TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

26 Mei, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI GURU 2011 KERIAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:04:00 PTG | No comments
SUNGAI DUNGUN, 26 MEI 2011 - Satu majlis bacaan yasin dan tahlil sempena sambutan hari guru tahun ini telah diadakan di Masjid Sungai Dungun Bagan Serai. Unit Pendidikan Islam PPD Kerian diberi tanggungjawab mengelola majlis ini dengan kerjasama pihak pengurusan masjid. Majlis yang bermula pada jam 7.00 malam ini telah menghimpunkan pegawai-pegawai pelajaran daerah bersama hampir 500 warga pendidik daerah Kerian.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pungsu Bagan Serai YB Dato Sham Mat Sahat yang juga turut sudi menyumbangkan peruntukan untuk jamuan dalam majlis ini.

Disamping itu, turut sama hadir Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak Ustaz Abdul Samad Shari. Pegawai Pelajaran Daerah En Mat Lazim Idris dan pimpinan induk pejabat pelajaran daerah Kerian.

En Mat Lazim dalam ucapan ringkasnya merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang turut sama hadir memeriahkan majlis dan kepada penyumbang dana program terutama ADUN Alor Pongsu yang sudi membantu.

Menurutnya lagi, berbagai program telah diatur dalam memeriahkan lagi sambutan hari guru bagi daerah ini. Antaranya kempen derma darah, lawatan ziarah bekas-bekas guru, sukan warga pendidik dan bacaan yasin ini.



Ustaz Abdul Rahman, En Mat Lazim dan Ustaz Abdul Samad


Kelihatan YB Dato Sham duduk bersama pimpinan PPD Kerian

Hadirin magambil tempat sebelum bacaan dimulakan


Kelihatan Ketua Sektor duduk bersama Pegawai PPD Kerian


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

IHTIFAL IPA KERIAN 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:39:00 PTG | No comments
PARTI BUNTAR, 21 MEI 2011- Unit Pendidikan Islam PPD Kerian telah menganjurkan ihtifal Institusi Pendidikan Agama (IPA) bertempat di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK Al-Falah di sini. Pertandingan yang disertai oleh peserta dari sekolah-sekolah menengah yang menawarkan pendidikan agama dan bahasa arab. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMKA , Kelas Aliran Agama (KAA), dan SABK daerah Kerian.
Antara acara yang dipertandingkan seperti Kalimatus Sobah, Hiwar, Kuiz Bahasa Arab, Kuiz Ilmu Wahyu dan Hafazan Surah Al-Baqarah.
Menurut penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian, Ustaz Abdul Rahman Abd Hamid merangkap pengelola pertandingan, program ini bertujuan mencungkil bakat para pelajar aliran agama dengan kemahiran berbahasa arab dan hafazan Al-Quran. Disamping itu juga, pelajar diuji dalam kuiz pengetahuan agama yang merujuk bidang-bidang utama Pendidikan Islam.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Unit Bahasa Arab Jabatan Pelajaran Perak Ustaz Abdul Kahar Bin Awang Karim.











VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

24 Mei, 2011

Percubaan Radio Sekolah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:29:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 24 Mei 2011- Unit Media Penerbitan sekolah telah mengorak langkah dengan menyediakan satu lagi medium penyampaian maklumat yang baru. Medium yang dimaksudkan adalah pelancaran radio rasmi sekolah yang telah mula beroperasi hari ini. Menurut penyelaras unit media En. Mohd Shahril Ibrahim, melalui kemajuan capaian internet ini digunakan sepenuhnya oleh unit ini untuk menyediakan medium yang pelbagai sebagai usaha menyampaikan maklumat kepada umum berkaitan sekolah ini.
Penubuhan radio ini mungkin suatu yang baru bagi warga sekolah ini, namun radio online ini telah lama wujud dan terdapat begitu banyak radio online yang beroperasi 24 jam sehari. Ditanya lanjut mengenai objektif utama diadakan radio online ini, radio ini digunakan untuk menyampaikan visi misi sekolah kepada umum dengan cara yang lebih santai dan diselang selikan dengan ucapan-ucapan serta siri ceramah disamping hiburan berunsur Islam. Sesuai dengan tag pengenalannya Ceria Meriah dan Dekat KepadaNya, radio ini akan mengetengahkan isi penyampaian berunsur Islam dan mendidik jiwa. Program dan lagu-lagu yang disiarkan sewaktu ke udara juga akan difokuskan kepada proses mendidikan pelajar dan pendengar ke arah tuntutan agama. Waktu siarannya buat masa ini hanya akan ke udara pada jam 8.00-10.00 pagi setiap hari. Namun siaran juga boleh diikuti pada masa lain yang tertentu mengikut keperluan.

Radio ini boleh dicapai melalui sini atau laman web ini http://alhidayahradio.listen2myradio.com/

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

23 Mei, 2011

Kuala Kurau, 23 Mei 2011- Dua orang pegawai dari bahagian audit Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkunjung ke sekolah ini dalam rangka membuat sesi audit kepada beberapa bahagian pengurusan sekolah. Antara tumpuan utama yang diambilkira adalah bahagian keselamatan, kebersihan dan penyediaan makanan asrama.



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU SAYUTI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:10:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 21 MEI 2011- Seorang warga pendidik sekolah ini telah mengambil peluang menamatkan zaman bujangnya dengan pilhan hatinya sebelum mengharungi masa cuti persekolahan bagi mengikuti interaksi pengajian. Warga sekolah mengucapkan selamat pengantin baru kepada En Mohd Sayuti Mohd Yusuf dengan pilihan hatinya Farihah binti Ismail.


Majlis kenduri sebelah pihak perempuan di Parit Sungai Setar Parit Buntar

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

16 Mei, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:27:00 PG | No comments
Kuala Kurau, 16 Mei 2011- SABK Al-Hidayah sekali lagi turut sama mengadakan sambutan Hari Guru sepertimana sekolah lain juga. Melalui jawatankuasa yang dibentuk beberapa pengisian telah dirancang dalam mengadakan sambutan ini. Bermula jam 8 pagi, majlis dimulakan dengan sesi perhimpunan yang diisi dengan bacaan perutusan, ucapan pengetua, nyanyian lagu guru malaysia, lagu tema hari guru 2011 dan bacaan ikrar guru.
Teks perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En Azahar Abu Bakar, manakala perutusan Pengarah Pelajaran dibaca oleh Penolong Kanan HEM En Nazruddin Ab Rasid.
Dalam sesi ucapan Pengetua Tn Hj Said Hasnik, beliau menekankan kepada tugas guru sebagai pelaksana kepada dasar yang dibuat kerajaan. Guru merupakan insan penting dalam menjana dan melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Pengiktirafan yang tinggi kepada guru adalah berdasarkan tugasnya mendidik dan mengajar anak bangsa untuk membentuk masyarakat yang berkemahiran.
Nilai-nilai seperti jujur, akauntibiliti dan mengawal emosi amat penting kepada diri individu seorang guru agar dapat menjadi role model kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia dengan menjaga nama baik dan berkhidmat secara profesional dalam tugas.
Majlis ini turut diserikan dengan persembahan pelajar dan juga pertandingan mencipta kad dan ucapan dari setiap kelas kepada semua guru. Guru-guru turut saling bertukar-tukar hadiah dan menerima hadiah dari para pelajar.

Petikan Ucapan Hari Guru oleh Pengetua



Download Ucapan Di SINI



Barisan guru perempuan


Barisan Guru lelaki menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema


Bersiap untuk perarakan masuk

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

05 Mei, 2011

LENSA LAWATAN PRA PENYERAHAN ASRAMA LELAKI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:59:00 PG | No comments
PROGRAM : LAWATAN PRA PENYERAHAN ASRAMA LELAKI
TARIKH : 3 MEI 2011
KEHADIRAN : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KPM, UNIT PEMBANGUNAN JPN PERAK, PENGETUA, PK, PENYELIA ASRAMA DAN WAKIL KONTRAKTOR








VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates