TRONG, 24 Julai 2011. Jabatan Pelajaran Perak melalui Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) telah mengadakan satu program khas bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program yang dinamakan Kem Kecemerlangan Akademik SABK ini memberi tumpuan kepada persediaan pelajar dan guru dalam menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan datang.
Program yang berlansung di SABK Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) ini diadakan bermula 22- 24 Julai yang lalu. Antara pengisian kem ini seperti teknik menjawab dan skor markah matapelajaran kepada calon PMR, ceramah motivasi dan kursus profesionalisme kepada semua guru SABK Negeri Perak.
Kem yang bertujuan memberi peluang kepada para guru dan pelajar untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka cabaran untuk membina persaingan yang sihat dalam bidang akademik. Kem yang diadakan ini turut dihadiri Pengarah Pelajaran Perak, Pegawai-pegawai JPN dan PPD, warga pentadbir dan guru-guru SABK negeri Perak.
Menurut Dato' Mohd Rauhi Mohd Isa Pengarah Pelajaran Perak dalam sesi ucapannya berkata, program ini adalah salah satu platform pendedahan kepada semua warga SABK tentang halatuju jabatan pelajaran untuk memastikan tahun ini negeri Perak akan mencapai kecemerlangan. Semua warga sekolah perlu sedar dan peka dengan keperluan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir ini untuk melaksanakan segala perancangan jabatan pelajaran seperti yang diarahkan.
Menurutnya lagi, warga pentadbiran sekolah perlu mengamalkan sikap terbuka dan sedia merancang serta memastikan perancangan tersebut berjalan mengikut yang ditetapkan. Diakhir ucapan beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kem ini dengan jayanya.
Dalam ucapan perasmian penutup oleh Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak itu menegaskan pentingnya institusi pendidikan seperti SABK ini kembali menjadi pilihan utama masyarakat bagi melahirkan komuniti yang lebih baik dan beramanah.
Beliau turut menyingkap beberapa pengalaman beliau dalam menerima pendidikan yang boleh dijadikan pengajaran oleh remaja masa kini yang telah dapat menerima pendidikan dengan sempurna berbanding zaman dahulu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah cemerlang bagi sekolah yang berjaya mencatat keputusan terbaik bagi peperiksaan PMR yang lalu dan beberapa hadiah untuk mearikan penglibatan pelajar dengan aktiviti kem ini.

Sebahagian calon PMR lelaki

Pengarah bersama barisan tetamu VVIP

Tetamu diarak dengan paluan kompang ke dewan utama

Tetamu bersiap untuk ke dewan besar

pengarah menyampaikan ucapan

Pelajar perempuan mengikuti teknik dan skor markah matapelajaran


Antara guru perempuan yang hadir mengikut ceramah motivasi

Barisan pentadbiran sekolah

En Radzi Ismail Pengetua SMKA Kerian menyampaikan ceramah
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015