TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

27 November, 2010

UJIAN KEMASUKAN KE TING 1 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:16:00 PTG | No comments
Menarik perhatian kepada pengunjung blog / ibubapa / penjaga / waris yang telah mendapat surat panggilan menduduki ujian sila ambil penting ketetapan masa ujian:

Tarikh : 2 Dis 2010
Hari : Khamis
Jam : 8.30 Pagi
Tempat : Aras 3 Bangunan Baru sekolah
Klasifikasi ujian : bertulis dan lisan al-quran
Peralatan : Alat Tulis
Pakaian : Sopan


* Waris yang masih ingin mendaftarkan pelajar boleh menghubungi pihak HEM sekolah untuk penempatan tambahan sebelum tarikh ujian. (Kategori Permohonan Tamat Tempoh).

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

Tahniah Terbaik Praktikum

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:59:00 PG | No comments
Putrajaya 24 Nov 2010. Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia telah dilangsungkan di Dewan Siantan Presint 3. Penganugerahan kali ini adalah bagi kumpulan pelatih Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mode J-Qaf dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 2008 dari semua IPG yang mempunyai kumpulan tersebut.
Bagi sekolah ini, dua orang guru baru yang terlibat ialah En. Jupri Sanhosi dan Puan Teh Nur Akmal Kusni. En. Jupri adalah guru pelatih dari IPG Tunku Bainun Bukit Mertajam. Beliau yang mendapat keputusan cemerlang telah dinobatkan pelatih terbaik praktikum dan menerima anugerah khas itu pada sidang pertama sesi pagi. Turut sama Puan Teh Nur Akamal IPG Persekutuan Pulau Pinang yang mendapat kepujian dalam penganugerahan diploma perguruannya.
Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan TAHNIAH atas kejayaan dua orang guru ini. Semoga dengan kejayaan ini menyuntik semangat yang lebih tinggi untuk mendidik anak bangsa dan berkhidmat di sekolah ini dengan penuh jitu.





AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

21 November, 2010

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN BUAT CALON SPM

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:38:00 PTG | No comments

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

19 November, 2010

MAJLIS MOHON RESTU SPM 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:45:00 PTG | No comments
Hari ini Jumaat 19 Nov 2010, hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun ini. Diwaktu kerancakan pelajar untuk sibuk bercuti, para guru rancak mengemaskini bahan dan keperluan penting sebelum berakhirnya sesi persekolahan.
Dikesempatan hari ini juga Unit Bimbingan dan Kaunseling sekali lagi mengadakan majlis khas untuk meraikan calon SPM yang dinamakan Mohon Restu Calon SPM. Majlis yang diadakan bagi memberi ruang kepada semua tenaga pengajar matapelajaran tingkatan 5 ini menyampaikan amanat kepada semua anak didik mereka.
Menurut teraju utama UBK sekolah, Cik Latifah Soid. Program ini merupakan salah satu program persiapan untuk calon SPM menghadapi peperiksaan SPM pada 23 Nov ini. Program yang diharap mampu memberi kesedaran akhir untuk semua calon SPM sekolah ini untuk menjawab peperiksaan dengan lebih baik.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan para guru. Ustazah Roshida Ibrahim (Gambar)dalam ucapannya banyak menyentuh keperluan pelajar untuk meningkatkan kemajuan diri dengan ilmu dan pengalaman yang baik sewaktu di sekolah. Beliau amat berharap agar semua calon SPM dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan peperiksaan yang bakal dihadapi.
Dalam pada itu beliau turut menekankan supaya semua pelajar mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan dari semua guru yang telah bersusahpayah mendidik dan menyampaikan ilmu selama ini kepada mereka. Beliau turut mendoakan agar semua pelajar boleh menjawab terutama kertas Bahasa Arab Tinggi dalam peperiksaan nanti.
En. Nazruddin Abd Rasid Penolong Kanan HEM, pula dalam ucapannya menegaskan agar pelajar dapat mematuhi peraturan dan berdisiplin ketika menghadapi peperiksaan. Tambahnya lagi, dengan menunjukkan disiplin yang baik mampu meningkatkan imej sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Beliau turut mengharapkan agar pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini dan berada di dalam masyarakat mampu mempamerkan akhlak yang terpuji dan menjadi contoh.
Beliau yang juga menyampaikan ucapan bagi mewakili pihak pengurusan sekolah mengharapkan agar calon SPM sekolah ini mampu mencipta sebuah kejayaan yang besar dan menyumbang kepada peningkatan kepercayaan masyarakat umum kepada institusi agama seperti sekolah ini.
Semua guru yang diberi ruang menyampaikan ucapan, mengharapkan agar semua pelajar tingkatan 5 yang merupakan calon sulung SPM setelah sekolah diserap menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dapat mencipta kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan itu nanti. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman pelajar dengan semua guru terlibat.


Ustazah Roshida Ibrahim


Sayu akan pergi meninggalkan sekolah


Pelukan tanda kasih buat anak sulung SPM SABK


bayangan sehelai kertas slip keputusan 9 A+


Nyayian Yakin Boleh ...


Doa dan harapan guru mengunung mengharapkan semua berjaya


Calon Sulung SPM 2010 SABK Al-Hidayah ..
Selamat Berjaya dari kami warga sekolah


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

14 November, 2010

Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:40:00 PTG | No comments
Prog : Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 2010 & Meraikan mantan warden
Tarikh : 14 Nov 2010
Jam : 8.30 malam


TERIMA KASIH
JUPRI BIN SANHOSI
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

FRIENDLY FUTSAL

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:26:00 PTG | No comments
TARIKH : 14 NOV 2010
TEMPAT : GELANGGANG RAKYAT TAMAN SERAI JAYA





SYABAS DAN TAHNIAH BUAT SEMUA

11 November, 2010

Lawatan ke Mahkamah Syariah Parit Buntar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:30:00 PTG | No comments
Prog: Lawatan Sambil belajar ke Mahkamah Syariah Parit Buntar
Tarikh : 10.11.2010
Peserta : 23 Orang pelajar lepasan PMR
Sinopsis :
Program ini yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) bagi mengisi masa terluang pelajar lepasan PMR. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari para pegawai mahkamah syariah Parit Buntar.
Seramai 23 pelajar dari lepasan PMR dibawa ke mahkamah syariah untuk mengikuti prosiding mahkamah secara dekat dari dalam dewan bicara. Kumpulan pelajar ini turut diringi oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Zubaidah Abd Rahim, Nur latifah Mohd Arish dan Norhaslinda.
Sesampainya di mahkamah,rombongan telah diberi taklimat mengenai perjalanan prosiding bicara kes dan adab ketika berada dalam dewan bicara. Kemudian rombongan dihidangkan dengan jamuan makan pagi nasi lemak, yang telah disediakan oleh kakaitangan mahkamah. Kemudian kumpulan rombongan dibawa melihat kawasan sekitar / bahagian bangunan.
Setelah itu, rombongan di bawa masuk ke dalam dewan bicara untuk mengikuti sebutan kes yang telah menunggu giliran prosidingnya ketika itu. Semua pelajar yang menyertai rombongan ini teruja kerana pertama kali mengikuti perbicaraan satu kes berkaitan poligami tanpa kebenaran.
Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi gambaran sebenar kes salahlaku jenayah orang Islam sebagai pengajaran kepada semua pelajar. disamping itu sebagai memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri suasana ketika sebutan kes di mahkamah.
Terima Kasih kami ucapkan kepada Ustaz Asri ( Pegawai Mahkamah ) yang sedia menjadi wakil mahkamah dalam menerangkan selok belok urusan di mahkamah syariah. Terima kasih juga buat semua warga mahkamah syariah Parit Buntar atas layanan yang baik dan mesra. Terima Kasih daun keladi.

Sebahagian foto yg sempat dirakamkan


Sebahagian pelajar mengabadikan kenangan di pintu hadapan mahkamah


Rombongan diberi taklimat oleh pegawai mahkamah






AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

09 November, 2010

Program Sembelihan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:14:00 PTG | No comments
Prog : Sembelihan
Tarikh : 9/11/2010
Tempat : Kantin Sekolah
Peserta : Calon PMR 2010
Jemputan : Mohd Saree Bin Omar ( Imam Masjid Parit Tok Hin Kuala Kurau )
Rasional :
1. Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan cara dan adab sembelihan binatang
2. Menunjukkan aktiviti dan cara sembilhan yang sebenar
3. Melatih kemahiran menyembelih kepada pelajar
4. Mengisi program lepasan PMR


Taklimat mengenai tatacara sembelihan dan adab-adabnya


Pelajar mencuba sendiri pengalaman menyembelih ayam



AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:32:00 PTG | No comments
Prog : Kem Pemantapan shasiah Pelajar 2010
Tempat : PLKN Tegas Mesra Ijok Selama Perak
Tarikh : 8-10/11/2010
Anjuran : Unit Pendidikan Islam PPD Kerian
Peserta : 10 Orang Pelajar dari Sekolah Menengah sekitar Daerah Kerian




AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

Peperiksaan Azhariah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:20:00 PTG | No comments
Minggu ini bermula 8.11 yang lalu pelajar tingkatan 2 dan 4 sekali lagi berhadapan dengan peperiksaan. Kali ini melibatkan peperiksaan awam Jabatan Agama Islam Perak iaitu peperiksaan Idadie dan Thanawi. Seramai 78 Calon menduduki peperiksaan ini yang terdiri 43 Calon idadie dan 35 Calon Thanawi.
Lensa pelajar ketika menjawab kertas peperiksaan ini.




AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

03 November, 2010

LENSA PROG TEKNIK MENJAWAB KERTAS THANAWI (NAHU SOROF)

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:27:00 PTG | No comments
Tarikh : 2 nov 2010
Hari : Selasa
Jam : 8.30 mlm






AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates