TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

04 April, 2010

POLEMIK GURU LAMA DAN GURU BARU

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:34:00 PTG | No comments
Salam semua pengunjung.. selamat berhujung minggu, semoga ceria bersama keluarga dan tugas masing2. Teringin saya nak berkongsi cerita tentang kisah guru lama dengan guru baru. Ini kisah dalam konteks sekolah ini yer... tidak ada kena-mengena dengan individu atau sekolah yang lain.

Saya bermula dengan kisah ketika saya masuk mengajar di sekolah ini, ketika itu hanya ada 17 orang guru termasuk saya. Ada antara guru tersebut yang sudah berhenti dan juga yang sudah pergi mengadap Illahi. Teringat saya kata-kata arwah Ustaz Mukhtar yang cukup terkenal dengan ketegasannya, berpesan kerja ini amat mulia kerana mendidik dan menjadikan seseorang kepada manusia yang berguna.

Kerap saya bertemu dengan bekas-bekas tenaga guru yang masih aktif dalam masyarakat seperti Ustaz Said Othman, Ustaz Termizi Mokri yang sentiasa bertanyakan tentang sekolah dan apa perkembangan terkini sekolah. Mereka ini sering bertanyakan ' tahun nie ada ka lagi guru masuk'? . Saya menjawab yer.... bersambung-sambung soalan yang dikemukakan, dari mana, lelaki ke perempuan, bujang ka sudah berkahwin, sekarang guru itu tinggal di mana? Ramaikah muridyang mendaftar, banyak murid dari mana .... itulah soalan-soalan yang bermain dimulut mereka ini ketika terjumpa saya. Jauh difikiran saya, bertanggapan mereka ini walaupun telah lama meninggalkan sekolah,namun hati dan perasaan tetap ada di Al-Hidayah.

Sedikit berbeza dengan guru lama yang bertukar arah ketika kegawatan SAR dahulu, mereka ini ada yang menyuarakan hendak kembali ke Al-Hidayah menabur bakti kepada anak bangsa sendiri dengan penyampaian ilmu agama. Begitulah rasa hati yang pernah di suarakan oleh sebahagian mereka seperti Ustaz Yusuf, Cikgu Norhaizan, Ustazah Maizatul, dan ramai lagi.

Saya pernah bertugas di era SAR yang begitu menuntut kerelaan bertugas yang amat tinggi untuk tidak cepat mengalah berdepan kekangan sumber seperti gaji, latihan, modul dan sebagainya. Semua itu sedikit memberi tekanan dalam memastikan pendidikan anak bangsa tidak terabai.

Tergiang-ngiang ungkapan bekas pengetua Allahyarham Ustaz Sulaiman ketika saya dan beberapa orang rakan setugas pergi melawat beliau 2 minggu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Antara kata-katanya, 'jaga sekolah jangan sampai naik buah lakom'. Atau dengan kata lain jaga sekolah jangan samapai naik pokok hutan yang menjalar di bangunan sekolah.
Sehingga ke saat sakit hendak pergi mengadap Illahi, beliau terus ingat kepada sekolah dan berpesan kepada kami yang masih ada untuk terus kuat mempertahankan sekolah.

Begitu juga harapan Ustaz Rostani yang sentiasa komited dengan sekolah, apa juga yang berkaitan dengan sekolah akan diutamakannya dahulu. Beliau juga terpaksa berundur dan memberi laluan kepada geng muda untuk mentadbir dan menguruskan sekolah ke arah yang lebih baik. Pernah suatu masa beliau bertanya, ketika itu sekolah masih baru diserap masuk menjadi SABK.. soalannya kepada saya.. Adakah guru-guru yang bakal dihantar JAPIM
(Sekarang BPI) ini akan sanggup bertugas di sini dan ada rasa sayang kepada sekolah ini? Ketika soalan itu dilemparkan....Saya hanya terkedu dan berfikir mengenangkan beberapa cerita yang saya dengar heboh tentang guru baru di sekolah SABK yang lain. Cukup merisaukan jika berlaku di sekolah ini.


Itulah cebisan kenangan bersama guru lama yang sebenarnya banyak lagi, Alhamdulilah kini semua guru yang baru masuk dan bertugas di sini memberikan komitmen yang amat baik. Saya sendiri takkan mampu berkhidmat seperti sebahagian guru baru yang telah melapor diri sejak sekolah ini menjadi SABK. Pengetua juga berkali-kali memuji sebahagian mereka yang baru ini kerana cukup kreatif membawa pembaharuan kepada sekolah ini. Pengetua juga berharap segala pengalaman mereka ketika belajar di Universiti boleh diterapkan kesekolah ini. Saya katakan, andai saya tak ada lagi bertugas di sekolah ini pun dah ramai yang boleh melakukan yang lebih baik.

...... akan ada siri sambungan cerita ini ....

.... Rindu dengan Cikgu Wan Faezah .. apa khabar dia yer... .... Cikgu Shaari apa cerita .... .... Cikgu Zubaidah Mastor.. kerja apa sekarang ....AlFatihah untuk yang saya anggap kakak saya Cikgu Zarina Ahmad....



AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates