TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

31 Disember, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:09:00 PTG | No comments


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung dan 'followers' blog ini. Sudah hampir 5 tahun kewujudan blog sekolah ini yang pada awalnya adalah sebagai 'suka-suka' dinaik taraf menjadi blog penyampai maklumat dan aktiviti sekolah.
Pihak team media dan penerbitan sekolah diketuai oleh admin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 kepada pengunjung dan pencinta pendidikan agama. Semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan akan diteruskan.


" Saya mewakili pasukan unit media dan penerbitan sekolah mengucapkan terima kasih dengan sokongan masyarakat dengan sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan sekolah ini. Saya turut mengharapkan agar semua pihak akan terus bersama memajukan sekolah agar pendidikan agama kepada anak bangsa akan terlaksana. Sempena tahun baru 2012, saya bersama unit media penerbitan sekolah akan sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini melalui berbagai medium yang ada di zaman ini"

Admin Blog


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

23 Disember, 2011

PMR Terbaik 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:46:00 PTG | No comments

Calon PMR 2011

Kuala Kurau, 23 Dis 2011. Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah diumumkan turut memberi kejayaan kepada sekolah ini. Seramai 41 calon telah menduduki peperiksaan ini dan mencatatkan 27 calon mencapai keputusan lulus semua matapelajaran.

Pengetua sekolah, Mohd Said Hasnik dalam reaksinya melahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang dicapai oleh calon sekolah ini dan telah meletakkan nama sekolah antara 5 terbaik di dalam daerah Kerian. Ini adalah keputusan terbaik semenjak menjadi SABK. Walaupun calon dari sekolah ini tidak mencapai tahap terbaik dari segi kualiti namun kita dapat mempertingkatkan pencapaian dari segi kuantiti dengan mencapai lonjakan peratus kelulusan tertinggi sebanyak 30 peratus dari pencapaian tahun lalu.

Semua matapelajaran mencatat peningkatan dan melepasi sasaran yang dikehendaki. Ujarnya lagi, matapelajaran yang begitu baik pencapaiannya adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang mencatat calon memperolehi A yang agak ramai.

Sekolah turut menerima sijil penghargaan khas dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian bagi pencapaian PMR ini dalam kategori peningkatan peratus kelulusan 3 tahun berturut-turut dan lompatan saujana kuantiti.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon dan guru yang berjaya membuktikan keupayaan sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik.





" Keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik, tahniah dan syabas kepada semua calon dan guru yang berusaha meningkatkan keputusan kali ini"


Mohd Said Hasnik
Pengetua







Senarai Kedudukan sekolah Kerian
berdasarkan peratus kelulusan



Senarai kedudukan sekolah Kerian
berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS)

*Sumber graf / data dari PPD Kerian

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

14 Disember, 2011

KEPERLUAN PEMBELAJARAN 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:41:00 PTG | No comments
Berikut adalah makluman penting berkaitan keperluan dan bayaran tambahan bagi semua pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan tahun 2012 akan datang. Sila rujuk web sekolah atau boleh muat turun versi word bahan tersebut.

SENARAI KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2012

SENARAI SEMAK PELAJAR ASRAMA 2012

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

13 Disember, 2011

JADUAL PEMBELAJARAN 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:04:00 PTG | No comments
Perhatian kepada semua pelajar sekolah, anda boleh muat turun jadual kelas bagi tahun 2012. Kelas akan terus bermula pada hari pertama persekolahan 2012 yang akan bermula pada
4 Januari 2012 (RABU)

Sila klik muat turun jadual kelas anda :

1 ABU BAKAR
1 UMAR
2 ABU BAKAR
2 UMAR
3 ABU BAKAR
3 UMAR
4 ABU BAKAR
4 UMAR
5 ABU BAKAR
5 UMAR


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

12 Disember, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM ... SHARE SLIDE

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:22:00 PG | No comments

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

07 Disember, 2011

Pengagihan Kelas sesi 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:39:00 PTG | No comments
Kepada semua pelajar sekolah :

Maklumat berkaitan pengagihan kelas bagi sesi pembelajaran tahun 2012 telah mula dipaparkan di laman web sekolah. Sila rujuk penempatan kelas anda bagi tahun hadapan. Selamat menempuh tahun 2012 dengan azam kejayaan dan kecemerlangan.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

06 Disember, 2011

SENARAI NAMA CALON TINGKATAN 1 / 2012 FASA 1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:34:00 PG | No comments
Adalah dimaklumkan kepada semua ibubapa pelajar yang memohon untuk masuk ke tingkatan 1 sekolah ini bagi tahun 2012. Senarai nama pelajar yang berjaya telah mula dipaparkan di laman web sekolah www.smaalhidayah.bpi.edu.my . Sila rujuk dilaman tersebut untuk kepastian. Klik di sini

Senarai ini adalah fasa pertama bagi calon yang mendapat markah 60 dan ke atas setelah dicampur ujian bertulis dan ujian lisan al-Quran.

Senarai nama fasa 2 akan diketahui minggu hadapan bagi markah 50+ melalui perbincangan dan diputuskan oleh unit kemasukan.

Terima Kasih.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates