TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN
Memaparkan catatan dengan label asrama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asrama. Papar semua catatan

15 Februari, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H dan Pelancaran SUMUR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:05:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 15 Feb 2012. Sempena meraikan sambutan bulan kelahiran Nabi Muhamad SAW, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama unit asrama sekolah ini telah mengadakan sambutan di peringkat sekolah. Majlis yang dimulakan dengan perarakan pelajar dari asrama lelaki ke sekolah dengan laungan selawat beramai-ramai.
Dalam reaksi pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik, program ini adalah merupakan salah satu program yang dilaksanakan setiap tahun sebagai meraikan kelahiran nabi dan memberi pendedahan serta galakan kepada pelajar untuk mengasihi nabi.
Menurut penganjur, program ini adalah salah satu program yang ada di dalam takwim program pendidikan islam di sekolah ini.
Turut diadakan sesi ceramah khas sempena Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan Ustaz Jefri Abu Bakar. Beliau banyak mengingatkan hadirin agar sentiasa mencintai dan mengasihi nabi dengan mengamalkan segala yang diperintahkan dan dipamerkan oleh baginda.
Majlis sambutan diakhiri dengan pelancaran program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) peringkat sekolah. SUMUR meliputi 4 modul utama iaitu berbudi bahasa, mutadayyin (amalan agama), penampilan diri dan aspek jati diri.
Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti kumpulan usrah, sambutan hari kebesaran Islam, Hafazan surah Al-Quran, Qiamullail,Nadwah kepimpinan dan banyak lagi aktiviti kerohanian.
Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Nazrudin Abd Rasid dalam sesi penerangannya, aspek utama yang dinilai adalah kebolehan, pengetahuan, pengamalan dan kepimpinan pelajar tersebut berdasarkan merit yang telah ditetapkan.


Petikan Ceramah Khas Maulidur Rasul



Perarakan pelajar



Ustaz Jefri Abu Bakar ketika menyampaikan ceramah


Pengetua Hj Said Hasnik merasmikan gimik pelancaran SUMUR


Penyerahan fail kumpulan Usrah kepada ketua kumpulan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

14 Disember, 2011

KEPERLUAN PEMBELAJARAN 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:41:00 PTG | No comments
Berikut adalah makluman penting berkaitan keperluan dan bayaran tambahan bagi semua pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan tahun 2012 akan datang. Sila rujuk web sekolah atau boleh muat turun versi word bahan tersebut.

SENARAI KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2012

SENARAI SEMAK PELAJAR ASRAMA 2012

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

18 November, 2011

Majlis Makan Malam Asrama 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:50:00 PG | No comments
Kuala Kurau, 18 Nov 2011- Jawatankuasa asrama telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama sekolah ini. Majlis yang diadakan secara sederhana ini bertujuan meraikan para pelajar asrama dan memberi pengiktirafan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun ini.
Menurut Warden Asrama lelaki Wan Nazri Wan Ishak dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua para pelajar asrama yang telah memberi kerjasama baik dalam mematuhi peraturan asrama. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa asrama bagi tahun ini yang berkhidmat cemerlang bagi memastikan perjalanan asrama dengan aktiviti yang tersusun dan berkesan.
Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar pula dalam ucapannya ringkasnya memberi jaminan bahawa pelajar yang cemerlang akan terus ditempatkan di dalam senarai pelajar yang layak menduduki asrama di tahun hadapan.
Beliau juga berharap agar semua pelajar yang menduduki asrama mampu memberi tumpuan kepada pelajaran sepenuhnya. Majlis yang dihadiri guru sekolah ini turut diserikan dengan persembahan dari pelajar asrama.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pelajar yang menjadi ahli jawatankuasa asrama tahun ini.


Warden Asrama Perempuan
Nur Latifah Mohd Arish menerima cenderama dari Ustaz Azahar


Ahli Jawatankuasa Aspuri menerima sijil penghargaan

Ahli Jawatankuasa Aspura menerima sijil penghargaan


Sebahagian tetamu yang hadir


Sebahagian pelajar lelaki


Warden Asrama Lelaki
Wan Nazri Wan Ishak

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

14 November, 2011

Majlis Penyerahan Bangunan Baharu SABK Negeri Perak

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:01:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 14 Nov 2011. Pada Jumaat yang lalu 11 Nov, telah berlansung majlis penyerahan bangunan baharu kepada semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Perak yang menerima pembangunan di bawah Pakej Ransangan dan Memperkukuh Daya Tahan Ekonomi 2009.

Bertempat di Asrama Baru SABK-Al-Hidayah telah diadakan majlis simbolik penyerahan bangunan baharu kepada 8 buah sekolah yang menerima pembangunan tersebut. 7 buah lagi SABK yang terlibat adalah SABK Al-Falah Tanjung Piandang, SABK Addiniah Jelutong, SABK Ghazali Jawi Grik, Maahad Tarbiah Islamiah Batu 8 Trong, SABK Al-Ulum Syar'iah Selekoh, Maahad Ehyak Diniah Kg. Gajah, SABK Khir Lil Banat Kemunting.

Majlis ini dihadiri oleh Pegawai pembangunan Jabatan Pelajaran Perak yang diketuai oleh En. Saifuddin Asri, wakil pejabat Pelajaran daerah Kerian, pengetua dan wakil sekolah yang terlibat, para kontraktor binaan yang berkenaan dan En. Azman Zainon Abidin dari Arkitek Azman Zainon Abidin selaku perunding pembangunan kepada 8 pembinaan tersebut.

Majlis turut dihadiri wakil dari Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Parit Abas.

Pengetua ketika ucapan aluannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana telah sedia membantu pihak sekolah dalam menyediakan prasarana pembangunan untuk pelajar di kawasan ini.

Menurutnya lagi, dengan bangunan yang diterima ini, pihak sekolah akan berusaha memberi kemudahan asrama kepada semua pelajar sekolah ini khasnya. beliau turut berharap pihak kementerian terus melihat keperluan pelajar-pelajar terutama di kawasan luar bandar seperti ini.

En. Saifuddin dalam ucapan awalnya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang bersedia menjadi lokasi majlis ini. Beliau menyampaikan salam dari pihak kementerian pelajaran yang tidak dapat hadir kerana ada program yang lebih penting. Beliau juga menyatakan bahawa di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 ini, sebanyak hampir RM15 juta diperuntukan kepada projek membina prasarana SABK bagi Negeri Perak, termasuklah bangunan asrama sekolah ini yang bernilai RM3.7 juta. Beliau yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkenaan membuka ruang kepada semua pengetua dan wakil untuk mengemukakan permasalahan pembangunan dan dijawab oleh pihak perunding dan kontraktor.

Penyampaian replika kunci yang tertera senarai nama sekolah yang menerima pembangunan dilakukan oleh pihak perunding En Azman Zainon Abidin kepada En. Saifuddin Asri sebagai mewakili pihak Kementerian Pelajaran Malaysia disaksikan oleh semua yang hadir.

Majlis diteruskan dengan penyampaian bingkai gambar dari kontraktor Pembinaan Mahanoor Sdn. Bhd. diwakili oleh Kamarul Azmi Mohd Sharif kepada wakil JPN Perak dan Pengetua SABK Al-Hidayah Mohd Said Hasnik.

Majlis diakhiri dengan gimik memotong riben yang disempurnakan oleh Saifuddin Asri dengan diperhatikan oleh tetamu yang hadir.




Tetamu dibawa melawat ke sekitar bangunan asrama baru


En. Saifuddin sedia memotong riben sebagai
gimik perasmian bangunan asrama baru


En Kamarul Azmi menyampaikan bingkai gambar kepada pengetu sekolah
sebagai tanda kenangan


Para hadirin sedang berbincang


En Azman menjawab segala permasalahan yang dikemukakan


En Saifudin bangun memberi ucapan


Pengetua menyampaikan ucapan aluan


Bangunan Asrama baru sekolah

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

14 November, 2010

Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:40:00 PTG | No comments
Prog : Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 2010 & Meraikan mantan warden
Tarikh : 14 Nov 2010
Jam : 8.30 malam


TERIMA KASIH
JUPRI BIN SANHOSI
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

21 Oktober, 2010

LENSA LAWATAN KE BANGUNAN ASRAMA LELAKI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:10:00 PG | No comments
LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN ASRAMA BARU SEKOLAH







AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

28 Januari, 2010

VAN BARU .. BARU SAMPAI ...

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:54:00 PTG | No comments
Hari yang dinanti, apa yang nak datang yer... Pagi tadi beberapa orang guru telah pergi mengambil van yang akan menjadi pengangkutan kedua sekolah setelah berjaya mengumpulkan dana yang agak besar. Melalui PIBG sekolah, kutipan telah mula dilancarkan pada awal tahun lalu dan berjaya beroleh van yang pertama dengan harga RM9k, hari ini van yang lebih besar dan masih berkeadaan baik dapat diperolehi melalui kutipan dana berjumlah hampir RM22k. Dengan wang terkumpul sebanyak itu, dapatlah usaha bagi mendapatkan van yang bakal menjadi penguangkutan utama pelajar ke merata tempat dapat dibawa balik ke sekolah.
Dengan adanya van yang baru ini, sedikit memudahkan pelajar untuk membuat aktiviti luar. Tujuan utama kenderaan ini dibeli adalah bagi memudahkan pelajar asrama berulang alik ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Disamping itu ianya juga menjadi kenderaan utama sekolah bagi sebarang aktiviti luar.
Ucapan terima kasih pihak sekolah rakamkan kepada pengurusan PIBG, para ibubapa, para waris dan penderma yang sudi memberi sumbanagn dana untuk pembiayaan membeli van ini.
Terima kasih semua. Semoga sumbangan kita semua dikira sebagai ibadah dan diberkati Allah.
Pada sesi akan datang kita fikirkan bersama keperluan yang lebih penting bagi kemudahan pelajar.

Dua buah VAN hasil inisiatif PIBG



Tertera di kiri dan kanan van tulisan 'PIBG SMA Al-Hidayah'

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates