TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

23 Januari, 2011

BENGKEL REKA TEKS BERCERITA DAN SYARAHAN AGAMA MTQ 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:17:00 PG | No comments
PARIT BUNTAR. 22 Jan 2011. Satu bengkel menghasilkan isi dan huraian bagi acara bercerita dan syarahan agama bagi pertandingan Majlis Tilawah Quran ( MTQ ) tahun 2011 telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Bengkel ini yang diadakan di Dewan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah telah dihadiri oleh semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah menengah dan sekolah rendah daerah ini.
Bengkel yang dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bahagian pemarkahan dan penghakiman isi bagi dua acara tersebut. Seawal jam 8.00 pagi para guru yang hadir diberi taklimat dan penerangan oleh para pegawai Unit Pendidikan Islam PPD Kerian.
Kumpulan bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan utama, kumpulan sekolah rendah akan melaksanakan pengarapan isi dan huraian bagi acara bercerita dan bagi kumpulan sekolah menengah pula mengarap isi dan huraian bagi syarahan agama.
Us. Abdul Rahman Hamid mengatakan bahawa bengkel ini adalah inisiatif pihak PPD dalam usaha memberi pendedahan mengarap isi dan pengalaman kepada guru dalam bidang penghakiman bagi kedua-dua acara. Disamping itu juga sebagai usaha mempertahankan kedudukan daerah Kerian yang cemerlang bagi pertandingan MTQ peringkat Negeri Perak. Ujarnya ketika menyampaikan ucapan aluannya.

Terima kasih kerana 'post' ini sentiasa mendapat klik yang tinggi. Bersama ini satu contoh syarahan yang mungkin dapat membantu.



Guru sibuk berbincang berkaitan tajuk yang diberi


Internet digunakan sebaiknya untuk mencari bahan


Ustaz Azahar Abu Bakar membentangkan perkara yang dihakimi
dalam acara syarahan agama

Peserta yang hadir


Us Abd Rahman Hamid ketika ucapan awal


MISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

17 Januari, 2011

LAWATAN PEMANTAUAN PENINGKATAN AKADEMIK PMR 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:15:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 17 JAN 2011. Seramai 3 orang pegawai Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah berkesempatan mengunjungi sekolah ini pagi tadi. Mereka ini dalam rangka lawatan pemantauan bagi memantau program peningkatan akademik sekolah ini. Diketuai oleh Us Rozman Abdul Muin (Pen. pengarah IPA) , En, Mohd Salehudin Hj Arshad dan Us. Abdul Kahar Awang Karim ( Unit Bahasa Arab ).
Sesi awal mereka ini diberi taklimat berkaitan sekolah oleh Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. Sesi berikutnya bersama semua guru sekolah ini bagi mengetahui pencapaian akademik khususnya keputusan peringkat Penilaian Menengah Rendah PMR yang telah lalu.
Mereka ini diberi taklimat melalui pembentangan yang disampaikan oleh Penolong Kanan pentadbiran Mohd Azhar Abu Bakar berkaitan pencapaian sekolah ini dalam PMR 2010 yang lalu dan sasaran sekolah ini bagi tahun 2011. Turut dimaklumkan aktiviti dan program peningkatan yang akan dilaksanakan bagi memastikan pencapaian akan meningkat dan cemerlang.
Us. Rozman dalam ucapannya turut memberi ingatan kepada semua guru agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas kerana ianya adlah amanah Allah kepada semua pendidik. Beliau turut mengingatkan harapan Pengarah Pelajaran untuk semua guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Ini akan memperlihatkan peranan guru dimainkan sebaiknya atau dengan kata lain guru mengajar dan murid belajar.
Turut memberi ulasan Ustaz Abdul Kahar yang menitikbertakan pencapaian Bahasa Arab bagi sekolah ini yang dilihat masih belum mencapai tahpa terbaik yang disasarkan oleh sekolah. Ini memerlukan tindakan yang proaktif dari guru-guru B.Arab agar segala harapan sekolah menjadi kenyataan. Ujarnya ketika mengulas isu kelemahan b.arab.
Diakhir program, Us Abdul Kahar sempat beramah mesra dengan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun ini dengan mengingatkan mereka agar mempunyai minat dengan matapelajaran B.Arab dan berusaha untuk berjaya bagi kertas ini.

Sebahagian guru yang memberi tumpuan kepada ulasan pegawai JPN


Us. Rozman ketika menyampaikan ucapan

Us. Azahar ketika membuat pembentangan


Taklimat awal kepada pegawai JPN oleh Pengetua dan PK Pentadbiran

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:56:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 17 JAN 2011. Majlis penyampaian watikah lantikan sebagai Pengawas Sekolah bagi tahun 2011 kepada para pelajar yang dipilih dilaksanakan secara sederhana pagi tadi. Majlis yang diadakan bersama majlis perhimpunan mingguan ini adalah bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengetahui dan mengenal pelajar yang dilantik sebagai pengawas sekolah.
Majlis penyampaian disempurnakan oleh pengetua sekolah Tn. Hj Mohd Said Hasnik kepada semua pelajar yang telah terpilih.
Seramai 27 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai tingkatan dipilih untuk menyertai badan pengawas sekolah bagi tahun ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Nazrudin Abd Rasid dalam ucapannya mengesa agar semua pelajar memberi kerjasama yang baik kepada para pengawas sekolah yang baru dilantik bagi tahun ini. Disamping itu juga beliau mengharapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik dapat menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas tanpa mengira siapa yang perlu diambil tindakan.
Beliau juga berharap, dengan lantikan baru ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka.





Barisan pengawas bagi tahun 2011

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

06 Januari, 2011

AL-FATIHAH ... TAKZIAH BUAT ARWAH HJ MOHD JAPERI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:44:00 PTG | No comments
HJ.MOHD JAPERI HASSIM @ US PATAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA JAM 7.00 PTG SEBENTAR TD
AL-FATIHAH

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

03 Januari, 2011

SESI PENDAFTRAN 2011 DAN LAWATAN PEMANTAUAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:10:00 PTG | No comments
Kuala Kurau. 3 Jan 2011. Program pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 SABK Al-Hidayah Parit Abas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Ibubapa bersama anak masing-masing hadir seawal jam 8.00 pagi walaupun proses pendaftaran bermula jam 9.00 pagi. Seramai 56 pelajar baru datang mendaftar masuk ke sekolah ini bagi kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan 2011.
Sesi taklimat pengurusan pendidikan di sekolah ini turut diadakan selepas sesi pendaftaran selesai. Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua sekolah, Hj Mohd Said Hasnik yang dalam ucapannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa dan pelajar yang memilih sekolah ini bagi menyambung pendidikan peringkat menengah.
Semoga pelajar yang berjaya terpilih untuk mwngikuti pendidikan di sekolah ini dapat mempamerkan keupayaan yang tinggi bagi merealisasikan visi baru sekolah Alhidayah Cemerlang 2015, ujarnya ketika ditemui selepas program taklimat tersebut.
Program taklimat diteruskan oleh semua penolong kanan sekolah ini bagi menerangkan dan menjelaskan perkara berkaitan pengurusan pendidikan dan hal ehwal murid kepada ibubapa dan waris yang hadir.
Ibubapa yang ditemui, menyuarakan rasa bertuah kerana anak mereka terpilih untuk diterima masuk ke sekolah ini.Kebanyakkan ibubapa memilih sekolah ini berdasarkan pencapaian yang cemerlang dan pengurusan disiplin sekolah yang baik.
Dalam masa yang sama sekolah turut didatangi oleh para pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak. Tujuan mereka ini hadir adalah untuk memantau pengurusan sekolah pada awal sesi persekolahan. Mereka diberi taklimat dan penerangan berkaitan pengurusan sekolah oleh pengetua dan penolong kanan pentadbiran.
Pihak sekolah mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama membantu sekolah ini dalam memberi pendidikan berkualiti dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah agama seperti sekolah ini.


Pengetua menyampaikan taklimat persediaan sesi awal
persekolah kepada wakil JPN.

Pegawai JPN disambut oleh PK1 ketika hujan lebat


Ibubapa bersama anak-anak mendengar taklimat pelajar baru


Pengetua ketika menyampaikan ucapan


PK pentadbiran bersiap sedia untuk menyampaikan taklimat


Ketika sesi pendaftaran


Antara ibubapa yang datang mendaftar

AL-HIDAYAH CEMERLANG 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates