TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

31 Oktober, 2009

Tarikh Akhir Dah berlalu ....

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:01:00 PTG | No comments
Hari ini 31 Okt 2009, tarikh akhir penghantaran borang kemasukan ke tingkatan 1/ 2010. Dalam sampul di mana tersimpannya borang yang telah dihantar hampir menyampai target kemasukan. Namun semua borang itu akan melalui proses pemilihan melalui ujian yang bakal dijalankan. Nantikan surat panggilan ujian yang dijadualkan akan diadakan 2 Dis 2009. Bagi yang menghadapi masalah dalam menghantar borang ataupun ingin maklumat tambahan sila rujuk info kemasukan.
Bagi pelajar yang ingin memohon masuk ke sekolah ini dari aliran biasa atau aliran agama selain darikemasukan tingkatan 1, sila rujuk PPD atau hubungi pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

28 Oktober, 2009

Pelajar yang dapat Hidayah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:00:00 PTG | No comments


Minggu ini giliran saya sebagai guru bertugas mingguan, 'couple' saya masih dalam cuti bersalin, kena la bertugas macam biasa ... memerhatikan kegiatan pelajar. Sepanjang minggu nie .. berlansung peperiksaan akhir tahun 2009. Setiap hari pelajar tingkatan 1,2 dan 4 akan menduduki kertas peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan di dalam jadual. Bergilir-gilir guru yang bertugas sebagai pengawas mengambil tempat melaksanakan tugas mengawasi setiap kertas peperiksaan. Sedikiit merumitkan apabila tingkatan 1 terpaksa menduduki pepriksaan di bawah khemah berikutan tempat yang dijanjaikan digunakan pihak lain. Namun semua itu tidak menghalang dari berlansungnya peperiksaan. Sedikit kesulitan memaksa pengawasan dari guru bertugas bertambah. Komeitmen semua amat dihargai dalam memastikan perjalanan peperiksaan berlansung dengan baik.
Disamping itu, bagi kelas tingkatan 3 yang telah menduduki PMR diisi dengan pelbagai program bagi mengisi masa lapang mereka, antaranya program rentas desa, menonton filem, melayari internet, dan banyak lagi.


Disebalik semua yang sedang berlansung ini, sekolah turut didatangai oleh para waris dan pelajar dari SMA At Tahzib yang ingin memohon untuk masuk belajar ke sekolah ini. Pihak Unit Pendaftaran memberi penerangan berkaitan prosedur dan keperluan untuk masuk ke sekolah ini. Ada yang datang dengan cara yang menunjukkan ingin belajar di sekolah agama, ada yang datang namapak macam bukan pelajar sekolah agama. Pihak sekolah amat menitik beratkan keprihatinan pelajar tentang disiplin dan penampilan. Jika datang dengan baik akan disambut dengan baik, jika menunjukkan sebaliknya maka wajarlah soalan dari pengetua seperti ini ' Kamu ini masih pelajarkah'? . Bagi yang datang berunding bersama waris masing-masing, pihak sekolah sedia memberi penerangan. Saya bagi pihak sekolah amat berharap agar kepadapihak yang ingin memohon masuk menunjukkan minat untuk mendokongi motto sekolah 'menjana generasi murabbi'.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNyaNak

23 Oktober, 2009

Seminar Votek Untuk Ting 3

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:08:00 PTG | No comments
Hari ini, satu lagi program diadakan khusus untuk pelajar tingkatan 3, lepasan calon PMR 2009. Unit kaunseling telah berusaha mendapatkan Kaunselor dari SM teknik Kerian untuk hadir menyampaikan ceramah berkaitan kemasukkan ke sekolah Teknik. Cikgu Zaini yang merupakan Kaunselor SM teknik telah berkesempatan hadir menyampaikan ceramah kepada semua bekas calon PMR 2009 sekolah ini. Ini satu usaha murni unit kaunseling dalam usaha mengisi masa lapang selepas peperiksaan pelajar ini. Ada banyak lagi program yang dirangka bagi calon PMR 2009 ini. Jom layan foto istimewa ini .. Than you Latifah ...



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

22 Oktober, 2009

KOLEKSI SANTAI @MAKAN-MAKAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:44:00 PG | No comments


ZIARAH US ROSTANI


MAKAN @DESAPERMAI BS

GURU 'BUJANG' @PIZZAHUT

PENGETUA DI MAJLIS ANUGERAH GEMILANG PPD KERIAN


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

20 Oktober, 2009

Peperiksaan Percubaan Idadie dan Thanawi

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:23:00 PG | No comments
Peperiksaan Percubaan Idadie dan Thanawi sedang berjalan bermula hari ini 20 okt hingga Jumaat ini 23 Okt 2009. Ini adalah inisiatif sekolah bagi mendedahkan kepada pelajar akan suasana peperiksaan dan persiapan bagi calon yang akan menghadapi peperiksaan sebenar pada 16 Nov nanti. Peperiksaan ini dilaksanakan bagi mengesan kemampuan pelajar dalam persediaan mereka menghadapi peperiksaan.
Selamat menjawab dan selamat maju jaya.



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

17 Oktober, 2009

Aidilfitri dan Pelancaran Portal Web Baru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:03:00 PG | No comments
Alhamdulilah .. semalam telah berlansung dengan jayanya majlis sambutan Aidilfitri sekolah ini dengan dihadiri hampir 300 tetamu termasuk dari kalangan Ahli Lembaga Pengurusan sekolah, PIBG dan ibubapa. Majlis yang bermula sekitar pukul 3 petang itu tamat lebih awal dari yang dijangkakan berikutan makanan yang hampir habis dan tetamu kebanyakkannya datang awal. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Othman, kemudian disusuli ucapan oleh penyelaras ICT, saya la tu ... dan ucapan serta pelancaran portal web baru sekolah oleh Pengetua sendiri. Ada bebrapa 'insiden' yang mencuit hati sepanjang majlis berlansung ... antaranya .. ketibaan lewat 'satay' menyebabkan AJK program dah jadi cuak sebab tetamu dah mula menjamah makanan namun satay masih belum tiba. Selain itu, kebanyakkan guru memperagakan pakaian hari raya, masing2 dengan tema yang tersendiri. Majlis ini juga menggunakan laman blog interaktif sbg medium menyampaikan ucapan, ucapan dapat diikuti secara 'live' melalui blog sekolah dan dibaca oleh semua pengunjung. Siaran secara lansung ini dibawakan yang terbaik oleh warga unit ICT sekolah.Kemeriahan masih berlansung dengan baik walaupun sambutan agak kecil-kecilan sahaja. Terima Kasih pengunjung yang sudi hadir, terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada AJK program yang cukup komited memastikan program ini berjalan lancar. Terutama unit persiapan yang cukup kreatif memperhias dewan.
Jom layan sebahagian foto best majlis sambutan raya di At Tahzib dan Maahad Ridwan .. dan semestinya di Al-Hidayah juga. Nantikan VCD rakaman sambutan dan akan dijual dgn harga RM5/ 1 unit. Terbitan msi creative


tetamu mula masuk dan mengambil tempat ...

Kelihatan Ustaz Radhi berborak dengan tetamu

Blogger bersama team baru sekolah ... sorang tak der nie... mana wan ha ..

PK Hem sekelurga .. tema biru.

Blogger sekelurga .. eden pun nak bergaya.

Hai.. lamanya dok makan .. pi la layan tetamu ...

Ustazah Roshida bersama anak sulungnya... gemuk anak dia...

Pengetua melayan tetamu yaang hadir

PK1 Pn Norashikin dan anaknya. Suami jauh dimata .. mai berdua jer dengan anak.

Yang ini mana isterinya yer... ini Cikgu Sayuti still Single

Bersama DJ dari Sabah, Cikgu Jupri... seorang diri mengendalikan konti. Sedang melihat ucapan yang masuk secara lansung

Penyelia Asrama dengan Isteri dan anak

Pengarah Program Cikgu Marzuki PK3 dan Isteri

Ucapan Penyelaras ICT

Kaum Ibu yang hadir sama


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

15 Oktober, 2009

Post Warga PPD Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:08:00 PTG | No comments



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Anugerah Gemilang Pendidikan Daerah Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:01:00 PTG | No comments
Majlis Anugerah Gemilang PPD Kerian telah diadakan pada malam tadi bertempat di Dewan Merdeka Parit Buntar. Majlis yang disempunakan oleh tim. Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Majlis yang diadakan sebagai pengiktirafan kepada individu dan sekolah yang cemerlang dalam pendidikan.
Sekolah Al-Hidayah turut menerima Sijil Penghargaan kerana telah berjaya mencatat keputusan kelulusan Calon A dalam Pendidikan Islam PMR 2008. Pengetua yang sempat hadir ke majlis tersebut naik menerima anugerah tersebut.
Tahniah.. teruskan usaha kepada semua guru yang terlibat secara lansung dalm menjana kecemerlangan ini.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

12 Oktober, 2009

16 OKT MAJLIS TERBUKA AIDILFITRI SMAAH

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:32:00 PTG | No comments
Jemputan Buat semua warga SMA Al-Hidayah dan ahli keluarga, Warga PPD khusus SPI PPD Kerian, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, Ibubapa dan waris pelajar, masyarakat sekitar sekolah adalah diraikan untuk hadir ke :-

MAJLIS TERBUKA SMAAH
PADA HARI JUMAAT
16 OKT 2009
JAM 3-6 PETANG

'COVER IT LIVE' akan dibuka pada waktu di atas, anda boleh menghantar sebanyak mana ucapan selamat aidilfitri kepada warga sekolah dan akan diikuti oleh tetamu yang hadir

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Yang Gembira dan Yang Tak Gembira

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:50:00 PG | No comments
Hari ini di minggu baru, berbagai rasa dalam perasaan kita .. yang sedih kecewa, gembira semuanya ada. Bagi yang sedang bersedih tu ... jangan lah sampai terasa terlalu kecewa kerana Allah masih bersama kita.. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah maha tahu .. jom kita santai dengan gambar di bawah ini..

Betapa ta'ajub kita melihat gambar ini, tentunya kita kembali menginsafi kejadian milik Allah .. jadi kena teruskan perjuangan.

Ok lah.. apa yang menarik untuk dikongsi pada minggu ini adalah dengan kelahiran anak sulung kepada seorang warga guru nie.. Teh Nur Akmal Kusni, beliau dikurniakan sorang anak lelaki pada hari Jumaat yang lepas. Next Post .. kita cuba dapatkan foto cute baby dia plak yer.. Tahniah dari kami warga sekolah khas buat Teh sekeluarga.
Selamat Mendapat Cahaya Mata. Selamat berehat jaga kesihatan. Hadiah utk anak nanti kami bagi yer...

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

08 Oktober, 2009

Gempa yang kita tahu dan Gempa yang kita tidak tahu

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:42:00 PG | No comments
Hari ini Khamis ... dah 2 minggu berlalu kita menyambut Syawal. Terasa badan masih penat .. semalam sehari memandu ke KL menghantar isteri ke IPG Teknik. Mujur hari nie.. datang bertugas.. tiada jadual. Jadi sempat la rehat sambil buat tugasan maktab.

Oklah .. apa yang saya nak kongsikan bagi post kali ini adalah mengenai satu SMS yang saya terima 2 hari lepas, sehari sebelum ke KL. Dalam seminggu ini kita dikejutkan dengan kejadian malapetaka alam seperti gempa, ribut taufan, tanah runtuh, bangunan runtuh .. dan macam-macam lagi ... Jadi diruang ini saya kongsikan ... Memang agak menarik isi SMS nie.. yang dihantar kepada saya seperti di bawah nie..
"Subhanallah .... Subhanallah .. Gempa di Tasek jam 15:04 Gempa di Padang jam 17:16 Gempa susulan jam 17:58 Esoknya gempa di Jambi 8:52. Anda Lihat Al-Quran surah dan ayat sesuai jam2 tersebut. Moga makin meningkatkan iman dan ketaatan kita pada Allah swt."

Dengan berpandukan jam tersebut cuba rujuk surah dan ayat di dalam al-quran.

Ha.. tentunya difikiran kita .. aihh betul ka? atau hanya rekaan.... jer SMS yang macam nie... setelah saya melihat2 di dalam tafsir al-Quran ternyata ada kebenarannya. Cuma yang saya nak tau sangat ketepatan masa yang dinyatakan .. oleh kerana banyak maklumat saling bercanggah mengenai masa kejadian .. dan masa yg diberikan mengikut waktu antarabangsa. Walau apapun .. saya tidak mencari khilaf masa tersebut . tetapi menginsafi ayat2 Allah yg jelas menyatakan kemusnahan bagi manusia yang berlaku zalim.

preview ayat dan terjemahan

JAM 15:04
Surah Al-Hijr
4. kami tiada membinasakan (penduduk) suatu negeri, melainkan baginya ada masa yang ditentukan.

JAM 17:16
Surah Al-Israak
16. Apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang2 yang mewah (supaya taat) lalu mereka fasik ( durhaka ) sebab itu berhaklah mereka ditimpa siksaan lalu kami binasakan negeri mereka sebinasanya.

JAM 17:58
Surah Al-Israak
58. Tak adalah diantara (penduduk)suatu negeri, melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau menyiksanya dengan siksaan yang keras. Yang demikian itu termaktub dalam kitab.

JAM 8:52
Surah Al-Anfaal
52. Tak ubah adat mereka sebagai adat keluarga Firaun dan orang2 sebelumnya. Mereka kafir kepada ayat2 Allah lalu Allah menyiksa mereka disebabkan dosanya sendiri. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi keras siksaannya .
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

05 Oktober, 2009

Majlis Terbuka @SMA S.Maarif

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:07:00 PTG | No comments
Rumah terbuka atau majlis terbuka sempena Aidilfitri dan juga sempena perayaan-perayaan lain menjadi budaya di negara kita ini. Saya ingin menarik perhatian tentang peripentingnya majlis terbuka ini kepada hadirin dan juga penganjur. Sebenarnya banyak kebaikan dalah mengadakan majlis terbuka ini, disamping menjamu orang makan ianya merapatkan silaturrahim sesama kita. Di situ peluang bertemu dan peluang bertanya khabar. Bagi yang dapat hadir dan berpeluang ada di majlis terbuka dapat bertemu muka dengan kenalan dan sahabat handai yang mungkin telah lama tidak ketemu.
Disamping semua itu, harus diingat mengadakan sambutan majlis terbuka juga menuntut penganjur bekerjasama dengan baik. Segala proses pengurusan program dijalankan dengan teratur dan mengikut plan yang sedia ada dalam mesyuarat. Kerjasama yang baik dalam penganjuran majlis terbuka terutama jika yang mengadakannya itu adalah dari persatuan, kumpulan atau organisasi yang besar lebih perlu kepada komitmen yang baik dari semua jawatankuasa.
Keadaan ini perlu wujud bagi memastikan majlis berjalan dengan baik dan sentiasa ceria. Disebalik tabir kemeriahan sambutan majlis terbuka sebenarnya yang memainkan peranan penting adalah semua AJK yang menjayakannya. Gagalnya sesuatu penganjuran adalah sangat bergantung dengan kerjasama kumpulan sokongan majlis tersebut. Buat akhirnya tulisan saya ini, sama-sama kita bermuhasabah di bulan Syawal ini dengan menilai diri agar sentiasa belajar dari kelemahan dan sentiasa peka dengan tugasan.
Bak kata wonderpet .. Apa yang penting......

Sekian.


Semalam saya sempat menghadiri majlis terbuka SMA Shamsul Maarif Tg Piandang. Ditemani isteri dan anak saya, kami sempat la sampai lebih kurang pukul 10 pagi tiba di sekolah tempat isteri say bertugas ini. Kelihatan agak ramai jugak hadirin yang telah tiba tetapi masih duduk dan belum menikmati juadah yang tersedia di meja. Saya pun risik-risik la .. kenapa masih belum makan, jawab seorang guru di situ, majlsi sedang menantikan jemputan qari Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustaz shamsul Arifin. Selang 10 minit kemudian tibalah jemputan yang dimaksudkan. Majlis pun dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shamsul kemudian diikuti bacaan Al-Quran oleh Ustaz Radzi.
Sejurus itu hadirin pun dijemput untuk menikmati juadah. Saya sempat diajak bersama menikmati juadah bersama jemputan dan wakil dari PPD kerian yang tiba sekitar pukul 11.00 pagi. Sedap jugak hidangan yang disediakan, almaklumlah dah lapar.. makan la banyak. Terima kasih kepada rakan-rakan di SMASMW




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Motivasi sudah .. Baca Yasin pun sudah .. Selamat Menjawab semua

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:35:00 PG | No comments
Pada 3hb yang lepas telah diadakan program motivasi kepada calon PMr, Idadie dan Thanawi yang bakal menduduki peperiksaan masing-masing menjelang bulan 10 dan 11 ini ... Pada kali ini badan kaunseling dan bimbingan sekolah menjemput Puan Nursaadah Bt Ahmad Anuar, Kaunselor dari SMK Methodist untuk menyampaikan kata-kata semangat dan mendorong calon sekolah ini untuk terus bersemangat untuk menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki.
Tahniah kepada unit kaunseling yang sentiasa memberikan input baru kepada calon sebagai persediaan calon yang akan menduduki peperiksaan. Terima kasih kepada penceramah yang sudi datang menyampaikan ceramah. Minta maaf segala kekurangan yang telah sedikit merencatkan peyampaian dari kami AJK teknikal program.
Zoom in gambar menarik sesi program ...



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates