PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:58:00 PTG
| No comments

Bermula 22-31 Ogos ini, sesi persekolahan sedang bercuti pertengahan semester kedua. Cuti yang amat dinanti oleh pelajar dan guru luar yang tinggal jauh dengan tempat bertugas. Cuti sebegini amat diharapkan untuk kembali ke rumah dan bertemu yang tersayang. Begitu jugalah pelajar yang sentiasa menantikan peluang untuk bercuti. Inilah manisnya masa bercuti yang boleh digunakan untuk berbagai aktiviti, bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 7:11:00 PTG
| No comments

Seperti rutin yang kerap dilaksanakan adalah perhimpunan Jumaat. Pada minggu ini 21 Ogos 2009 merupakan minggu di mana saya yang bertugas bersama cikgu Teh Nur Akmal. Pada ucapan minggu ini tiada apa sangat yang disentuh cuma ianya sediit disentuh berkaitan disiplin dan perancangan tahun hadapan, berkaitan dengan program Ramadhan yang bakal dilansungkan. Pada akhirnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang di gambar bawah ini......
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:30:00 PTG
| No comments

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK DAN HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2009 AKTIVITI BULAN INI : 1- TADARUS ALQURAN BERKUMPULAN2- TAHLIL ARWAH OLEH PELAJAR ASRAMA3- 16/9 MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN, MAJLIS BERBUKA PUASA, BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN TARAWIKH BERJEMAAH Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:50:00 PG
| No comments

Dijangka pada Sabtu ini bermulalah Ramadhan 1430H. Kini Ramadhan kembali membawa rahmat dan keberkatannya. Marilah kita semua merebut 'bonus' yang Allah sediakan ini sebanyaknya. Kami warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERPUASA TINGKATKAN AMAL IBADAH JAUHI KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN. MARHABAN YA RAMADHAN. Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 7:18:00 PTG
| No comments

Entri kali ini amat signifikan kerana menarik untuk dikongsi dan dijadikan teladan bagi semua guru yang ada di sekolah ini ataupun yang berada di luar. Saya amat mengkagumi insan ini, kerana kemampuannya memikul tanggungjawab bertugas sebagai guru di sekolah ini yang jauh dari tempat asal beliau. Sebagai rakan baru di Al-Hidayah, beliau merupakan kenalan yang cukup istimewa, kreatif dan aktif. Daya kreativiti beliau dalam usaha membawa pembaharuan...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:58:00 PG
| No comments

Semalam 17 Ogos telah berlansung majlis penyerahan impak syarikat kepada fakir miskin dan anak yatim sekitar kampung berhampiran. Turut juga mendapat bantuan pelajar sekolah ini yang termasuk kategori miskin dan anak-yatim. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dengan ucapan oleh Ustaz Mohd Japeri ( Us fatan) bagi mengalu-alukan kehadiran dan kesudian wakil Syarikat Era Edar untuk mengeluarkan impak dengan memberi bantuan kepada individu sekitar kampung...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:53:00 PG
| No comments

Pada tengahari Jumaat lalu, Blogger telah berkesempatan mengikuti sesi pasang banner kemasukan ke tingkatan 1 bagi tahun 2010. Fuuuuuhhhh .. panas sangat terasa masa pi pasang. dah la dah tengahari 'mendidih' rasanya. Apa nak buat .. keje tetap kena buat. Jom layan foto cantik Kuala Kurau. Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 7:03:00 PG
| No comments

Hari semalam. Jumaat, penghulu segala hari. Lagi seminggu kita semua akan menghadapi Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan yang Allah sediakan sebagai ‘madrasah’ untuk sekelian penganutnya yang Mukmin. Sekali lagi kita berpeluang untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini, namun adakah kita sudah bersedia untuk mengisi Ramadhan kali ini dengan ibadah yang lebih banyak dan mampukah kita mengharunginya dengan tabah dan syukur. Bulan yang difardukan puasa,...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:56:00 PG
| No comments

Ramai yang bertanya siapa sebenarnya Pak Ngah yang dimaksudkan dalam artikel Apa Yang menarik Di Al-Hidayah ? Makanannya ... 1 yang telah lalu .. kali ini dipaparkan wajah Pak Ngah yang dimaksudkan, tentunya ramai bersetuju dengan saya jika saya katakan masakan yang dihasilkan Pak Ngah nie.. cukup sedap .. Betul tak Pak Long (Desapermai)??? Oklah Jom layan foto Pak Ngah... n my gang. Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa ...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:15:00 PG
| No comments

Pada pagi ini saya sempat pegi meninjau gerak kerja pembinaan asrama lelaki yang tidak jauh dengan sekolah. Sebagai pengetahuan pengunjung terutama bekas-bekas pelajar, lokasi pembinaan ini menghala ke Telok Pial, tidak jauh dengan rumah Ustaz Patan. lebih kurang 500m dr bangunan sekolah. Saya akan cuba titipkan gambar2 sekitar pembinaan tersebut pada setiap bulan. Jom layan... Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:06:00 PTG
| No comments

Salam takzim buat semua pengunjung kerana sudi menjengah. Minggu ini antara program yang sedang dijalankan disekolah adalah peperiksaan percubaan PMR dan ujian selaras 2/ Ogos 2009. Kebanyakkan guru sibuk menjadi pengawas dan menyediakan soalan bagi setiap matapelajaran. Nak di ceritakan berbagai ragam guru dalam menghadapi situasi seperti minggu peperiksaan ini. Ada yang tension kerana tak sipa lagi soalan, ada yang tidak puas hati dengan tugasan...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:59:00 PG
| No comments

Dari kami semua warga guru mendoakan semoga semua calon dapat menjawab dengan baik dan cemerlang. Nasihat kami semua agar jaga kesihatan dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Peka dengan alam sekeliling dan sentiasa ceria.Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 12:16:00 PTG
| No comments

Dalam kekhuatiran seluruh warga sekolah dengan merebaknya wabak Influenza A H1N1 ini, beberapa langkah telah diambil dalam usaha menghindarkan wabak ini dari terus menular dengan melibatkan lebih ramai lagi pelajar dan warga sekolah yang akan terbabit.Sebagai mematuhi arahan pihak berkuasa supaya sekolah menubuhkan Jawatan kuasa H1N1 diperingkat sekolah bagi melaksanakan beberapa tugas penting bagi mengelak wabak ini terus merebak dikalangan warga...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 12:02:00 PTG
| No comments

Dari dahulu siapa sahaja yang pernah merasa masakan Pak Ngah Zaki ini cukup teruja dengan keenakan dan kepelbagaian jenis masakannya. Minta sahaja apa yang ingin dimakan mesti boleh dimasaknya. Itulah kenangan yang membuatkan ramai pelajar dan pengunjung yang hadir ke sekolah ini teringat-ingat dengan masakannya. Ramai pelawat yang memuji kebolehan Pak Ngah Zaki dan pekerjanya dalam menyediakan makanan bagi pelajar dan pelawat. Cukup menyelerakan...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 2:20:00 PTG
| No comments

BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG. SILA BUAT UNDIAN PADA BLOG INI.Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:20:00 PG
| No comments

Satu pelawanan ping pong antara ahli kelab telah diadakan pada 1 Ogos yang lau bertempat di dewan sekolah. Pertandingan ini adalah antara aktiviti kelab pin pong yang menemukan antara ahli kelab dan antara kelab yang lain. Antara guru yang terlibat dalam penganjuran ini adalah cikgu Jupri, Cikgu wan Nazri dan Cikgu Sayuti.PEMBERITAHUAN : PIHAK KELAB BADMINTON MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENUNDA PERLAWANAN ANTARA AHLI KELAB YANG DIJADUALKAN 2 OGOS...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:40:00 PG
| No comments

Pagi ini telah diadakan taklimat tergempar berkaitan Selsema Babi yang kini menular di kawasan Kerian. Telah banyak sekolah yang menghadapi isu ini. Dan Daerah Kerian telah mencatatkan 1 kematian. Berikutan itu taklimat tergempar ini khusus utk memberi penerangan kepada semua pelajar dan warga sekolah apakah tindakan yang erlu diambil bagi menghadapai dan menghindari wabak ini dari berjangkit.Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan...
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:37:00 PTG
| No comments
MENGAMBILKIRA PENDAPAT PEGAWAI KESIHATN TANJUNG PIANDANG. SAYA DENGAN INI MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENUNDA PERLAWANAN BADMINTON ANTARA AHLI KELAB BADMINTON, ANATA PEMAIN SEKOLAH DAN PERSAHABATAN GURU YANG DIJADUALKAN PADA 2 OGOS HARI INI. PROGRAM INI DITUNDA KE SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepada...
PENAFIAN