TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

31 Julai, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2012 KINI DIBUKA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:17:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 1 Ogos 2011. Pihak sekolah telah mula membuka permohonan bagi kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2012. Permohonan hanya melalui borang yang dibeli dari pejabat sekolah. Setiap borang yang diambil akan dikenakan RM5.00 sebagai bayaran menduduki ujian pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Bagi pihak pemohon yang berada jauh dari sekolah boleh mengirimkan surat beserta bayaran melalui wang pos, sampul beralamat sendiri dan bersetem secukupnya untuk pihak sekolah kirimkan borang tersebut.
Permohonan akan dibuka bermula 1 ogos sehingga 30 oktober 2011, namun ianya bergantung kepada jumlah borang yang akan dikeluarkan. Oleh yang demikian amatlah diharap pihak pemohon dapat membuat persediaan awal dengan mendapatkan borang dan menghantarnya terlebih dahulu. Pengambilan adalah terhad berdasarkan keputusan ujian kemasukan.
Syarat permohonan boleh dirujuk dilaman web dan blog sekolah atau menghubungi pejabat sekolah di talian 05-7270295.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

28 Julai, 2011

CERAMAH PENCEGAHAN DADAH OLEH AADK KERIAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:28:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 28 JULAI 2011. Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kerian telah mengadakan sesi ceramah mengenai pencegahan dadah kepada semua pelajar sekolah ini. Ceramah yang disampaikan oleh En Basri Nordin Penolong Pegawai Anti Dadah Kerian ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah dan keburukkannya kepada masyarakat.
En Basri dalam ceramahnya yang disampaikan hampir 2 jam banyak menyentuh tentang jenis-jenis dadah dan bahaya pengambilannya kepada diri individu. Turut didedahkan kesan kepada pengambilan setiap jenis dadah yang kini merosakan ramai remaja. Pelajar yang ditemui berkata, program ceramah ini amat berguna bagi mereka yang selama ini belum mengetahui apa itu dadah.
Turut diadakan sesi pameran gambar-gambar, contoh dadah dan keratan akhbar mengenai kemusnahan yang terjadi berpunca dari dadah. Pihak UBK merakamkan ucapan terima kasih atas penerangan yang diberikan.







VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

24 Julai, 2011

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SABK PMR 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:25:00 PTG | No comments
TRONG, 24 Julai 2011. Jabatan Pelajaran Perak melalui Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) telah mengadakan satu program khas bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program yang dinamakan Kem Kecemerlangan Akademik SABK ini memberi tumpuan kepada persediaan pelajar dan guru dalam menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan datang.
Program yang berlansung di SABK Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) ini diadakan bermula 22- 24 Julai yang lalu. Antara pengisian kem ini seperti teknik menjawab dan skor markah matapelajaran kepada calon PMR, ceramah motivasi dan kursus profesionalisme kepada semua guru SABK Negeri Perak.
Kem yang bertujuan memberi peluang kepada para guru dan pelajar untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka cabaran untuk membina persaingan yang sihat dalam bidang akademik. Kem yang diadakan ini turut dihadiri Pengarah Pelajaran Perak, Pegawai-pegawai JPN dan PPD, warga pentadbir dan guru-guru SABK negeri Perak.
Menurut Dato' Mohd Rauhi Mohd Isa Pengarah Pelajaran Perak dalam sesi ucapannya berkata, program ini adalah salah satu platform pendedahan kepada semua warga SABK tentang halatuju jabatan pelajaran untuk memastikan tahun ini negeri Perak akan mencapai kecemerlangan. Semua warga sekolah perlu sedar dan peka dengan keperluan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir ini untuk melaksanakan segala perancangan jabatan pelajaran seperti yang diarahkan.
Menurutnya lagi, warga pentadbiran sekolah perlu mengamalkan sikap terbuka dan sedia merancang serta memastikan perancangan tersebut berjalan mengikut yang ditetapkan. Diakhir ucapan beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kem ini dengan jayanya.
Dalam ucapan perasmian penutup oleh Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak itu menegaskan pentingnya institusi pendidikan seperti SABK ini kembali menjadi pilihan utama masyarakat bagi melahirkan komuniti yang lebih baik dan beramanah.
Beliau turut menyingkap beberapa pengalaman beliau dalam menerima pendidikan yang boleh dijadikan pengajaran oleh remaja masa kini yang telah dapat menerima pendidikan dengan sempurna berbanding zaman dahulu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah cemerlang bagi sekolah yang berjaya mencatat keputusan terbaik bagi peperiksaan PMR yang lalu dan beberapa hadiah untuk mearikan penglibatan pelajar dengan aktiviti kem ini.

Sebahagian calon PMR lelaki


Pengarah bersama barisan tetamu VVIP


Tetamu diarak dengan paluan kompang ke dewan utama


Tetamu bersiap untuk ke dewan besar


pengarah menyampaikan ucapan


Pelajar perempuan mengikuti teknik dan skor markah matapelajaran



Antara guru perempuan yang hadir mengikut ceramah motivasi


Barisan pentadbiran sekolah


En Radzi Ismail Pengetua SMKA Kerian menyampaikan ceramah

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

09 Julai, 2011

TEKNIK MENJAWAB MATAPELAJARAN KINI BERMULA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:09:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 8 Julai 2011. Antara program peningkatan pencapaian akademik sekolah ini yang turut dimuatkan dalam takwim adalah bengkel teknik menjawab kertas peperiksaan. Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) melalui penyelarasnya Cik Latifah Soid telah mula menyusun bengkel ini mengikut kesesuaian masa pelajar dan penceramah. Menurutnya lagi program teknik menjawab ini adalah sebagai langkah persediaan dan menyampaikan maklumat kepada semua calon peperiksaan awam bagi sekolah tahun ini.
Pihak UBK mengambil langkah awal dengan memberi pendedahan ini sebelum pelajar mengharungi ujian-ujian seterusnya bagi penggal kedua persekolahan. Ini berikutan, akan diadakan beberapa siri ujian dalaman dan selaras peringkat negeri Perak bagi semua matapelajaran yang akan diduduki pelajar.
Pihak UBK turut melaksanakan beberapa lagi program bagi memantapkan persiapan pelajar menhadapi peperiksaan yang tidak berapa lama lagi. Program yang dijalankan secara berterusan sejak dari mula persekolahan seperti kelas malam, bimbingan mentor mentee, latih tubi berfokus. Turut dilaksanakan program peningkatan yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Perak seperti SOLAR, SOLAF, WAJA dan Latihan Minima.
Pihak UBK dengan kerjasama Unit Dakwah sekolah turut merencana peningkatan kerohanian pelajar dengan aktiviti berunsur dakwah sebagai usaha pembentukan rohani dan sahsiah. Program kerjasama ini berobjektif untuk memperkasa sahsiah dan keperibadian pelajar dalam menghadapi peperiksaan akan datang dan juga mengharungi sesi pembelajaran. Antara program yang dirancang adalah kem ibadah, bacaan yasin, bacaan doa tiap pagi, qiamullail dan khatam Al-Quran perdana.

Foto-foto slot teknik menjawab Karangan Bahasa Arab (Insya')






VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

04 Julai, 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:40:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 2 JULAI 2011. Sekolah ini turut tidak ketinggalan mengadakan aktiviti larian serentak 1 murid 1 sukan yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Sekolah mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa kecil program bagi menyusun gerak kerja yang diketuai oleh pemangku Penolong Kanan Kokurikulum En Wan Nazri Wan Ishak yang turut bertindak sebagai penyelaras aktiviti.
Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi ini dimulakan dengan pendaftaran peserta yang terdiri dari kalangan pelajar, guru dan staf sokongan sekolah. Peserta berkumpul dengan mendengar perutusan menteri pelajaran yang dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, kemudian taklimat larian oleh penyelaras aktiviti. Semua peserta dilepaskan serentak dengan melalui dua laluan berbeza.
Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kategori lelaki dan perempuan.











VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

01 Julai, 2011

Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Konsultansi bersama ibubapa

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:18:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 30 Jun 2011. Satu program motivasi keibubapaan telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Unit Dakwah dengan menampilkan Ustaz Hafizudin Abd Kadir Peg. Dakwah JAKIM sebagai penyampai ceramah. Menurut penyelaras program Ustazah Roshida Ibrahim, majlis yang diadakan sebagai meraikan sambutan Isra' Mikraj tahun ini merupakan pendekatan yang baru dan berbeza dari siri pengisian sebelum ini. Idea mengadakan ceramah keibubapaan serentak dengan sambutan Isra' Mikraj ini dicetuskan oleh bahagian UBK bagi mengabungkan program dakwah dan akademik dalam memperkasakan peningkatan akademik dan kerjasama dengan ibubapa pelajar.
Antara intipati ceramah Ustaz Hafizudin adalah mengenai peranan ibu dan bapa kepada anak-anak masa kini. Ibubapa perlu sedar keperluan pendidikan anak-anak dan keperluan pengalaman mereka dalam meniti usia dewasa. Ibubapa perlu sedar dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mendidik danmenghadapai cabaran anak masa kini.
Menurut Ustazah Roshida lagi, program ini telah berjaya menarik kehadiran yang agak ramai dari kalangan ibubapa dan masyarakat sekitar. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dengan sokongan yang diberi, semoga dengan usaha kecil pihak sekolah ini mampu meningkatkan kerjasama semua pihak dalam menjana kejayaan pelajar sekolah ini.
Majlis konsultansi ibubapa diadakan selepas sesi ceramah, ibubapa diberi taklimat pencapaian anak mereka yang telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun.


Slot 2 : Konsultasi Ibubapa


Slot 2 : Konsultansi Ibubapa


Ibubapa memenuhi dewan bagi menunggu giliran sesi


Ustaz Hafizudin ketika menyampaikan ceramah


Hadiri yang bersama mengikuti sesi ceramah


Penceramah disambut Ustaz Othman


Pendaftaran kehadiran ibubapa


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates