Hari ini, pada jam 4.00 petang tadi perkarangan sekolah sesak dengan kenderaan dari wakil-wakil jabatan kerajaan daerah Kerian. Mereka turut serta bersama Tuan pegawai Daerah Kerian (DO), Tn Hj Ismail Bin Hj Hassan yang dalam rangka turun padang melawat ke kawasan sekitar mukim Kuala Kurau bagi meninjau permasalahan penduduk.
Sekolah ini menjadi destinasi utama beliau lawati berikutan adanya projek JKR yang sedang rancak dijalankan. Selain ketua-ketua dan wakil Jabatan Kerajaan Daerah Kerian, beliau turut ditemani Pegawai Khas MB Perak En. Salleh Md Disa, Penghulu En Hamzah Bin Rashidi dan penghulu Muda Mukim Kuala Kurau. Turut kelihatan pegawai-pegawai kerajaan tempatan. Turut sama dalam menemai Tuan DO ialah Ketua-ketua Kampung Persekutuan sekitar kuala kurau.
Setibanya di sekolah disambut Pengetua dengan sedikit ucapan aluan tanda terima kasih kepada hadirin yang sudi menjengah sekolah ini. Beliau merasa teruja kerana buat pertama kalinya tuan DO sampai ke sekolah ini bagi meninjau permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Selepas ucapan aluan pengetua, hadirin dipertontonkan dengan dokumentari mengenai sejarah sekolah.
Selepas itu, para hadirin di jamu sedikit jamuan sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah atas kedatangan tetamu yang tidak pernah dijangka.
Terima Kasih dari kami semua warga sekolah
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan