TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

28 Januari, 2012

Seminar Profesionalisme GPI Daerah Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:51:00 PTG | No comments

Bagan Serai, 28 Jan 2012. Seramai 200 orang Guru Pendidikan Islam daerah Kerian mengikuti seminar profesionalisme bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Abu Bakar AlBaqir (SABAR). Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam (PEKDIS) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ini berjaya menghimpunkan guru agama yang bertugas di Sekolah Rendah, Menengah, SABK dan guru-guru jQAF daerah ini.

Menurut penganjur, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua guru Pendidikan Islam daerah ini berkaitan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan Islam untuk menambah ilmu pengetahuan para guru untuk disampaikan kepada para pelajar.

Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Salmiah Binti Sabran Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak. Dalam ucapannya beliau menyentuh mengenai pencapaian keputusan Pendidikan Islam terutama dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Terdapat sekolah-sekolah yang masih ada pelajar yang gagal dalam matapelajaran ini dan menyebabkan pencapaian di peringkat kebangsaan menurun.

Beliau juga menyarankan kepada semua guru Pendidikan Islam agar sentiasa peka dengan keperluan memberi pendidikan dan tidak mengabaikan tugas yang diamanahkan. Setiap guru perlu membuat inovasi bagi meningkatkan kemahiran dari segi penyampaian pengajaran.

Menurutnya lagi, guru Pendidikan Islam perlu meningkatkan kemahiran melalui kerjasama yang padu diantara satu sama lain dan juga bekerjasama erat dengan pengurusan sekolah. Dalam usaha memantapkan pengurusan matapelajaran agar lebih tersusun dan mencapai sasaran, pihak jabatan akan menghantar pegawai untuk membuat pemantauan ke sekolah-sekolah secara berkala.

Turut hadir ke program ini Pegawai Pelajaran Daerah Pn. Ommi Kalsum Mohamad , Pengetua Sekolah SABAR En Abd Khaidir Jailani Mohamad dan penceramah jemputan Ustaz Ahmad Nasim Bin Abd Raof.



Sebahagian guru lelaki yang turut sama


Pn Ommi Kalsum bersama En Abd Khaidir Jailani, Us Abd Rahman dan Us Ahmad Nasim


Pn Hjh Salmiah ketika menyampaikan ucapan


Guru perempuan yang memenuhi dewan


Sesi pendaftaran


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

04 Januari, 2012

Hari pendaftaran pelajar baru 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:40:00 PTG | No comments
KUALA KURAU, 4 JAN 2012. Program pendaftaran pelajar baru tingkatan satu sekolah ini telah mencatatkan sejarah dengan kehadiran penuh jumlah calon yang ditawarkan untuk kemasukan bagi tahun ini. Seramai 70 orang pelajar telah menerima tawaran kemasukan dan menyaksikan tahun pertama sekolah ini menerima kemasukan mengikut ketetapan sebenar.
Pengetua sekolah, Mohd Said Hasnik dalam reaksinya melahirkan rasa syukur dengan peningkatan kemasukan pelajar ke sekolah ini dan mencipta satu lagi sejarah bagi sekolah ini.
Dalam ucapannya lagi, beliau berharap agar semua pelajar yang dipilih mampu menunjukkan keupayaan sebenar untuk mengikuti pengajian di sekolah ini.
Sekolah ini terpaksa menolak lebih banyak lagi permohonan kerana tempat yang terhad. Ini berikutan kekurangan fizikal kelas pembelajaran bagi menempatkan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah ini. Ujarnya ketika sesi ucapan aluan.
Turut diadakan pada hari pendaftaran ini adalah sesi taklimat kepada ibubapa oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd Nazrudin Abd Rasid. Beliau banyak menyentuh berkaitan peraturan sekolah dan asrama serta bantuan-bantuan pelajaran kepada pelajar.
Pelajar baru ini akan mengikuti minggu silaturrahim sebagai orientasi ke peringkat sekolah menengah. Antara program yang akan diadakan bagi mengisi minggu ini seperti sesi bersama pengurusan sekolah, ceramah dan bengkel mempersiap diri untuk mengikuti pembelajaran.

Ikuti ucapan aluan pengetua di sini

Ikuti petikan taklimat HEM di sini


Pelajar baru tingkatan 1 /2012


Bersama ibubapa mendengar taklimat


bersama ibubapa mendengar taklimat

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates