TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

22 November, 2008

PENTING

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:27:00 PTG | No comments
Perhatian Penting Kepada pelajar yang memohon untuk masuk ke Tingkatan 1 / 2009 di sekolah ini, satu ujian kemasukan akan diadakan pada masa seperti berikut ;Hari : Isnin Tarikh : 1 Dis 2008 Jam : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sekolah Pakaian : Sopan Dan menutup Aurat Kegagalan anda untuk hadir masuk ke ujian tersebut akan menyebabkan permohonan anda ditolak. Sebarang masalah dan kesulitan sila berhubung dengan pihak sekolah.Hidayah itu kurniaan Allah,...

12 November, 2008

CUTI AKHIR TAHUN 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:51:00 PG | No comments
Cuti persekolahan akhir tahun 2008 Bermula 15.11.2008 hingga 4.01.2009. Bagi tahun hadapan harapan pihak sekolah agar murid-murid bersedis untuk naik tingkatan. Bagi semua murid "SELAMAT BERCUTI". Jaga diri dan jangan lupa ulangkaji. Bagi semua rakan guru " SELAMAT BERKURSUS ". Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...

13 Oktober, 2008

MAJLIS TAUTAN AIDILFITRI 1429

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:00:00 PTG | No comments
Pada 11 Okt yang lalu, telah berlansung majlis tautan Aidilfitri yang diadakan khusus bagi meraikan semua warga sekolah sempena lebaran 1429H. Majlis yang disertai dengan program bacaan yasin bagi calon PMR yang akan menghadapi peperiksaan pada 13-17 OKT ini. Antara tetamu yang hadir terdiri daripada ibubapa pelajar, ahlijawatankuasa tadbir sekolah, ahli lembaga PIBG dan semua ahli keluarga guru dan kakitangan sekolah. Pihak sekolah merakamkan jutaan...

10 Oktober, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:52:00 PG | No comments
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan terima kasih kepada pengunjung dan ucapan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin istimewa buat rakan setugas, anak didik, sanak saudara, kenalan yang masih ingat kat saya nie... maaf la yer yang mana ada tersalah silap tu ..Terima kasih kepada yang sudi datang pada majlis rumah terbuka saya yang berlansung pada hari ahad 5hb yang lalu. Semoga terus subur silaturrahim antara kita. Hidayah itu kurniaan...

23 September, 2008

Tahniah Buat Cikgu Din

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:11:00 PTG | No comments
Pada tanggal 13 Sept yang lalu, rakan saya nie. baru jer dapat jadi "ayah" . uacapan TAHNIAH .. kepada cikgu nazaruddin atas kehadiran cahaya mata sulungnya. Dengan berat 3.3kg, bayinya selamat dilahirkan lebih kurang jam 5.30ptg. Dengaq kata beliau namakan anaknya dengan nama NUR AZIMAH... TAHNIAH .. semoga dengan kehadirannya menceriakan lagi rumahtangga anda.TAHNIAH juga nie .. buat Pn. Wahida Arsad .. PT KEW sekolah dengan kelahirannya anak sulungnya...

Iftar Jamaie

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:57:00 PTG | No comments
Pada 19 Sept yang lalu telah diadakan majlis berbuka puasa bersama warga sekolah. Majlis yang dihadiri team guru bersama keluarga, staf sokongan dan pekerja am sekolah itu diadakan khas bagi meraikan berbuka bersama pelajar asrama dan merapatkan ukhuwah antara warga sekolah. Selain tuan pengetua, turut sama pengerusi PIBG sekolah En.Hasan Jurai yang tidak melepaskan peluang bersama warga sekolah untuk berbuka puasa bersama. Menu yang amat diminati...

05 Ogos, 2008

BARISAN GURU AL-HIDAYAH 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:33:00 PG | No comments
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...

Majlis Sambutan Persaraan Us. Rostani

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:08:00 PG | No comments
Pada hari Jumaat yang lalu, tanggal 1 Ogos 2008 telah di adakan majlis sambutan persaraan Us. Rostani Bin Basri, majlis yang gilang-gemilang penuh kesayuan dalam meraikan Ustaz Rostani yang telah mengambil keputusan mengundurkan diri dari menjadi tenaga pendidik sekolah ini. Mengenang jasa yang begitu lama ditabur di sekolah ini, pihak sekolah dengan kerjasama lembaga pengurusan sekolah mencadangkan diadakan majlis bagi mengenang jasa beliau. Pihak...

Biodata Ustaz Rostani

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:05:00 PG | 2 comments
Tarikh Lahir23 Mei 1943Tempat LahirParit Haji Said, Kuala Kurau, PerakTempat dibesarkanParit Haji Said (Parit Abas) Kuala Kurau, PerakBil. Adik-beradik12 orang (anak yang ke-2)Tarikh berkahwintahun 1969Nama isteriPuan Rabiah binti Haji ShafieBilangan anak2 orangPendidikan RendahSekolah Kebangsaan Telok PialPendidikan Menengah1. Sekolah Agama Parit Abas2. Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang (sehingga 1966)- mengambil...

30 Julai, 2008

Jasamu Kami Kenang

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:14:00 PTG | No comments
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...

27 Julai, 2008

IHTIFAL SABK / SRAR KAFA ZON 2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:27:00 PTG | No comments
Pada tanggal 27.07.2008 iaitu hari Ahad yang lalu telah berlansung pertandingan Ihtifal SABK / SRAR bagi zon 2. Di dalam Zon 2, daerah yang terlibat ialah daerah tadbir agama Parit Buntar, Selama, Bagan Serai dan Kuala Kangsar. Pertandingan yang disertai oleh sekolah-sekolah agama yang datang dari 4 daerah tersebut. Bagi pertandingan pada tahun ini, Daerah Parit Buntar menjadi tuan rumah, pertandingan ini telah diadakan d SABK Al-Falah Parit Buntar....

14 Julai, 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:21:00 PTG | No comments
Keputusan diperolehi Keputusan pepeperiksaan pertengahan tahun 2008 telah diperolehi. Secara umumnya keputusan kali ini mencatat penurunan dari segi peratus keseluruhan. Keadaan ini berikutan beberapa faktor yang menjadi penyumbang utama.1. Kebolehan pelajar menguasai matapelajaran2. Kemampuan pelajar untuk memahami kehendak soalan3. Kelemahan pelajar dalam jawi dan al-quran4. Tumpuan yang kurang dari pelajarHidayah itu kurniaan Allah, cari dan...

29 Jun, 2008

Selamat Datang Guru Baru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:52:00 PTG | No comments
Pada tanggal 16 Mei yang lalu, SMA Al-Hidayah menerima kehadiran 2 lagi guru baru. Guru yang ditempatkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan calon yang telah melalui temuduga untuk jawatan guru di SABK. Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Teh dan Cikgu Jufri.Selamat Datang Cikgu Teh dan Cikgu Jufri Teh Nur Akmal yang berasal dari Setiawan Perak telah ditempatkan disekolah ini untuk mengisi kekosongan guru dalam bidang Matematik. Manakala...

16 Jun, 2008

Guru Cemerlang Negara Terbilang

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:51:00 PTG | No comments
Pada 16 Mei yang lalu telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah ini. Sambutan yang diadakan setiap tahun bagi menghargai dan mengenang jasa guru. Pelbagai acara diadakan bagi mengisi sambutan tersebut. Tidak terkecuali sekolah ini yang turut sama mengadakan sambutan hari guru, ianya diselengara oleh wakil pelajar yang dilantik bagi menguruskan sambutan tersebut. Pelbagai acara diadakan antaranya sukaneka bersama pelajar seperti membawa...

24 Mei, 2008

Jaga Diri Waktu Cuti

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:04:00 PTG | No comments
Bermula 24 Mei - 8 Jun 2008, cuti persekolahan penggal pertama pun bermula. Waktu yang ditunggu oleh pelajar untuk beriadah dan bersantai dengan keluarga. Setelah berlalu peperiksaan pertengahan tahun 2 minggu yang lalu, kehadiran waktu cuti amatlah dinanti. Dimasa cuti inilah kebanyakkan pelajar menghabiskannya dengan bermain-main dgn melupakan buku pelajaran. Sepatutnya ruang masa cuti ini diisi dengan perkara yang berfaedah seperti pergi tuisyen,...

11 Mei, 2008

"Keeper" berani

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:45:00 PTG | No comments
Zulhanifa Zharif, satu-satunya pemain bola baling yang mewakili daerah Kerian bagi kejohanan bola baling MSSN Perak yang dipilih dari SABK. Adik zulhanifa merupakan penjaga gol bagi team bola baling SMA Al-Hidayah dan telah bertanding bagi peringkat daerah pada 14-16 April yang lalu di padang SMK Kuala Kurau. Pencapaian pasukan Al-Hidayah masih belum mencapai tahap, namun ada pengalaman manis bagi pengurusan pasukan berikutan pemilihan zulhanifa...

Anak Sulung SABK catat keputusan amat baik I'dadie 2007

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:33:00 PTG | No comments
TAHNIAH !!!Tahniah buat adik Siti Mursida Mhd Nordin, Adik Rabiatul Adawiyah Aisa (Gambar) dan adik Mohd Azmeer Farhan Abd Aziz kerana telah berjaya mencapai pangkat "Jayyid Jiddan" (Sangat Baik) di dalam peperiksaan I'dadie 2007 yang lalu. I'dadie merupakan pendidikan bahagian arabiah yang diajar serantak bersama akademik di tingktan 1 dan 2. Manakala peperiksaan negerinya pula diduduki di tingkatan 2. Antara pelajaran yang terlibat dalam pelajaran...

24 April, 2008

Remaja Sekarang

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:01:00 PTG | No comments
Hai .. negara dah di alaf baru tapi perangai tak juga barusame je sekarang dan dulu bukannya semakin maju tapi semakin menjadi-jadi pulak tu ..Remaja perempuan kita sekarang semuanya dia nak tayang tak kira depan atau belakang apa lagi jantan mula niak miang hari-hari rindu terbayang-bayang konon nak mengorat panggil lah Sayang silap-silap ada pulak yang melayang Hari-hari berlaku perkara sumbang toleh saja tepi-tepi simpang sana sini semuang nak...

18 April, 2008

Al-Hidayah cemerlang 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:40:00 PTG | No comments
Dalam menjana Hidayah maju dan cemerlang 2010, telah banyak usaha diadakan secara bersama melalui kombinasi warga sekolah. Antara yang terlibat termasuklah ibubapa dan masyarakat setempat yang terus menyokong dan membantu menjana kecemerlangan sekolah. Disamping itu kerjasama pihak Kementerian dan Jabatan yang bertanggungjawab atas sekolah ini disanjung tinggi. Bantuan dan kerjasama amatlah diharapkan. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih...

17 April, 2008

Hebatnya Pasukan Badminton kita

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:55:00 PTG | No comments
Pertandingan badminton MSSD Kerian yang telah diadakan pada 18 MAc yang lalu telah menyaksikan pencapai pasukan sekolah yang diluar dugaan. Mereka layak sehingga ke peringkat ketiga. Tahniah diucapakan dan tingkatkan usaha untuk terus mencipta kejayaan. Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...

MTQ Peringkat ZON

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:47:00 PTG | No comments
Majlis Tadarus Al-Quran 2008 (MTQ) bagi zon Bagan Serai telah diadakan pada 4 Mac 2008 bertempat di SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR). Antara acara yang disertai seperti Nasyid, Khat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Marhaban dan Syarahan. Syabas kepada pelajar yang berjaya mengharungi pertandingan walaupun ditentang oleh peserta yang lebih baik. Teruskan usaha untuk berjaya Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...

Sambutan Hari Pelajar 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:36:00 PG | No comments
Sambutan Hari Pelajar dan Anugerah Kecemerlangan 2008 telah diadakan pada MAC yang lalu. Perayaan tahunan yang ada ini dijadikan platform bagi pelajar mengetengahkan bakat mneraka bagi setiap acara yang dipertandingkan. Antara acara yang sering diadakan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Khat dan sebagainya. Bagi acara luar dewan pula, bagi tahun ini hanya badminton. sepaktakraw dan ping-pong sahaja yang mampu dijalankan. Ini berikutan berlaku...

Pertandingan Bola Sepak MSSD Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:26:00 PG | No comments
Pada penghujung bulan Januari lalu telah berlansung perlawanan bola sepak MSSD Kerian yang disertai oleh semua sekolah-sekolah di daerah Kerian. Tidak terkecuali SMA Al-Hidayah juga turut sama menyertai pertandingan tersebut. Melalui undian SMA Al-Hidayah diletakkan satu kumpulan dengan SMK Panglima Bukit Gantang, SMK Bagan Serai dan SABK Al-Falah. Penglibatan yang masih baru dalam arena sukan bersama sekolah SMK yang ada di daerah ini sedikit merencatkan...

16 April, 2008

Pertandingan Bola Baling MSSD Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:26:00 PTG | No comments
Pada 14-16 April baru-baru ini, telah berlansung pertandingan bola baling MSSD Kerian Perak. Pertandingan kali ini melibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar daerah kerian. Pengelola pertandingan bagi tahun ini masih lagi dipertanggungjawabkan kepada SMK Kuala Kurau Perak. Tidak ketinggalan juga sekolah ini dijemput menyertai pertandingan tersebut dan bertanding menentang pasukan dari sekolah lain.Sekolah ini telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki...

Nama Hidayah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:04:00 PG | No comments
Nama blog nie.. hidayah aku amik sempena nama tempat keje aku. dulu juga aku bersekolah di hidayah nie la .. ok .. blog nie juga bertujuan nak memperkenalkan Hidayah ke seleruh pelusuk dunia. Jadi kenal-kenal lah yer dengan hidayah .. PROFIL AL-HIDAYAH Kemunculannya di tengah-tengah kawasan perkampungan dan dikelilingi tanah-tanah sawah adalah merupakan suatu ketengan yang dimiliki oleh Sekolah Menengah Agama Rakyat Alhidayah atau ringkasnya SMARAH....

15 April, 2008

Taaruf bersamaku

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:21:00 PTG | 2 comments
Salam perkenalan buat semua kulaan dan pengunjung laman blog ku ini .. ini artikel pertama bagi mengisi blog ini. Biarlah aku perkenalkan diri ini yer versi banjar dulu okey..Ngaranku ini Mohd Shahril, kuitan ku nama Ibrahim Sanusi dan Saniah Asmuni. Aku diam di Kuala Kurau Perak. Aku nie.. lima beading. cukup la intro dulu.Ha.. ini versi baku yer.. yang beza sket. Nama saya Mohd Shahril Bin Ibrahim. Kengkawan panggil mat dan ada juga yang panggil...

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates