TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

27 Mac, 2012

Majlis Tadarus AlQuran MTQ 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:42:00 PG | No comments
Semanggol, 24 Mac 2012- Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat daerah tahun ini telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian di sini. Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah, hafazan, syarahan dan kuiz modal insan. Menurut Us Abd Rahman Abd Hamid dari Unit Pendidikan Islam PPD Kerian, pertandingan pada tahun ini hanya mempertemukan pemenang-pemenang dari peringkat zon yang diadakan bulan lalu sebagai saringan kelayakan ke pertandingan ini.
MTQ merupakan acara tahunan di dalam takwim dakwah pendidikan Islam daerah. Pemenang peringkat ini akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
Tema MTQ tahun ini "Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah' amat bersesuaian dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat Islam negera ini untuk kembali mengamalkan isi kandungan kitab ini. Ucapan yang disampai oleh perasmi penutup Ustaz Mohamad bin Yahya Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Ujarnya lagi, tema ini dipilih bagi mengimbau kejayaan umat terdahulu yang sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan tidak mengabaikan tuntutan yang terkandung di dalamnya.
Beliau turut memuji usaha pihak Unit Pendidikan Islam PPD Kerian dengan mengadakan program MTQ ini lebih awal bagi memastikan masa latihan yang mencukupi sebagai persiapan ke peringkat negeri.
Turut hadir Pengetua SMKA Kerian, Mohd Radzi Ismail. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan SMK Abu Bakar AlBaqir (SABAR) dinobatkan sebagai johan keseluruhan.



Peserta menyampaikan syarahan


Hadirin mengikuti majlis penutupan MTQ


Us Mohamad Bin Yahya
Pen. pengarah Pengurusan Dakwah JPN Perak


Johan acara Kuiz Modal Insan
SMK Panglima Bukit Gantang


Johan Syarahan Lelaki
Mohd Shahrizal Ishak
SABK Al-Hidayah

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

22 Mac, 2012

Konvensyen dan Anugerah PIBG Cemerlang 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:28:00 PTG | No comments
Bagan Serai, 22 Mac 2012. Satu majlis konvensyen dan Anugerah kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) cemerlang telah diadakan di Dewan Besar SMK Abu Bakar AlBaqir di sini. Majlis yang diselenggara sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada PIBG sekolah di dalam daerah ini yang aktif membantu pihak sekolah dalam memberi pendidikan kepada pelajar sekolah tersebut.
Majlis yang mempertemukan hampir 300 orang ini terdiri daripada Pengetua atau guru besar sekolah, Yang dipertua, setiausaha dan seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah.
Program dimulakan dengan ceramah khas bertajuk Peranan PIBG Dalam Pembentukan Sekolah Terbaik yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shah Bin Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan.
Menurut beliau, PIBG merupakan satu persatuan yang penting dalam mewujudkan jalinan kerjasama erat bersama pihak pengurusan sekolah dalam usaha mencapai kejayaan. PIBG wajar menjadi penghubung diantara guru dan ibubapa dalam segala aktiviti di sekolah.
Tambahnya lagi, PIBG turut sama boleh membendung gejala tidak sihat yang kini melanda pelajar sekolah dengan sama-sama terlibat menasihati dan memerhati pelajar.
PIBG juga menjadi penting apabila ianya merupakan agen pemuafakatan dan perkongsian pintar kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Melalui pemuafakatan yang dibina, mampu membawa masyarakat membantu pihak sekolah.
PIBG turut memainkan peranan 3 dimensi iaitu sebagai orang tengah diantara komuniti, guru dan ibubapa. PIBG turut berperanan membela nasib guru dengan menjaga kebajikan dan keperluan yang sewajarnya kepada guru dan sekolah.
Hadir merasmikan majlis ialah Dr Hj Abdullah Sani Yahya,pengerusi Biro Pendidikan Kerian mewakili YB Dato Sham Mat Sahat yang tidak dapat hadir.
Turut sama hadir Pn Ommi Kalsom Mohamad, Peg. Pendidikan Daerah Kerian, En Abd Khaidir Jailani Mohamad, Pengetua SABAR, dan YDP majlis pengetua daerah.
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah khas berupa plag, sijil dan baucer peruntukan kepada PIBG sekolah yang cemerlang dan aktif memajukan sekolah mengikut kategori luar bandar dan bandar.


Hadirin yang hadir


Hadirin yang hadir


Dr Hj Abdullah Sani bersalaman dengan hadirin


Dr Hj Abdullah Sani ketika menyampaikan ucapan penutupan


Dr Hj Abdullah Sani menyampaikan plag kepada
YDP PIBG SMK Kerian Tempat-1 kategori
Sekolah Menengah Bandar


Ustaz Mohd Shah Ramli

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Keputusan SPM 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:22:00 PTG | No comments

Kuala Kurau, 21 Mac 2012. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah diumumkan hari ini telah memberi khabar gembira kepada pihak sekolah. Seramai 35 calon sekolah ini telah menduduki peperiksaan pada tahun lalu. Secara keseluruhannya sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus bagi pencapaian peratus lulus. Namun keputusan SPM kali ini mencatat sedikit peningkatan dari segi Purata Gred Sekolah (GPS) iaitu 5.27 berbanding tahun lalu 4.86 menyebabkan kedudukan sekolah menurun dari tempat ketiga tahun lalu ke tempat ke-9 tahun ini.


Berikut ringkasan pancapaian:

Peratus Lulus : 100%

Gred Purata Sekolah : 5.27

Kedudukan :

ke-1 SABK Kerian

ke-9 Daerah kerian

Ke-86 Perak





Calon SPM 2011 hadir mengambil keputusan


Us Azahar menyampaikan sendiri slip keputusan
kepada calon cemerlang
Nor Ashikin Ahmad 9A


Calon menerima keputusan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

05 Mac, 2012

Kejohanan Rentas Desa 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:21:00 PTG | No comments
Kuala Kurau- Pada hari Sabtu 3 Mac yang lalu telah dilansungkan kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini. Seramai 220 pelajar turut serta dalam kejohanan kali ini. Para pelajar diagihkan mengikut rumah sukan dan dilepaskan mengikut kategori.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah lelaki bawah 15, lelaki bawah 18, perempuan bawah 15 dan perempuan bawah 18.
Bagi peserta lelaki dikehendaki menghabiskan laluan sejauh 8 kilometer dan bagi peserta perempuan pula sejauh 6 kilometer.
Peserta berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan di kawasan kampung berhampiran sekolah. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik.





Peserta dilepaskan oleh Pengetua



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Motivasi Pelajar Siri 2/2012 Us Mohd Shah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:01:00 PTG | No comments
Kuala Kurau- Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengadakan siri motivasi kedua bagi tahun ini yang menumpukan kepada pembangunan diri pelajar agama. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Shah bin Ramli yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Medan Bagan Serai.
Antara intipati ceramah beliau, menekankan kepada keikhlasan dalam menuntut ilmu. Setiap pelajar perlu ikhlas apabila ingin belajar dan perlu beradab dalam menerima pendidikan.
Beliau turut menekankan agar diri pelajar perlu bijak dalam usaha menerima pelajaran. Pelajar yang bijak sentiasa menggunakan masa dengan baik dan jangan cuai dengan pelajaran.
Pelajar perlu membahagikan masa dalam hidup seharian, sentiasa fokus dengan pembelajaran di dalam kelas, merancang penghidupan akan datang.
Beliau turut mengemukakan beberapa kaedah yang baik agar pelajar dapat belajar dengan baik.
1. Rancang masa depan
2. Banyakkan senyum
3. Rehatkan badan
4. Jangan bahayakan diri
5. Kukuhkan persahabatan
6. Sesekali perlu berhibur
7. Penampilan yang menarik
8. Jaga kesihatan



Us Mohd Shah ketika menyampaikan ceramah


Pelajar turut serta mendengar



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Latihan Kecemasan dan Cara Pemadaman Kebakaran

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:41:00 PTG | No comments
Kuala Kurau - Dengan mendapat kerjasama dari pihak Balai Bomba Kuala Kurau, Jawatankuasa 3K ( Keceriaan, Kebajikan dan Keselamatan ) sekolah ini telah mengadakan demontrasi kebakaran dan kaedah pemadaman kepada seluruh warga sekolah ini.
Program dimulakan dengan pengujian loceng kecemasan, semua warga perlu bergerak ke dataran perhimpunan yang menjadi tempat berkumpul jika berlaku kebakaran.
Kemudian semua warga diberi taklimat berkaitan keselamatan dan cara menyelamatkan diri dari terperangakap di dalam kebakaran. Turut disampaikan cara mengendali alat pemadam api (APA) yang betul dan bagaimana untuk menggunakannya.
Menurut Penguasa Bomba En Abd Latiff Sulaiman ketika ditemui, beliau rasa teruja kerana pihak sekolah sudi memberikan kerjasama untuk pihak bomba memberikan taklimat khusus mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada sekolah ini.
Usaha ini adalah cara terbaik bagi memberi pengetahuan asas kepada semua warga sekolah dalam pengendalian APA. Ujarnya lagi.
Program turut memberi peluang warga sekolah merasai sendiri cara memadam kebakaran dengan menggunakan APA dengan betul. Demontrasi pemadaman kebakaran turut diadakan dengan kawalan pihak bomba.


Pegawai Bomba menunjukkan cara mengendali APA


Pelajar mencuba sendiri cara memadam kebakaran


Pelajar mencuba sendiri


Taklimat disampaikan kepada semua warga sekolah


En Abd Latiff Sulaiman
Penguasa Bomba Kuala Kurau

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates