TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

22 November, 2008

PENTING

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:27:00 PTG | No comments
Perhatian Penting
Kepada pelajar yang memohon untuk masuk ke Tingkatan 1 / 2009 di sekolah ini, satu ujian kemasukan akan diadakan pada masa seperti berikut ;

Hari : Isnin
Tarikh : 1 Dis 2008
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Pakaian : Sopan Dan menutup Aurat

Kegagalan anda untuk hadir masuk ke ujian tersebut akan menyebabkan permohonan anda ditolak. Sebarang masalah dan kesulitan sila berhubung dengan pihak sekolah.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

12 November, 2008

CUTI AKHIR TAHUN 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:51:00 PG | No comments


Cuti persekolahan akhir tahun 2008 Bermula 15.11.2008 hingga 4.01.2009. Bagi tahun hadapan harapan pihak sekolah agar murid-murid bersedis untuk naik tingkatan. Bagi semua murid "SELAMAT BERCUTI". Jaga diri dan jangan lupa ulangkaji. Bagi semua rakan guru " SELAMAT BERKURSUS ".
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

13 Oktober, 2008

MAJLIS TAUTAN AIDILFITRI 1429

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:00:00 PTG | No comments
Pada 11 Okt yang lalu, telah berlansung majlis tautan Aidilfitri yang diadakan khusus bagi meraikan semua warga sekolah sempena lebaran 1429H. Majlis yang disertai dengan program bacaan yasin bagi calon PMR yang akan menghadapi peperiksaan pada 13-17 OKT ini. Antara tetamu yang hadir terdiri daripada ibubapa pelajar, ahlijawatankuasa tadbir sekolah, ahli lembaga PIBG dan semua ahli keluarga guru dan kakitangan sekolah.
Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan kepada yang hadir bagi meraikan majlis ini. Saya juga dikesempatan ini memohon jutaan kemaafan di atas segala salah dan silap. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Sebahagian foto majlis tautan Aidilfitri.





Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

10 Oktober, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:52:00 PG | No comments
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan terima kasih kepada pengunjung dan ucapan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin istimewa buat rakan setugas, anak didik, sanak saudara, kenalan yang masih ingat kat saya nie... maaf la yer yang mana ada tersalah silap tu ..
Terima kasih kepada yang sudi datang pada majlis rumah terbuka saya yang berlansung pada hari ahad 5hb yang lalu. Semoga terus subur silaturrahim antara kita.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

23 September, 2008

Tahniah Buat Cikgu Din

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:11:00 PTG | No comments
Pada tanggal 13 Sept yang lalu, rakan saya nie. baru jer dapat jadi "ayah" . uacapan TAHNIAH .. kepada cikgu nazaruddin atas kehadiran cahaya mata sulungnya. Dengan berat 3.3kg, bayinya selamat dilahirkan lebih kurang jam 5.30ptg. Dengaq kata beliau namakan anaknya dengan nama NUR AZIMAH... TAHNIAH .. semoga dengan kehadirannya menceriakan lagi rumahtangga anda.
TAHNIAH juga nie .. buat Pn. Wahida Arsad .. PT KEW sekolah dengan kelahirannya anak sulungnya jug a.. Nur Umairah ... pada 30 Mei yang lalu.
Untuk anak sulung saya plak .. Nur Rifqina .. yang lahir pada 7 Jun yang lalu.. TQ buat ibunya.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Iftar Jamaie

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:57:00 PTG | No comments
Pada 19 Sept yang lalu telah diadakan majlis berbuka puasa bersama warga sekolah. Majlis yang dihadiri team guru bersama keluarga, staf sokongan dan pekerja am sekolah itu diadakan khas bagi meraikan berbuka bersama pelajar asrama dan merapatkan ukhuwah antara warga sekolah.
Selain tuan pengetua, turut sama pengerusi PIBG sekolah En.Hasan Jurai yang tidak melepaskan peluang bersama warga sekolah untuk berbuka puasa bersama. Menu yang amat diminati warga sekolah telah dijadikan hidangan pada hari tersebut, pak ngah zaki telah sudi memasak menu "ayam masak kuzi" untuk kami warga sekolah menikmatinya.
Disamping saya dan isteri serta babby kami,rakan guru yang turut hadir ialah Cikgu Bob, Azhar dan anaknya, Nazaruddin, Ustaz Radhi, Marzuki dan isteri, cikgu Nora, Cikgu Hasimah dan anak, Ustazah Roshida dan suami, serta tidak ketinggalan puan wahida dan suami.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

05 Ogos, 2008

BARISAN GURU AL-HIDAYAH 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:33:00 PG | No comments


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Majlis Sambutan Persaraan Us. Rostani

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:08:00 PG | No comments
Pada hari Jumaat yang lalu, tanggal 1 Ogos 2008 telah di adakan majlis sambutan persaraan Us. Rostani Bin Basri, majlis yang gilang-gemilang penuh kesayuan dalam meraikan Ustaz Rostani yang telah mengambil keputusan mengundurkan diri dari menjadi tenaga pendidik sekolah ini. Mengenang jasa yang begitu lama ditabur di sekolah ini, pihak sekolah dengan kerjasama lembaga pengurusan sekolah mencadangkan diadakan majlis bagi mengenang jasa beliau.
Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan kepada hadirin yang turut sama meraikan majlis ini.

1. Ustazah Hajah Patmah Hj Abdullah - wakil PPD Kerian
2. Hj Hamidie Mohd - Pengetua SABK Al-Falah
3. Us. Asmuni Awang - Pengetua SABK S. Maarif
4. Us. Ahmad Fekri - Pengetua SABK At-Tahzib
5. Us. Latif - Pengetua SABK Ridwaniah
6. Jawatankuasa Tadbir Sekolah
7. Jawatankuasa PIBG sekolah
8. Ibubapa pelajar
9. Pelajar sekolah

SEKITAR MAJLIS PERSARAAN US. ROSTANI









Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Biodata Ustaz Rostani

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:05:00 PG | 2 comments
Tarikh Lahir
23 Mei 1943

Tempat Lahir
Parit Haji Said, Kuala Kurau, Perak

Tempat dibesarkan
Parit Haji Said (Parit Abas) Kuala Kurau, Perak

Bil. Adik-beradik
12 orang (anak yang ke-2)

Tarikh berkahwin
tahun 1969

Nama isteri
Puan Rabiah binti Haji Shafie

Bilangan anak
2 orang

Pendidikan Rendah
Sekolah Kebangsaan Telok Pial

Pendidikan Menengah
1. Sekolah Agama Parit Abas
2. Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Pokok Sena,
Kepala Batas, Pulau Pinang (sehingga 1966)
- mengambil peperiksaan SRP dan Sijil Tinggi Agama di sekolah yang sama

Tarikh berkhidmat di SMARAH
03 Januari 1967

Hobi
Membaca, memancing dan bermain badminton

Kejayaan pencapaian semasa dalam pengajian
1. Naib Johan Pertandingan Berbalas Pantun Pulau Pinang
Sempena Pertandingan Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan (1960-an)
2. Johan Syarahan Bahasa Melayu peringkat sekolah 3 tahun berturut-turut

Pengalaman Manis
Apabila pelajar-pelajar Al-Hidayah mencapai kejayaan dalam akademik dan bidang-bidang yang diceburi
Pengalaman Pahit
Pada tahun 1970-an apabila Al-Hidayah hampir-hampir tutup kerana kebanyakan pelajar berpindah ke sekolah kebangsaan untuk memilih bidang akademik (sebelum Al-Hidayah menawarkan pengajian akademik)

Pengalaman Mengajar di Al-Hidayah
1967 sehingga 1970-an
• Mengajar subjek Arabiah
1980-an
• Mengajar pelbagai subjek akademik antaranya Pengetahuan Agama Islam, Bahasa Melayu & Matematik
1990-an sehingga tahun 2000
• Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Jawatan dan Pencapaian semasa berkhidmat di Al-Hidayah
1970-an
• Dilantik sebagai Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Sekolah
(merupakan ahli yang termuda pada ketika itu dan memegang jawatan sebagai Naib Setiausaha)
1980-an
• Dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekaligus merangkap sebagai Bendahari Jemaah Pengurusan Sekolah
2000
• Mendapat Anugerah Guru Cemerlang

Pesanan kepada guru-guru Al-Hidayah
Menyarankan agar semua guru dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan tulus ikhlas agar Al-Hidayah akan muncul menjadi sekolah yang terbaik dalam semua bidang pada masa kini, hadapan dan selamanya

















Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

30 Julai, 2008

Jasamu Kami Kenang

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:14:00 PTG | No comments



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

27 Julai, 2008

IHTIFAL SABK / SRAR KAFA ZON 2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:27:00 PTG | No comments
Pada tanggal 27.07.2008 iaitu hari Ahad yang lalu telah berlansung pertandingan Ihtifal SABK / SRAR bagi zon 2. Di dalam Zon 2, daerah yang terlibat ialah daerah tadbir agama Parit Buntar, Selama, Bagan Serai dan Kuala Kangsar. Pertandingan yang disertai oleh sekolah-sekolah agama yang datang dari 4 daerah tersebut. Bagi pertandingan pada tahun ini, Daerah Parit Buntar menjadi tuan rumah, pertandingan ini telah diadakan d SABK Al-Falah Parit Buntar.

Antara pertandingan yang dilaksanakan seperti Pertandingan Nasyid, Tilawah, Hafazan, Syarahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Khutbah Jumaat, Forum Remaja dan bagi peserta SRAR dipertandingkan juga bercerita.

Pertandingan ingin bertujuan mengetengahkan bakat-bakat terpendam dari dalam diri pelajar. Dengan adanya pertandingan seperti ini dapat menyediakan kepada pelajar dengan kegiatan kokurikulum yang baik dan sesuai dengan mereka.

Hidayah Terlibat

Bagi wakil sekolah ini, pihak sekolah telah menghantar peserta yang terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Pendedahan yang masih baru kepada pelajar sekolah ini, amat baik bagi memberi peluang untuk pelajar menimba pengalaman.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

14 Julai, 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:21:00 PTG | No comments
Keputusan diperolehi
Keputusan pepeperiksaan pertengahan tahun 2008 telah diperolehi. Secara umumnya keputusan kali ini mencatat penurunan dari segi peratus keseluruhan. Keadaan ini berikutan beberapa faktor yang menjadi penyumbang utama.
1. Kebolehan pelajar menguasai matapelajaran
2. Kemampuan pelajar untuk memahami kehendak soalan
3. Kelemahan pelajar dalam jawi dan al-quran
4. Tumpuan yang kurang dari pelajar
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

29 Jun, 2008

Selamat Datang Guru Baru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:52:00 PTG | No comments
Pada tanggal 16 Mei yang lalu, SMA Al-Hidayah menerima kehadiran 2 lagi guru baru. Guru yang ditempatkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan calon yang telah melalui temuduga untuk jawatan guru di SABK. Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Teh dan Cikgu Jufri.
Selamat Datang Cikgu Teh dan Cikgu Jufri
Teh Nur Akmal yang berasal dari Setiawan Perak telah ditempatkan disekolah ini untuk mengisi kekosongan guru dalam bidang Matematik. Manakala Cikgu Jufri Bin Sanhosi yang datang dari Kunak, Sabah ditempatkan disekolah ini bagi mengisi kekosongan dalam bidang Sejarah. Pihak sekolah amat berharap guru baru ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah agama seperti sekolah ini.
Selamat Bertugas
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

16 Jun, 2008

Guru Cemerlang Negara Terbilang

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:51:00 PTG | No comments
Pada 16 Mei yang lalu telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah ini. Sambutan yang diadakan setiap tahun bagi menghargai dan mengenang jasa guru. Pelbagai acara diadakan bagi mengisi sambutan tersebut. Tidak terkecuali sekolah ini yang turut sama mengadakan sambutan hari guru, ianya diselengara oleh wakil pelajar yang dilantik bagi menguruskan sambutan tersebut. Pelbagai acara diadakan antaranya sukaneka bersama pelajar seperti membawa bola pingpong dengan sudu, membawa lilin sambil berjalan, mengupas epal, gubahan kertas, kerusi muzik.
Pada sebelah awalnya, sambutan ini didahului dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh cikgu Nazarudin bin Abd Rasid. Sambutan yang dirayakan oleh para guru ini sebagai satu usaha merapatkan semua warga sekolah. Sambutan yang boleh mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara sesama guru dan pelajar.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

24 Mei, 2008

Jaga Diri Waktu Cuti

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:04:00 PTG | No comments

Bermula 24 Mei - 8 Jun 2008, cuti persekolahan penggal pertama pun bermula. Waktu yang ditunggu oleh pelajar untuk beriadah dan bersantai dengan keluarga. Setelah berlalu peperiksaan pertengahan tahun 2 minggu yang lalu, kehadiran waktu cuti amatlah dinanti. Dimasa cuti inilah kebanyakkan pelajar menghabiskannya dengan bermain-main dgn melupakan buku pelajaran. Sepatutnya ruang masa cuti ini diisi dengan perkara yang berfaedah seperti pergi tuisyen, menziarah keluarga atau pun mengulangkaji pelajaran yang akan datang. Namun fenomena "cuti sekolah" dianggap seperti "cuti buku", bermakna bila cuti sekolah maka semua yang berkait dengan sekolah semuanya akan "cuti'. Ini akan mewujudkan suasana yang kurang baik, apabila bila tiba masa sekolah kembali dibuka, maka ketika itulah baru nak "kalut" cari buku. Ingatlah semua agar tidak melupakan buku jika ingin kejayaan yang cemerlang dimasa depan.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

11 Mei, 2008

"Keeper" berani

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:45:00 PTG | No comments



Zulhanifa Zharif, satu-satunya pemain bola baling yang mewakili daerah Kerian bagi kejohanan bola baling MSSN Perak yang dipilih dari SABK. Adik zulhanifa merupakan penjaga gol bagi team bola baling SMA Al-Hidayah dan telah bertanding bagi peringkat daerah pada 14-16 April yang lalu di padang SMK Kuala Kurau. Pencapaian pasukan Al-Hidayah masih belum mencapai tahap, namun ada pengalaman manis bagi pengurusan pasukan berikutan pemilihan zulhanifa sebagai penjaga gol bagi mewakili daerah di kejohanan peringkat negeri bagi kategori bawah 15 lelaki.



Adik Zulhanifa telah diberi latihan intensif dan berangkat ke pertandingan peringkat negeri pada 1-5 Mei yang lalu. Kejohanan bola baling peringkat negeri pada tahun ini diadakan di UITM seri Iskandar.



Keputusan yang baik juga dicatatkan oleh pasukan bawah 15 lelaki daerahkerian apabila menduduki tempat ke-3. Bagi menghargai kejayaan adik Zulhanifa, pihak pengetua sudi menyampaikan kalungan piala dan sijil bagi menunjukkan komitmen sekolah bagi pelajar yang berjaya. TAHNIAH ! semoga kejayaan adik Zulhanifa mampu diikuti oleh pelajar yang lain.

Berikut keputusan pertandingan bola baling bagi pencapaian daerah Kerian.
Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada :-Tarikh : 1 Mei hingga 5 Mei 2008 Tempat : UITM Seri Iskandar
Keputusan Pertandingan :
Kategori P18 - JOHAN
Kategori P15 - JOHAN
Kategori P12 - JOHAN
Kategori L12 - JOHAN
Kategori L18 - Naib JOHAN
Kategori L15 - KeTIGA

*sumber portal PPD Kerian


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Anak Sulung SABK catat keputusan amat baik I'dadie 2007

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:33:00 PTG | No comments
TAHNIAH !!!
Tahniah buat adik Siti Mursida Mhd Nordin, Adik Rabiatul Adawiyah Aisa (Gambar) dan adik Mohd Azmeer Farhan Abd Aziz kerana telah berjaya mencapai pangkat "Jayyid Jiddan" (Sangat Baik) di dalam peperiksaan I'dadie 2007 yang lalu. I'dadie merupakan pendidikan bahagian arabiah yang diajar serantak bersama akademik di tingktan 1 dan 2. Manakala peperiksaan negerinya pula diduduki di tingkatan 2. Antara pelajaran yang terlibat dalam pelajaran i'dadie ini seperti Feqah, Nahu Sorof, Tafsir Hadis, Mutalaah Nusus Ta'bir , Tauhid dan Sirah.
Peperiksaan peringkat dalaman bagi matapelajaran ini dijalankan oleh pihak sekolah, mengiringi peperiksaan akademik bagi penggal dan akhir tahun. Bagi peperiksaan awamnya pula dikelola oleh Bahagian Pendidikan JAIPk.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

24 April, 2008

Remaja Sekarang

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:01:00 PTG | No comments
Hai .. negara dah di alaf baru
tapi perangai tak juga baru
same je sekarang dan dulu
bukannya semakin maju
tapi semakin menjadi-jadi pulak tu ..

Remaja perempuan kita sekarang
semuanya dia nak tayang
tak kira depan atau belakang
apa lagi jantan mula niak miang
hari-hari rindu terbayang-bayang
konon nak mengorat panggil lah Sayang
silap-silap ada pulak yang melayang

Hari-hari berlaku perkara sumbang
toleh saja tepi-tepi simpang
sana sini semuang nak pegang
sana situ melatah nak bimbang
manak tidaknya takut bunga
tak jadi kembangnya

silap perut yang kembang
kerana rakusnya seekor kumbang
ape lagi anak yang tak berdosa
jadi tetamu longkang
itulah manusia sekarang

kalau direnung setiap saat
dunia nie dah nak kiamat
dah nak hilang segala nikmat
amal soleh tak juga dibuat
nak tunggu kerepot baru nak taubat
entahkan sempat entahkan tidak.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

18 April, 2008

Al-Hidayah cemerlang 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:40:00 PTG | No comments


Dalam menjana Hidayah maju dan cemerlang 2010, telah banyak usaha diadakan secara bersama melalui kombinasi warga sekolah. Antara yang terlibat termasuklah ibubapa dan masyarakat setempat yang terus menyokong dan membantu menjana kecemerlangan sekolah. Disamping itu kerjasama pihak Kementerian dan Jabatan yang bertanggungjawab atas sekolah ini disanjung tinggi. Bantuan dan kerjasama amatlah diharapkan. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendokong memajukan sekolah ini.

Panorama aktiviti Al-Hidayah yang mengambarkan kerjasama warga sekolah.

PENGETUA SEKOLAH

TN. HJ. MOHD SAID HASNIK


BERGAMBAR AKHIR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

RAMADHAN 1428H




PENGETUA BERSAMA PENGERUSI PENGELOLA

MAKAN BERSAMA PENYELIA PEND. ISLAM PPD




IBUBAPA YANG HADIR KETIKA

MESYUARAT AGUNG PIBG 2008



SEBAHAGIAN KAUM IBU YANG TURUT SERTA



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

17 April, 2008

Hebatnya Pasukan Badminton kita

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:55:00 PTG | No comments






Pertandingan badminton MSSD Kerian yang telah diadakan pada 18 MAc yang lalu telah menyaksikan pencapai pasukan sekolah yang diluar dugaan. Mereka layak sehingga ke peringkat ketiga. Tahniah diucapakan dan tingkatkan usaha untuk terus mencipta kejayaan.



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

MTQ Peringkat ZON

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:47:00 PTG | No comments



Majlis Tadarus Al-Quran 2008 (MTQ) bagi zon Bagan Serai telah diadakan pada 4 Mac 2008 bertempat di SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR). Antara acara yang disertai seperti Nasyid, Khat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Marhaban dan Syarahan.


Syabas kepada pelajar yang berjaya mengharungi pertandingan walaupun ditentang oleh peserta yang lebih baik. Teruskan usaha untuk berjaya




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Sambutan Hari Pelajar 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:36:00 PG | No comments
Sambutan Hari Pelajar dan Anugerah Kecemerlangan 2008 telah diadakan pada MAC yang lalu. Perayaan tahunan yang ada ini dijadikan platform bagi pelajar mengetengahkan bakat mneraka bagi setiap acara yang dipertandingkan. Antara acara yang sering diadakan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Khat dan sebagainya. Bagi acara luar dewan pula, bagi tahun ini hanya badminton. sepaktakraw dan ping-pong sahaja yang mampu dijalankan. Ini berikutan berlaku pembinaan di kawasan sekolah yng membataskan kawasan bagi permainan. Sambutan ini juga memberi ruang untuk pelajar belajar mengendalikan program dengan mereka sendiri menyusun dan menjadi pengedali program. Penutup majlis penyampaian hadiah dan anugerah kecemerlangan ini disempurnakan oleh Tn. Hj Abd Rahman Hamid PPD kerian.
TERIMA KASIH KEPADA :
Tn. Hj Abdul Rahman Hamid
Penyelia Pend. Islam PPD
Semua Ahli Jawatankuasa Program
Semua Ibubapa pelajar
Para Penderma
Para Pelajar


Gambar-gambar sekitar hari pelajar 2008





Adik shahidan memperdengarkan bacaannya




Adik Safiq - ketika mengendalikan parogram

Hakim acara Azan


Us. Mohd Japeri bersama Tn. Hj Abd Rahman

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Pertandingan Bola Sepak MSSD Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:26:00 PG | No comments
Pada penghujung bulan Januari lalu telah berlansung perlawanan bola sepak MSSD Kerian yang disertai oleh semua sekolah-sekolah di daerah Kerian. Tidak terkecuali SMA Al-Hidayah juga turut sama menyertai pertandingan tersebut. Melalui undian SMA Al-Hidayah diletakkan satu kumpulan dengan SMK Panglima Bukit Gantang, SMK Bagan Serai dan SABK Al-Falah. Penglibatan yang masih baru dalam arena sukan bersama sekolah SMK yang ada di daerah ini sedikit merencatkan pencapaian. Namun semua ini pengalaman yang amat baik bagi pelajar yang menyertainya. semoga pengalaman yang ditimba bakal menjadikan sekolah ini berjaya mencipta kejayaan di masa hadapan.

Berikut adalah gambar pasukan bola sepak SMA Al-Hidayah

Jurulatih Memberi arahan







Perlawanan dengan SABK Al-Falah


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

16 April, 2008

Pertandingan Bola Baling MSSD Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:26:00 PTG | No comments
Pada 14-16 April baru-baru ini, telah berlansung pertandingan bola baling MSSD Kerian Perak. Pertandingan kali ini melibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar daerah kerian. Pengelola pertandingan bagi tahun ini masih lagi dipertanggungjawabkan kepada SMK Kuala Kurau Perak. Tidak ketinggalan juga sekolah ini dijemput menyertai pertandingan tersebut dan bertanding menentang pasukan dari sekolah lain.
Sekolah ini telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki bawah 15 dan perempuan bawah 15. Pertandingan yang telah disertai bagi kali kedua ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk aktif dalam bidang sukan yang masih baru bagi sekolah ini. Peningkatan tahap permainan dapat dilihat berbanding tahun lepas. Berikut adalah gambar imbasan pertandingan yang sempat dirakam. Syabas dan uasahakan lagi bagi mempertingkatkan daya usaha untuk berjaya pada masa depan.
Buat akhirnya ucapan terima kasih kepada pegawai permainan berikut
1. Pengurus Pasukan
Lelaki - Mohd Shahril Ibrahim
Perempuan - Puan Norhasimah Sharip

2. Jurulatih
Lelaki - En. Marzuki Abd Razak
Perempuan - Puan Roshida Ibrahim
































Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Nama Hidayah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:04:00 PG | No comments


Nama blog nie.. hidayah aku amik sempena nama tempat keje aku. dulu juga aku bersekolah di hidayah nie la .. ok .. blog nie juga bertujuan nak memperkenalkan Hidayah ke seleruh pelusuk dunia. Jadi kenal-kenal lah yer dengan hidayah ..




PROFIL AL-HIDAYAH


Kemunculannya di tengah-tengah kawasan perkampungan dan dikelilingi tanah-tanah sawah adalah merupakan suatu ketengan yang dimiliki oleh Sekolah Menengah Agama Rakyat Alhidayah atau ringkasnya SMARAH. Ia terletak 2 kilometer dari bandar Kuala Kurau.
SMARAH pada peringkat awalnya terbina adalah dari hasil usaha dan semangat yang tinggi daripada masyarakat Parit Abas serta sokongan penduduk sekitarnya untuk melihat tertegaknya sebuah institusi agama yang bakal mendidik dan melahirkan anak-anak generasi pewaris Nabi SAW. Tiga tokoh agama yang berperanan ke arah menjayakan hasrat murni ialah ;
1. Almarhum Tuan Hj Mohammad bin Haji Said ( Tuan Guru Hj Falakiah )
2. Almarhum Tuan Hj Sulaiman bin Haji Mohd Yasin ( Bekas ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak )
3. Almarhum Tuan Haji Tarip Bin Haji Nasir
Penubuhan SMARAH telah didaftarkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Seramai 26 orang pelajar lelaki dan 72 orang pelajar perempuan telah memulakan sejarah pendidikan pengajian ilmu agama di SMARAH.
Pada peringkat awal pengajian agama dan Bahasa arab yang dijalankan adalah berkisar pada peringkat rendah sahaja. Kelas yang terdapat pada ketika itu hanya tiga buah. manakala tenaga pengajarnya berjumlah 6 orang sahaja.
Berikutan pertambahan pelajarnya maka pada tahun 1953 sebuah bangunan satu tingkat dibina. Kini bangunan tersebut berfungsi sebagai koperasi, bilik guru perempuan dan pusat sumber sekolah.
Pada tahun 1963, sebuah lagi bangunan berukuran 20' x 120' dibina dengan mengandungi lima buah kelas. Bangunan ini dibina adalah hasil sumbangan yang diterima daripada Baitulmal, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Perak.
Pada 1983, SMARAH telah dinaik taraf kepada peringkat Menengah. Lantaran itu nama sekolah pun ditukar daripada Madarasah Al-Hidayah Adiniah kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah. Aliran pengajian yang ditawarkan pada peringkat ini ialah Rabi' thanawi dan Akademik ( SRP ).
Perkembangan SMARAH semakin membanggakan, pada tahun 1986 SMARAH dibenarkan menjalankan peringakat pengajian sehingga ke Tingakatn 5. Oleh yang demekian aliran pengajian yang tedapat di SMARAH adalah tiga peringkat iaitu PMR, SPM dan Rabi' Thanawi.


Keputusan SPM yang cemerlang pada tahun 1992 telah membuka ruang pihak Baitulmal Negeri Perak untuk memberi sumbangan sebanyak RM 250,000.00. Lantanran itu sebuah bangunan satu tingkat yang dijadikan kelas. Turut dibina ialah sebuah kantin dan Makmal Kemahiran Hidup Bersepadu.
Pada tahun berikutnya sekali lagi SMARAH menerima sumbangan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah lagi bangunan satu tingkat dan dijadikan sebagai bilik kelas dan dewan utama.Keputusan PMR pada tahun 1997, jesteru itu pada tahun 1998 SMARAH telah layak menerima bantuan bagi membina sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan asrama.
SMARAH juga menerima beberapa sumbangan orang ramai yang antaranya termasuklah komputer yang telah disumbangkan oleh individu dan Majlis Agama Islam Perak.
Dalam tahun 1997, berikutan penggubalkan semula anekmen kawalan sekolah-sekolah Agama Islam maka SMARAH juga turut didaftarkan semula dengan nombor pendaftarannya J.A.I.Pk / SMAR / PB. 16/97.
Kini SMARAH mengorak selangkah lagi dengan kebenaran untuk menyediakan kelas STAM untuk lepasan SPM. Dengan berbekalkan guru-guru yang berpengalaman serta menyediakan sistem pembelajaran yang baik kepada pelajar meyakinkan lagi pihak sekolah untuk mencipta kecemerlangan yang lebih lagi bagi pelajaran STAM.
PADA TANGGAL 17.5.2005, SMAR AL-HIDAYAH TELAH DISERAP KE SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN DIKENALI SEBAGAI SMA ALHIDAYAH PARIT ABAS KUALA KURAU PERAK. SEMOGA SEKOLAH INI TERUS MAJU DI MASA AKAN DATANG. SOKONG DAN BANTULAH KAMI ....


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

15 April, 2008

Taaruf bersamaku

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:21:00 PTG | 2 comments
Salam perkenalan buat semua kulaan dan pengunjung laman blog ku ini .. ini artikel pertama bagi mengisi blog ini. Biarlah aku perkenalkan diri ini yer versi banjar dulu okey..
Ngaranku ini Mohd Shahril, kuitan ku nama Ibrahim Sanusi dan Saniah Asmuni. Aku diam di Kuala Kurau Perak. Aku nie.. lima beading. cukup la intro dulu.
Ha.. ini versi baku yer.. yang beza sket. Nama saya Mohd Shahril Bin Ibrahim. Kengkawan panggil mat dan ada juga yang panggil shahril.

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates