TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

31 Mac, 2009

Mesyuarat Kali 1 / Unit Beruniform

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:57:00 PTG | No comments
Pada Hari Rabu yang lalu 25 Mac. pukul 3.30 ptg telah berlansung mesyuarat kali 1 bagi kegiatan koku Unit Beruniform. Berikut foto Unit Kadet Remaja Sekolah KRS.



Inilah 'IKON' baru Hidayah .. badannyer gempal .. muker ok SMARAT la.. inilah Cikgu Sayuti .. yang sedang membuat penerangan berkaitan pengurusan KRS. Jgn marah bro .. hahaha ....


Tekun MsMi tu .. mengadap cikgu Sayuti ... jenuh nak tulis apa la... takpa la .. undian tak memihak kat dier nie.. tapi kat Farizul jadi Setiausaha...


Cikgu Sayuti sdg bercakap .. ngkorang bising macam kat market .. apa hal nie ...


Ini anak saya la.. tak dak kena mengena dgn 'posting' tajuk nie.. hahaha.. sajer nak interframe ja... Alhamdulilah .. comei la .. kalau yer .. KASI JATUH KAPLA...

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya
syabas dan sekalungan tahniah buat team yang menjaya pasukan marhaban sekolah termasuklah semua ahlinya, jurulatihnya, juruletih dan juru tengok sajanya. Buat Pak Ngah Zaki BRAVO.. krn berjaya mencungkil bakat marhaban bagi tahun ini, atas latihan yang berterusan dan kesungguhan semua KITA berjaya mencatat keputusan yang dikira HOT la.. no 3 pun OK.




Jutaan terima kasih jugak buat Cikgu Wan Nazri yang bertungkus lumus menyelaras pasukan marhaban nie... bukan senang nak suruh berlatih puak-puak nie.. tapi atas kesungguhan cikgu wan .. bebudak berjaya mengharungi kejohanan MTQ ini dgn baik.
Ok.. saya tak mau la cte banyak .. kesian kat bebudak marhaban jugak .. depa yang berlatih teruk. jadi sememangnya patut la depa menang tu. TAHNIAH semua .. khas dr saya. Jgn lupa .. tahun depan ada lagi. Buat semua team marhaban Syahidan, farizul, Zulhanifa, MsMi, n the gang ... tak larat nak tulis nama yang lain .. TAHNIAH .. teruskan lagi kegemilangan.

Gambar tak dan UPLOAD la.. nanti saya minta kat cikgu Azhar.. bleh tgk .. muke2 yang menang tu .. wokeh ..














TAHNIAH


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

28 Mac, 2009

Cerita HOT di Majlis Anugerah dan Mesy Agung PIBG

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:45:00 PTG | No comments
Pada 28 Mac yang lau iaitu pada hari sabtu telah berlansung Mesyuarat Agung PIBg yang turut sama diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2008. Majlis yang dihadiri kira-kira 40 orang ibubapa itu dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Kuala Kurau En. Hamzah Rashidi. Sesi awal majlis ialah uacapan pengetua dan ucapan perasmian oleh perasmi. diselang dgn persembahan sajak oleh adik mazni Syaida dan Adik Nursyahirah. Pada kemuncaknya majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah mencata keputusan yang baik di dalam peperiksaan akhir tahun 2008 yang lau. Berikut senarai penerima hadiah tersebut

Tingkatan 1A
1. Nur Alina Bt Muhammad
2. Mohd asyraf Abd Aziz
3. Amina Afifah bt aspiyah Mahyus

Tingkatan 1B
1. Shahrizal Bin Ishak
2. Mohd Zaim Bin othman
3. Mohd Syafi Khamri

Tingkatan 2A
1. Nor Ashikin Ahmad
2. Munira Abd Razak
3. Abd Rahman Muhamad

Tingkatan 2B
1. Ahmad Farghani Aspiyah Mahyus
2. Siti Hajar Jaafar
3. Mohd Amirul Mukhtar

Dan 7 orang pelajar cemerlang PMR 2008.

Foto menarik majlis tersebut.



YDP PIBG Sesi 2009 / 2010 En Hassan Bin Jurai



Penerima Anugerah Gemilang 2008



Kelihatan ibubapa yang hadir



Cikgu Norhasimah dan Uztazah Roshida .. sekadar memerhati jer ker...



Cikgu Jupri menjadi pengerusi sementara mesyuarat agung PIBG 2009/2010

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

24 Mac, 2009

Majlis Maulud Nabi 1430H

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:35:00 PTG | No comments
pada Hari Jumaat 13 Mac 2009 yang telah lalu, pihak sekolah telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1430H. Majlis yang merupakan acara tahunan bagi sekolah ini menampilakan Ustaz Manolito Bin Dahlan sebagai penceramah jemputan.
Ustaz Manolito bertugas sebagai Peg. Tadbir Agama Daerah Parit Buntar. Beliau sudi datang dan menyampaikan ceramah yang tidak kurang hebatnya. Sehinggakan pelajar dan para hadirin begitu teruja dengan fakta yang dibawa.
Antara yang hadir pada majlis tersebut, wakil Lembaga pengurusan Sekolah, Wakil Ibubapa, Pengerusi dan Ahli PIBG sekolah serta semua tenaga pengerak sekolah.
Terima Kasih kami ucapkan kepada Ustaz Manolito kerana sudi menjengah sekolah kami ini. Silalah datang lagi jika berkesempatan untuk melihat-lihat sekolah di masa akan datang.
Berikut foto2foto istimewa majlis tersebut.



Kesian kat semua pelajar terpaksa bersesak di dalam dewan yang sempit untuk mendengar ceramah.



MsMi sedang bertugas merakamkan gambar .. majlis ini.. antara pelajar yang aku latih utk jadi bahagian teknikal yang menguruskan siaraya majlis.



Ustaz Manolito sedang berceramah



Orang lain pakai baju melayu.. ngko pakai baju kemeja .. apahal nie... Cikgu Sayuti kata .. aku tak bawak lagi dr Kelantan ...



Cikgu Nazrudin ketawa bila diambil gambar .. kontrol kehemseman la tu ...



Pasukan Marhaban sedang melagukan alunan marhaban



Aku dengan berbaju melayu tapi masih 'keje' dgn laptop bagi menyediakan sistem siaraya yang baik dalam menjayakan majlis.



Pelajar khusyuk memberi tumpuan kepada ceramah Ustaz Manolito



Foto Manarik Cikgu Marzuki sedang mengambil gambar penceramah

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

14 Mac, 2009

Cuti Persekolahan suku pertama MAC 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:26:00 PTG | No comments
Cuti Persekolahan suku Pertama : 14-22 Mac 2009

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru. Gunakan masa cuti ini utk menimba pengalaman samada membantu ibubapa atau berjalan jauh menambah pengalaman.

Jangan marah arr bro .. aku saje usik ...
Foto Istimewa sementara tunggu nak cuti...


Aku akan balik jua ke Sabah .. menemui isteriku tercinta...


Menghela Nafas Menghitung Hari Cuti Bersama Isteri .. Heheh...


Sendirian Bujang .. terasa sunyi hendak ditemani....





Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

12 Mac, 2009

Foto Lawatan Pasukan PPSMI KPM

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:38:00 PTG | No comments
Pada Hari Khamis 12 Mac yang lalu, pihak sekolah telah didatangi oleh pasukan PPSMI Kementerian Pelajaran Malaysia. Kehadiran mereka ini adalah bertujuan untuk melihat perlaksaan PPSMI di SABK, dan Al-Hidayah terpilih diantara 3 buah SABK yang dipilih bagi seluruh perak.
Pada hari tersebut, pihak sekolah mempersiapkan seorang guru bagi membentangkan pengurusan PPSMI di sekolah ini. Cikgu Wan Nazri diberi tanggungjawab utk membentangkan pengurusan PPSMI di sekolah ini. Walaupun masih baru menjejakkan kaki ke sekolah ini, cikgu wan boleh mempersembahakan maklumat dengan baik dan berkeyakinan tinggi.
Pihak KPm yang diketuai oleh Ustaz Asmawi (BPI) bersama En. Zaidi selaku Peg. yg bertanggungjawab berkaitan perlaksanaan PPSMI, Puan Zurina Ketua Unit Matematik, Puan Zaidah Ketua Unit Sains dan 2 orang wakil dr PPD Kerian iaitu Us. Hasbullah dan En Faisal berasa puas hati dgn maklumat yang disampaikan oleh cikgu Wan. Ucapan tahniah dan syabas keluar dr mulut En. Zaidi kpd Cikgu Wan dan Pengetua kerana mampu menyediakan pembentangan yg baik berkaitan maklumat perlaksanaan PPSMI di sekolah ini.
Maklumat demi maklumat diberi oleh ketua2 unit yg datang dan tidak terlepas juga nasihat yg berguna demi memantapkan lagi perlaksanaan PPSMI di sekolah dalam usaha menjana kecemerlangan pelajar.
Buat akhirnya .. kami amat berterima kasih kpd pasukan ini krn sudi menjengah ke sekolah ini. Semoga perhatian terus akan diberikan agar kerjasama yg erat dpt terjalin. Kami amat mengalu-alukan kehadiran kumpulan ini, agar dapat berkongsi pengalaman perlaksanaan PPSMI di sekolah ini.

Berikut paparan foto kehadiran mereka.
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN TERSEBUT, KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN PUAN LAGI KE SEKOLAH INI.














Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates