan visi sekolah ini. Kombinasi CINTA antara guru, pelajar dan staf sekolah akan menyerlahkan kegemilangan dan kemasyuran sekolah. Ini terbukti dengan 'cakap-cakap' masyarakat sekeliling sekolah yang melihat kemajuan 'luar biasa' sekolah ini yang semakin maju dan gemilang.

CINTA yang ada di hati STAF al-Hidayah ini bukan datang secara 'tiba-tiba', ianya perlu disemai dari awal mereka bertugas. Rasa CINTA ini timbul apabila semua rasa ini bersamanya ... rasa hormat, dihargai, dinasihati, dibimbing, disayangi.

Mungkin entri kali ini, sedikit beremosi... namun signifikan kepada sekolah mana yang kini berdepan masalah. Biarlah pentadbir sekolah 'itu' lebih memahami.

Ada juga saya terdengar berita 'sahabat' lama sedang menghadapi ujian Allah yang menyukarkannya untuk bertugas dengan baik. Kami warga sekolah mendoakan semoga beliau kian sejahtera dan pandai meredakan keadaan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu tertekan, jangan biarkan tekanan mengekang tugas yg diamanahkan.

p/s.
- Tak lama lagi Cikgu Wan Nazri akan menamatkan zaman bujangnya, selamat mengharungi alam berumahtangga dari kami warga sekolah.
..... Cikgu Latifah yang berdua tu, cikgu hidayah bila la agaknya....

- Heboh juga dikatakan Cikgu Sayuti dah 'berpunya'... siapakah empunya diri yang bertuah itu ... nantikan pendedahan eksklusif bersamanya nanti.


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates