TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

31 Mac, 2011

Team Sepak Takraw HEBAT

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:33:00 PTG | No comments
BAGAN SERAI, 31 MAC 2011. SABK Al-Hidayah buat pertama kalinya menghantar penyertaan ke kejohanan sepak takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) yang berlansung di Dewan Serbaguna Pasar Awam Bagan Serai. Penyertaan kali ini hanya melibatkan pasukan bawah 15 tahun. Sekolah ini telah diundi berada dalam satu kumpulan dengan SMK Alang Iskandar dan SMK Bagan Serai.
Pasukan sekolah ini telah bermain dengan baik diperingkat kumpulan sehingga berjaya menewaskan seteru dalam kumpulan. Dengan mengumpul mata penuh sekolah ini berjaya menjadi johan kumpulan dan bertemu dengan SMK Seri Perak di peringkat suku akhir.
Bermain dipusingan kalah singkir ini, pasukan sekolah telah mengandakan usaha untuk menang dan berjaya menewaskan SMK Seri Perak dengan 3-1.
Pusingan separuh akhir menyaksikan pasukan sekolah menentang SMK Muzaffar Shah yang memperlihatkan aksi yang mantap sehingga mampu mengekang kemaraan Al-Hidayah. Sekolah ini tewas dengan kiraan mata perlawanan yang agak tipis.
Perebutan tempat ketiga juga sengit yang mempertemukan sekolah ini menentang SMK Alor Pongsu yang ditewaskan SMK Abu Bakar AlBaqir. Dengan perlawanan yang banyak dan memenatkan, pasukan ini sekali lagi terpaksa akur tewas dengan kiraan mata yang memihak kepada lawan. Namun pasukan sekolah telah menunjukkan peningkatan yang ketara dan cukup hebat untuk terus bersaing di tahun akan datang menentang pasukan dari sekolah lain yang telah lama dalam kejohanan ini.
Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan juara tahun lalu, SMK Abu Bakar AlBaqir (SABAR) menentang SMK Muzafar Shah yang berkesudahan SABAR memenangi perlawanan dan seterusnya diistiharkan juara bawah 15 bagi daerah Kerian.

Foto pertandingan









VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

26 Mac, 2011

MTQ 2011 DIADAKAN SEDERHANA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:15:00 PTG | No comments
PARIT BUNTAR, 26 MAC 2011. Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) bagi sekolah-sekolah menengah daerah Kerian diadakan secara sederhana dan melibatkan hanya beberapa acara yang hanya melibatkan peserta yang sedikit. MTQ kali ini diadakan buat pertama kalinya di SMK Panglima Bukit Gantang SMKPBG setelah penganjur ingin menukar angin penganjuran sebelum ini dari SMKA Kerian.
MTQ kali ini hanya mempertandingkan acara tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan dan satu acara baru iaitu Kuiz Modal Insan. Bagi semua acara melibat peserta lelaki dan perempuan kategori menengah. Hampir 200 peserta dari 21 sekolah meliputi semua acara yang dipertandingkan beradu nasib merebut tempat untuk mewakili daerah Kerian ke pertandingan MTQ Peringkat Negeri.
Pertandingan bermula sedikit lewat berikutan pergerakkan peserta dan hakim yang terbatas berikutan keadaan hujan yang lebat dan terpaksa berdepan dengan kawasan sekolah yang dinaiki air.
Pengetua SMKPBG dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Unit pendidikan Islam PPD Kerian kerana sudi memilih sekolah ini sebagai tempat pertandingan buat pertama kalinya. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada peserta yang mampu menunjukkan keupayaan dan memenangi acara yang disertai.
Majlis penutup dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Perak Ustaz Abd Samad Shari. Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang setiap acara. SMK Abu Bakar AlBaqir dinobatkan sebagai juara keseluruhan berdasarkan kutipan mata hasil dari memenangi banyak acara yang dipertandingkan.



Syarahan Lelaki


Barisan Hakim Syarahan Perempuan


Peserta Tilawah Al-Quran di dewan urama


Kuiz Modal Insan


Peserta Syarahan Perempuan


Ketibaan Perasmi diiringi Pengetua SMKPBG


Hadirin yang memenuhi dewan


Tetamu undangan bersama perasmi


Ustaz Abd Samas ketika memberi ucapan perasmian


SMK Abu Bakar Al Baqir Juara Keseluruhan


Peserta dari Al-Hidayah bergambar di akhir pertandingan


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

23 Mac, 2011

SPM YANG CEMERLANG

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:34:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 23 MAC 2011. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini telah mencatat keputusan yang cemerlang bagi SABK Al-Hidayah. Keputusan yang diluar jangkaan ini amat mengembirakan seluruh warga sekolah dengan pencapaian yang amat memberansangkan. Dengan kuputusan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.68 telah meletakkan sekolah ini di tangga ketiga bagi daerah Kerian, ke 4 bagi seluruh SABK Perak dan ke 46 diperingkat negeri.
Pengetua Tn Hj Mohd Said Hasnik dalam reaksinya selepas mengetahui keputusan ini, merakamkan jutaan tahniah kepada calon yang berjaya dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjana keputusan yang cemerlang ini terutama dari kalangan guru yang tidak ada penat lelah mendidik pelajar sehingga mampu mencatat keputusan seperti ini.
Beliau turut gembira dengan keupayaan pelajar yang telah mampu membuktikan bahawa sekolah agama juga boleh bersaing dengan sekolah-sekolah menengah biasa.
Sekolah ini yang masih mendaki untuk maju namun berupaya mencatat keputusan yang baik dan cemerlang. Ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan keputusan.
SPM tahun lalu merupakan peperiksaan sulung kepada sekolah ini setelah sekian lama tiada calon yang mendaftar untuk bersekolah di sini. Analisis peperiksaan yang dibuat mencatatkan matapelajaran Sains mencapai 100% lulus. Manakala matapelajaran lain di paras kelulusan 80% ke atas dengan kejayaan seramai 3 orang mencatat 8A, 2 orang 7A, 2 Orang 6A dan 3 orang 5A.
Pelajar yang ditemui turut menzahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehi. Dengan keupayaan dan kemudahan yang terhad, sekolah ini mampu memberi pendidikan yang berkualiti sehingga mencapai kejayaan seperti ini
Guru-guru yang terlibat secara langsung menjadi tenaga pengajar pelajar SPM turut merakamkan ucapan syabas kepada calon yang berjaya.

Berikut sedutan foto dan kata-kata pelajar ketika ditemuramah mengenai kejayaan mereka



Pelajar ketika mengambil keputusan


Berbual dan saling berterima kasih dengan kejayaan ini


Siti Norfarahim Khairuddin 8A
" Syukur tidak terhingga, kejayaan yang mengejutkan! Insyaallah saya akan menyambung pelajaran selepas ini. Terima kasih guru, rakan-rakan semua.

Norsyahirah Kamaruzaman 8A
"Saya teruja dengan keputusan ini, saya bersuyukur dan nak hadiahkan kejayaan ini untuk ibubapa dan para guru yang mendidik saya"



Nor Atikah Sahari 8A
" Tak percaya, namun alhamdulilah syukur dengan keputusan ini. Kejayaan ini adalah dorongan ibubapa, guru-guru dan rakan yang banyak membantu"


Siti Mursida Mhd Nordin 7A
" Rasa tak percaya dengan keputusan ini, kejayaan ini dicapai dengan banyak buat ulangkaji, latih tubi dan beri tumpuan di dalam kelas"


Nurul Nadzirah Saripudin 5A
" Keputusan yang buat saya terkejut, semoga sekolah ini akan terus maju dan melahirkan ramai lagi pelajar cemerlang"

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

05 Mac, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH SABK

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:33:00 PTG | No comments
SEMANGGOL, 5 MAC 2011. Satu kursus kepimpinan telah diadakan kepada para pengawas sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian bertempat di SABK Ehya Assyariff di sini. Kursus yang dianjurkan oleh unit HEM sekolah berkenaan telah mengumpulkan wakil-wakil pengawas sekolah dari sekolah SABK dalam daerah Kerian.
Antara sekolah yang menghantar peserta selain dari sekolah tuan rumah adalah SABK Al-Hidayah, SABK Shamsul Maarif, SABK Al-Falah dan Maahad ArRidhwan.
Penolong Pengawai PPD HEM En Ahmad Fisal Shafiee yang berkesempatan merasmikan program merakamkan tahniah kerana usaha menganjurkan program ini sebagai pendedahan kepada semua pengawas sekolah yang bertugas di SABK adalah satu perkara yang amat baik.
Beliau turut mengharapkan pelajar yang dipilih mengikuti kursus sehari seperti ini dapat menimba pengetahuan untuk dipraktikan di sekolah masing-masing. Tambahnya lagi, pengawas sekolah perlu mempunyai keyakinan dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.


Pengawas dari SABK Al-Hidayah mendaftar diri


Antara peserta yang mengikuti kursus


Perasmi En Ahmad Fisal bersama PK Ehya Assyariff

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

02 Mac, 2011

SEMINAR INTERGRITI PPD KERIAN 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:55:00 PG | No comments
Sumber Foto : PPD Kerian

Program : Seminar Intergriti Warga Pentadbiran Sekolah PPD Kerian
Tarikh : 1 Mac 2011
Tempat : Dewan Arumugam Pillai ILP Transkerian
Perserta : Pengetua, Penolong Kanan dan Kaunselor sekolah


Menyambut ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian
Mat Lazim Idris


Kelihatan Pengetua Tn Hj Mohd Said di program tersebut

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

01 Mac, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN TAKRAW

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:44:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 1 MAC 2011. Pasukan sepak takraw sekolah SABK Al-Hidayah telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan dari SABK Shamsul Maarif Tanjung Piandang bertempat di dataran takraw sekolah ini. Perlawanan yang telah diadakan ini adalah salah satu siri perlawanan persahabatan bagi mempersiapkan pasukan sepak takraw sekolah menghadapi pertandingan sukan sepak takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) yang akan berlansung pada penghujung bulan Mac ini.
Menurut pengurus pasukan Jupri Sanhosi, perlawanan persahabatan ini diadakan bagi melihat keupayaan pemain dari posisi yang telah ditetapkan kepada setiap pemain. Disamping itu menurutnya, perlawanan ini adalah sebagai pemanas badan untuk mempersiapkan stamina pemain menghadapi pertandingan sebenar. Ujarnya ketika ditemui sewaktu sesi perlawanan.
Turut tidak ketinggalan, wakil guru sekolah ini menentang pasukan pilihan sekolah terbabit sebagai melayan kunjungan mereka ke sekolah ini.


Pertandingan persahabatan


Aksi tekong SMAAH


Aksi tekong SMASMW


Pertemuan yang bermakna


Lawan yang sepadan kata Pengurus ( berbaju biru )

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

SIRI MOTIVASI PENINGKATAN KENDIRI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:17:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 1 MAC 2011. Satu program motivasi peningkatan kendiri pelajar khusus untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 SABK Al-Hidayah yang dirangka oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah ini telah dijalankan pada pagi tadi. Dr. Azhar Bahari selaku penceramah jemputan yang juga merupakan pengasas pusat tahfiz Akhlakiah Bagan Serai telah sudi hadir menyampaikan ceramahnya.
Program yang dipengerusikan oleh pelajar Munira Abd Razak ini bermula tepat jam 9.00pagi. Menurut bahagian UBK sekolah ini, program motivasi ini merupakan permulaan kepada siri-siri motivasi yang akan datang dalam usaha memperkasa kemampuan pelajar untuk belajar dan mencipta kejayaan diri dan sekolah.
Ketika menyampaikan sesi motivasinya, Dr Azhar banyak memberi kesedaran mengenai cabaran dan halatuju remaja yang merupakan pelajar di peringkat menengah. Beliau menyentuh peranan yang harus dimainkan oleh seorang pelajar untuk maju dan berjaya dalam hidup di masa akan datang.
Menurutnya lagi, pelajar harus mempunyai perancangan yang jitu mengenai masa depannya, dan perlu tahu mengurus kehidupan untuk lebih baik dan teratur. Beliau turut melahirkan rasa bangganya kerana pelajar yang bersama di sesinya yang dahulu telah mampu mencipta kejayaan dan menaikkan nama sekolah ini.
Sesi motivasinya turut diselangi dengan aktiviti ke arah meningkatkan kendiri dan keyakinan pada diri pelajar untuk bermotivasi menerima ilmu. Beliau mengakhiri sesi motivasinya dengan rangkuman doa dan pengharapan agar semua pelajar mampu berubah dan menjadi pelajar contoh dan cemerlang.

Sedutan ceramah motivasi bersama Dr Azhar Bahari


Harap maaf audio kurang memuaskan


Dr Azhar ketika menyampaikan sesi motivasi




Pelajar terdiri dari tingkatan 3,4 dan 5


Pelajar memberi perhatian kepada sesi motivasi



Menggunakan paparan grafik komputer


pelajar membuat tugasan yang diarahkan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates