TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

17 Julai, 2012

Senamrobik 1M1S dan Pelancaran Bulan Kecergasan 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:58:00 PG | No comments
Kuala Kurau. 10 Julai 2012 - Menyambut seruan Kementerian untuk menjalankan senamrobik serentak seluruh negara, unit sukan kokurikulum telah mengabungkannya dengan pelancaran bulan kecergasan yang telah dilancarkan oleh pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik.
Semua pelajar dan guru sekolah ini terlibat menjayakan senamrobik kali ini. Turut dimuatkan ucapan dan bacaan perutusan sempena senamrobik peringkat kebangsaan ini. Antara pengisian sukan yang mewarnai bulan kecergasan tahun ini seperti pertandingan sepak takraw, bola jaring, pingpong dan kejohanan sukan balapan dan padang yang turut dilangsungkan dalam bulan ini.
Barisan pentadbir dan pengelola program

Pelajar mendengar perutusan 

Bersiap untuk bersenam 


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Kejohanan Sukan padang dan balapan 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:45:00 PG | No comments
Kuala Kurau. 14 Julai 2012- Buat julung kalinya sekolah ini mengadakan kejohanan sukan padang dan balapan yang bertempat di padang SMK Kuala Kurau dekat sini. Kejohanan yang dirancang oleh unit sukan bahagian Kokurikulum kali ini hanya menampilkan 4 acara utama iaitu bagi acara padang 100m, 200m dan 4x100m dan lontar peluru. 
Kejohanan dibahagikan kepada kategori bawah 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan. 
Lagi berita akan menyusul ..
Barisan hakim penamat bersedia untuk menghakimi pertandingan

Barisan hakim terdiri pegawai perempuan 

Peserta ditaklimatkan oleh PK Koku

Cikgu Faizal SMKKK yang sudi menyampaikan taklimat

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

07 Julai, 2012

Ceramah Keibubapaan Ting 3 dan 5 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:45:00 PG | No comments
Kuala Kurau 6 Julai 2012 - Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Hidayah telah menganjurkan satu sesi motivasi khusus kepada ibubapa pelajar tingkatan 3 dan 5 sekolah ini. Program berlansung serentak dengan majlis pertemuan ibubapa pelajar yang dijemput ke sekolah bagi membincangkan pencapaian anak-anak seterusnya menandatangani rekod pencapaian. 
Menurut pengetua sekolah Tn Hj Mohd Said Hasnik, beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa datang bertemu dengan guru yang mendidik anak masing-masing bagi membincangkan masalah dalam pendidikan mereka. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar terutama ibubapa kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini agar menyedari peranan mereka dalam membantu peningkatan pendidikan anak mereka. 
Menurutnya lagi, peranan ibubapa amat besar dalam memberi pendidikan yang lebih berkesan dan membantu pihak sekolah untuk memastikan pendidikan akademik dan sahsiah berjalan seiring. 
Majlis diteruskan dengan ceramah keibubapaan oleh Ustaz Izzat Hambali, seorang Penceramah Bebas yang dijemput khas bagi menyampaikan ceramah. Antara intipati ceramahnya, ibubapa berperanan besar dalam mencorakkan kehidupan anak-anak sepertimana yang pernah diingatkan oleh rasulullah. Ibubapa yang sepatutnya menjalankan pendidikan kepada anak-anak secara sepenuhnya. Ibubapa perlu memastikan pendidikan anak-anak mengikut acuan yang baik seperti yang digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah. 
Tambahnya lagi, Pelajar sekolah ini amat bertuah kerana pendidikan yang diikuti di sekolah ini lebih menekankan pendidikan agama Islam yang menjadi tunjang utama pembangunan modal insan yang sempurna. Pelajar perlu memastikan berakhlak dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan ilmu yang baik dan berkat. 
Akhir ceramah beliau menyeru semua pelajar perlu sentiasa berubah ke arah yang lebih baik untuk mencapai kejayaan yang berganda. 

Sebahagian bapa yang diberi taklimat pencapaian anak

Penceramah mampu meruntun jiwa pelajar

ketika berceramah

Kaum ibu yang turut sama 

pelajar ting 3 bersama waris diberi taklimat

perbincangan bersama anak 



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates