TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

24 Ogos, 2009

CUTI : Masih Belajar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:58:00 PTG | No comments
Bermula 22-31 Ogos ini, sesi persekolahan sedang bercuti pertengahan semester kedua. Cuti yang amat dinanti oleh pelajar dan guru luar yang tinggal jauh dengan tempat bertugas. Cuti sebegini amat diharapkan untuk kembali ke rumah dan bertemu yang tersayang. Begitu jugalah pelajar yang sentiasa menantikan peluang untuk bercuti. Inilah manisnya masa bercuti yang boleh digunakan untuk berbagai aktiviti, bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam (PMR) tidak lama lagi, manfaatkanlah cuti ini dengan mengulangkaji, bagi yang mempunyai banyak kelapangan anda di nasihatkan untuk tidak terlalu bersosial atau berada di dalam kelompok yang ramai. Ini berikutan penularan wabak H1N1 yang masih di tahap merbahaya.
Bagi rakan guru yang dapat bercuti bersama orang yang tersayang, enjoy la .. selalu .. jangan lupa untuk kembali bertugas. Bagi rakan yang sama dengan saya terpaksa meneruskan pengajian di maktab bagi interaksi ogos .. teruskan pembelajaran. Buat semua warga sekolah, selamat bercuti dan menunaikan puasa dengan sebaik mungkin.
jom layan .. foto saya bersama rakan di IPSAH, Sg petani.



*kepada blogger SMK Seri Perak dan semua pengunjung yang ingin tahu tentang tawaran menjawat jawatan guru di SABK.

- Terbuka kepada semua pemilik ijazah profesional di semua bidang pengajian Universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf.
- Pemohonan HANYA melalui borang yang dikeluarkan oleh BPI KPM di semua SABK
- Pemohon akan di temuduga oleh panel yang dilantik BPI KPM
- Pemohon yang berjaya akan menjawat jawatan guru GSTT di sekolah dan akan diberi kursus di IPG dalam masa cuti persekolahan, kumpulan KPLI/KDC/SABK mengikut opsyen masing2.
- Penempatan HANYA ke SABK seluruh MALAYSIA.
- Tarikh tutup permohonan 11 september 2009
- Dapatkan borang di SABK terdekat.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

PERHIMPUNAN JUMAAT

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:11:00 PTG | No comments
Seperti rutin yang kerap dilaksanakan adalah perhimpunan Jumaat. Pada minggu ini 21 Ogos 2009 merupakan minggu di mana saya yang bertugas bersama cikgu Teh Nur Akmal. Pada ucapan minggu ini tiada apa sangat yang disentuh cuma ianya sediit disentuh berkaitan disiplin dan perancangan tahun hadapan, berkaitan dengan program Ramadhan yang bakal dilansungkan. Pada akhirnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang di gambar bawah ini...



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

20 Ogos, 2009

Bingkisan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:30:00 PTG | No comments
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK DAN HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2009

AKTIVITI BULAN INI :
1- TADARUS ALQURAN BERKUMPULAN
2- TAHLIL ARWAH OLEH PELAJAR ASRAMA
3- 16/9 MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN, MAJLIS BERBUKA PUASA, BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN TARAWIKH BERJEMAAH



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Puasa Oh Puasa : Ramadhan Yang Di Nanti

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:50:00 PG | No comments
Dijangka pada Sabtu ini bermulalah Ramadhan 1430H. Kini Ramadhan kembali membawa rahmat dan keberkatannya. Marilah kita semua merebut 'bonus' yang Allah sediakan ini sebanyaknya.
Kami warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERPUASA TINGKATKAN AMAL IBADAH JAUHI KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN. MARHABAN YA RAMADHAN.




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

18 Ogos, 2009

Cikgu Jupri yang 'HOT'

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:18:00 PTG | No comments

Entri kali ini amat signifikan kerana menarik untuk dikongsi dan dijadikan teladan bagi semua guru yang ada di sekolah ini ataupun yang berada di luar. Saya amat mengkagumi insan ini, kerana kemampuannya memikul tanggungjawab bertugas sebagai guru di sekolah ini yang jauh dari tempat asal beliau. Sebagai rakan baru di Al-Hidayah, beliau merupakan kenalan yang cukup istimewa, kreatif dan aktif. Daya kreativiti beliau dalam usaha membawa pembaharuan di sekolah ini amat saya hargai. Yang paling membuatkan saya teruja,beliau sanggup berjauhan dengan keluarga yang baru sahaja dibina nun jauh di bawah bayu. Tinggallah si isteri bersama anak yang masih kecil hidup tanpa ketua keluarga, dan di sini beliau tinggal sendirian dalam menjalankan tanggungjawab yang diterima hampir 2 tahun yang lalu. Kini, kemesraan, keakraban, kejujuran memperkukuhkan lagi silaturahhim dengan semua warga sekolah. Kekentalan hati Jupri dalam menjalankan tanggungjawab di sini dengan meninggalkan sebahagian tanggungjawab di ‘sana’ amat dihargai. Semoga Allah terus menitipkan rasa sayang bukan sahaja kepada keluarga malahan kepada sekolah ini. Sabahan is the best!
SELAMAT PULANG KAMPUNG DAN SELAMAT KEMBALI. OGOS 2009


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

TERIMA KASIH ERA EDAR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:58:00 PG | No comments
Semalam 17 Ogos telah berlansung majlis penyerahan impak syarikat kepada fakir miskin dan anak yatim sekitar kampung berhampiran. Turut juga mendapat bantuan pelajar sekolah ini yang termasuk kategori miskin dan anak-yatim. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dengan ucapan oleh Ustaz Mohd Japeri ( Us fatan) bagi mengalu-alukan kehadiran dan kesudian wakil Syarikat Era Edar untuk mengeluarkan impak dengan memberi bantuan kepada individu sekitar kampung ini.


Kemudian Pengurus Besar Era Edar merangkap CEO KUSDA Holding Prof Dr Hamsiah binti Ismail menyampaikan penerangan berkaitan kesihatan dan keperluan penjagaannya. Hampir 40 minit ucapan beliau yang kemudiannya diteruskan oleh Dr Asiah bagi menerangkan berkaitan makanan tambahan dan produk yang dikelurkan Era Edar.

TERIMA KASIH KEPADA ERA EDAR MARKETING SDN BHD.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Pasang Banner 'PANAS'

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:53:00 PG | No comments
Pada tengahari Jumaat lalu, Blogger telah berkesempatan mengikuti sesi pasang banner kemasukan ke tingkatan 1 bagi tahun 2010. Fuuuuuhhhh .. panas sangat terasa masa pi pasang. dah la dah tengahari 'mendidih' rasanya. Apa nak buat .. keje tetap kena buat.
Jom layan foto cantik Kuala Kurau.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

15 Ogos, 2009

Yang Mesra Dan Ceria

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:03:00 PG | No comments
Hari semalam. Jumaat, penghulu segala hari. Lagi seminggu kita semua akan menghadapi Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan yang Allah sediakan sebagai ‘madrasah’ untuk sekelian penganutnya yang Mukmin. Sekali lagi kita berpeluang untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini, namun adakah kita sudah bersedia untuk mengisi Ramadhan kali ini dengan ibadah yang lebih banyak dan mampukah kita mengharunginya dengan tabah dan syukur. Bulan yang difardukan puasa, dilimpahkan rahmat dan diampunkan dosa kepada yang beramal ibadah kepadaNya.

Bukanlah saya nak bertazkirah tentang Ramadhan lagi buat masa ini, mungkin di post akan datang kita cari fadhilat2 Ramadhan untuk tatapan semua. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah kepentingan persaudaraan sesama pekerja. Inilah yang membuatkan Al-Hidayah menjadi kukuh dan teguh, dari sejak awal penubuhannya, rasa hormat dan saling bantu membantu telah mewujudkan suasana tenang di Al-Hidayah. Tenaga yang mengerakkan sekolah ini suatu ketika dahulu bukan sahaja ‘mewasiat’kan sekolah kepada generasi sekarang disertakan juga rasa persaudaraan yang mesra dan baik bagi memastikan kelansungan sekolah ini.
Begitulah sekarang ini, jika dikatakan apakah yang membuatkan Al-Hidayah semakin maju dan membangun, mesti saya akan jawab semua ini mesti bermula dengan rasa persaudaraan di antara sekelian warga sekolah. Semua staf , guru, ‘cleaner’, pengusaha kantin dan semualah yang ada di sekolah mesti memahami hala tuju sekolah. Alhamdulilah kini Al-Hidayah semakin dikenali, ini semua kerana sefahaman yang mesra dan ceria.
Saya selaku wakil yang diharapkan pengetua untuk memastikan suasana ini wujud setelah sekolah menjadi SABK walaupun berhadapan kesulitan yang tidak boleh diduga. Antara langkah yang saya ambil adalah dengan memberi taklimat awal kepada semua guru dan staf yang baru masuk bertugas di sini. Saya sentiasa memastikan semua staf baru boleh bertugas dengan baik dan boleh berhadapan masalah yang timbul dengan pilihan terbaik.
Pihak pentadbir sedar, hanya dengan rasa persaudaraan akan mewujudkan suasana bekerja yang baik dan mesra. Saya amat berharap semua staf di sekolah ini dapat memahami ‘inspirasi’ sekolah dan bertugas dengan ikhlas dan sebaik mungkin.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

13 Ogos, 2009

Apa Yang Menarik di Al-Hidayah ? Makanannya ...2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:56:00 PG | No comments
Ramai yang bertanya siapa sebenarnya Pak Ngah yang dimaksudkan dalam artikel Apa Yang menarik Di Al-Hidayah ? Makanannya ... 1 yang telah lalu .. kali ini dipaparkan wajah Pak Ngah yang dimaksudkan, tentunya ramai bersetuju dengan saya jika saya katakan masakan yang dihasilkan Pak Ngah nie.. cukup sedap .. Betul tak Pak Long (Desapermai)??? Oklah Jom layan foto Pak Ngah... n my gang.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Pembinaan Baru Asrama Lelaki

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:15:00 PG | No comments
Pada pagi ini saya sempat pegi meninjau gerak kerja pembinaan asrama lelaki yang tidak jauh dengan sekolah. Sebagai pengetahuan pengunjung terutama bekas-bekas pelajar, lokasi pembinaan ini menghala ke Telok Pial, tidak jauh dengan rumah Ustaz Patan. lebih kurang 500m dr bangunan sekolah. Saya akan cuba titipkan gambar2 sekitar pembinaan tersebut pada setiap bulan. Jom layan...

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

12 Ogos, 2009

Ujian Selaras 2 / Ogos 09

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:06:00 PTG | No comments
Salam takzim buat semua pengunjung kerana sudi menjengah. Minggu ini antara program yang sedang dijalankan disekolah adalah peperiksaan percubaan PMR dan ujian selaras 2/ Ogos 2009. Kebanyakkan guru sibuk menjadi pengawas dan menyediakan soalan bagi setiap matapelajaran.
Nak di ceritakan berbagai ragam guru dalam menghadapi situasi seperti minggu peperiksaan ini. Ada yang tension kerana tak sipa lagi soalan, ada yang tidak puas hati dengan tugasan dan beberapa masalah yang wujud berkaitan tugas, ada guru yang memendam perasaan kerana sakit hati, bermacam2 tekanan dihadapi oleh sebahagian guru di sini.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat untuk bertugas, untuk bersama rakan makan-makan, jalan-jalan .. tak percaya cuba klik di sini .. Ha dpt tak tgk betapa akrabnya guru di sini. Profesional dalam tugas, tetap bersama walau sesibuk mana pun. Inilah kami di Al-Hidayah.



Terima kasih kepada Blogger SKPHT kerana copykan banyak link yang ada dlm blog nie, terima kasih jugak kepada blogger SMK Seri Perak. Sanggup bertanya kerana nak belajar. Kepada Blogger Desapermai, jangan lupa teruskan menitipkan post selalu agar terus di baca.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

06 Ogos, 2009

PERCUBAAN PMR BERMULA 10-14 OGOS 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:59:00 PG | No comments


Dari kami semua warga guru mendoakan semoga semua calon dapat menjawab dengan baik dan cemerlang. Nasihat kami semua agar jaga kesihatan dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Peka dengan alam sekeliling dan sentiasa ceria.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

05 Ogos, 2009

MENGHADAPI SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:16:00 PTG | No comments
Dalam kekhuatiran seluruh warga sekolah dengan merebaknya wabak Influenza A H1N1 ini, beberapa langkah telah diambil dalam usaha menghindarkan wabak ini dari terus menular dengan melibatkan lebih ramai lagi pelajar dan warga sekolah yang akan terbabit.
Sebagai mematuhi arahan pihak berkuasa supaya sekolah menubuhkan Jawatan kuasa H1N1 diperingkat sekolah bagi melaksanakan beberapa tugas penting bagi mengelak wabak ini terus merebak dikalangan warga sekolah, mengkuarantinkan pelajar asrama yang mengalami demam, tidak membenarkan pelajar luar yang didapati demam untuk hadir ke sekolah, sentiasa berhubung dengan pihak pejabat kesihatan untuk kerjasama.

Disamping itu, pihak sekolah juga memberi penerangan kepada semua pelajar berkaitan wabak ini dan angkah-langkah yang perlu diambil oleh semua warga sekolah untuk mengelak dari dijangkitti.
SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG PANDUAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH INI KLIK PREVIEW PADA ANAK PANAH KANAN



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Apa Yang Menarik di Al-Hidayah ? Makanannya ...

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:02:00 PTG | No comments
Dari dahulu siapa sahaja yang pernah merasa masakan Pak Ngah Zaki ini cukup teruja dengan keenakan dan kepelbagaian jenis masakannya. Minta sahaja apa yang ingin dimakan mesti boleh dimasaknya.

Itulah kenangan yang membuatkan ramai pelajar dan pengunjung yang hadir ke sekolah ini teringat-ingat dengan masakannya. Ramai pelawat yang memuji kebolehan Pak Ngah Zaki dan pekerjanya dalam menyediakan makanan bagi pelajar dan pelawat.
Cukup menyelerakan jika terhidang di depan mata, antaranya ayam masak kuzi, ikan masak 3 rasa, mee kari, mee bandung dan berbagai lagi hidangan yang mampu Pak Ngah sediakan.
Baik hidangan ini untuk makan rehat pelajar mahupun tempahan majlis. semuanya sedap dan enak di makan.
TERIMA KASIH PAKNGAH DAN MAKNGAH SERTA PEKERJANYA

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

04 Ogos, 2009

MASIH DALAM BAIK PULIH

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:20:00 PTG | No comments


BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG. SILA BUAT UNDIAN PADA BLOG INI.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

03 Ogos, 2009

Perlawanan Ping Pong

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:20:00 PG | No comments


Satu pelawanan ping pong antara ahli kelab telah diadakan pada 1 Ogos yang lau bertempat di dewan sekolah. Pertandingan ini adalah antara aktiviti kelab pin pong yang menemukan antara ahli kelab dan antara kelab yang lain. Antara guru yang terlibat dalam penganjuran ini adalah cikgu Jupri, Cikgu wan Nazri dan Cikgu Sayuti.

PEMBERITAHUAN : PIHAK KELAB BADMINTON MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENUNDA PERLAWANAN ANTARA AHLI KELAB YANG DIJADUALKAN 2 OGOS KE SATU TARIKH YANG AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN. INI BERIKUTAN PENULARAN WABAK H1N1 YANG SEMAKIN MERUNCING.HARAP BERSABAR

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Taklimat H1N1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:40:00 PG | No comments
Pagi ini telah diadakan taklimat tergempar berkaitan Selsema Babi yang kini menular di kawasan Kerian. Telah banyak sekolah yang menghadapi isu ini. Dan Daerah Kerian telah mencatatkan 1 kematian. Berikutan itu taklimat tergempar ini khusus utk memberi penerangan kepada semua pelajar dan warga sekolah apakah tindakan yang erlu diambil bagi menghadapai dan menghindari wabak ini dari berjangkit.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

02 Ogos, 2009

Tunda Badminton

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:37:00 PTG | No comments
MENGAMBILKIRA PENDAPAT PEGAWAI KESIHATN TANJUNG PIANDANG. SAYA DENGAN INI MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENUNDA PERLAWANAN BADMINTON ANTARA AHLI KELAB BADMINTON, ANATA PEMAIN SEKOLAH DAN PERSAHABATAN GURU YANG DIJADUALKAN PADA 2 OGOS HARI INI. PROGRAM INI DITUNDA KE SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates