TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Disember, 2010

PMR GEMILANG 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:47:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 30 DIS 2010. SABK Al-hidayah telah mencatatkan keputusan yang amat baik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang lalu. Secara keseluruhannya keputusan yang dicapai oleh calon PMR kali ini lebih baik dari pencapaian tahun lepas. Ini mengambilkira peningkatan sebanyak 20 peratus dari keseluruhan calon yang lulus semua matapelajaran.
Dengan pencapaian nilai gred purata sekolah (GPS) 3.07, telah meletakkan sekolah ini di tahap terbaik bagi kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian dan kedudukan ke 14 bagi keseluruhan sekolah menengah di kawasan ini.
Dalam reaksi Pengetuanya, Mohd Said Hasnik mengambarkan kegembiraan dengan pencapaian kali ini yang melepasi target pihak sekolah sekaligus memperbaiki keputusan tahun lalu. Sekolah juga dianugerahkan sijil penghargaan di atas pencapaian yang telah mampu diperolehi ini.
Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua calon, guru dan para pegawai dari PPD dan JPN yang terlibat dalam menjana peningkatan keputusan PMR pada kali ini. Ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan sekolah kali 1 bagi tahun 2011 di sini.
Di dalam mesyuarat tersebut turut diperkenalkan 2 orang guru baru yang akan memulakan tugas di sekolah ini iaitu Ustaz Badrulhisham Mat Rejab dan Pn. Taqwiah Ghazali.
Mesyuarat pertama bagi sesi persekolahan ini diadakan bagi menerangkan dan membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan perjalanan sistem pendidikan sekolah ini bagi tahun akan datang. Perkara yang disentuh di dalam mesyuarat adalah berkaitan pengurusan sekolah, pengurusan kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Turut dibekalkan kepada semua guru buku panduan guru dan jadual mengajar masing-masing.
Pihak mesyuarat turut meraikan majlis perpisahan kepada Cikgu Marzuki Abd Razak yang berpindah sekolah ke Hulu Selangor. Pengetua sekolah telah sudi menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan di atas khidmat beliau di sekolah ini.
Akhir mesyuarat pengetua memberi ingatan kepada semua agar terus bertugas dengan dedikasi agar sekolah terus cemerlang dan gemilang.


Pengetua ketika mempengerusikan mesyuarat


Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Marzuki Abd Razak


Barisan guru perempuan


Staf sokongan turut berada di dalam mesyuarat


Barisan guru lelaki

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

08 Disember, 2010

SESI UJIAN KEMASUKAN KE TING 1/2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:24:00 PG | No comments
kUALA KURAU 2 DIS 2010. Seramai 71 pelajar yang telah memohon untuk kemasukan ke tingkatan 1 sekolah ini pada tahun 2011 datang menduduki ujian kemasukan yang diadakan tepat jam 8.30 pagi. Ujian yang turut diadakan dikebanyakkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Perak ini bertujuan untuk memastikan kemasukan pelajar bagi tahun hadapan memiliki tahap dan kemampuan untuk belajar di sekolah seperti ini. Soalan bagi ujian ini dirangka oleh pihak Jabatan pelajaran Perak melalui Unit Pendidikan Islam. Ianya dijalankan secara selaras agar kualiti dari calon yang datang untuk kemasukan ini menepati syarat utama untuk masuk ke aliran pendidikan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Ibubapa dan waris yang turut sama hadir mengiringgi anak masing-masing begitu teruja dengan kemajuan sekolah ini yang amat jauh berbeza dari yang dahulu. Ramai dari antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki masuk ke sekolah ini. Inilah kali pertama mereka sambil membawa anak untuk menduduki ujian dan melihat kemajuan yang telah sekolah ini capai. Kebanyakkan ibubapa menyatakan hasrat supaya anak mereka diterima masuk ke sekolah ini agar anak-anak terdidik dengan ilmu dalam bidang agama.
Sesi awal ujian, ibubapa dan calon yang hadir diberi taklimat oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar mengenai perjalanan ujian. Ujian meliputi ujian bertulis dan lisan Al-Quran. Calon diberi masa untuk menjawab kertas ujian bertulis sebelum ke blik yang lain bagi menghadiri ujian lisan iaitu bacaan Al-Quran yang dikendalikan oleh guru agama yang telah ditugaskan memberi markh ujian bacaan.
Menurut Pengetua Ustaz Hj Mohd Said Hasnik ketika ditemui menyuarakan harapan agar semua calon yang akan masuk ke sekolah ini pada tahun hadapan lebih berkualiti dan bersedia serta memahami aspirasi sekolah ini iaitu memperkasakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir serta pihak masyarakat yang terus memberi sokongan kepada sekolah ini.

Sekitar prog ...


Pra dengar Ujian bacaan Al-Quran


Calon pelajar perempuan yang sedang menduduki ujian bertulis


Pendaftaran di awal sesi ujian



AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates