PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:06:00 PG
| No comments
Salam buat semua pengunjung yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini sekolah ini. Makluman terbaru dari Unit ICT sekolah dengan kerjasama unit Media telah membina borang kemasukan secara 'ONLINE' yang masih dalam percubaan. Dalam usaha menambah baik perjalanan pengurusan sekolah pada masa akan datang, pihak ICT akan terus memikirkan cara terbaik bagi memudahkan semua pihak untuk 'akses' ke sekolah ini. Tujuan utamanya adalah bagi memberi kemudahan kepada semua ibubapa yang jauh dan tidak dapat memperolehi borang dari pejabat sekolah.
Klik
Perhatian :
1. Sila rujuk info kemasukan (kanan blog) dahulu sebelum membuat permohonan
2.Jika memohon untuk kemasukan ke tingkatan satu sekolah ini dengan mengisi borang online sila cetak dan maklumkan pihak sekolah dengan SMS Nama Pelajar ke Unit ICT 0125734835 untuk semakan. Tarikh Tutup permohonan masuk tingkatan 1 /2012 adalah
sebelum 25 Nov 2011 *Pihak ICT mengesan cetakan bermasalah. Masalah akan cuba diperbaiki VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:00:00 PTG
| No comments
Pada hari Rabu yang lalu, telah berlansung Karnival ICT dan Broadband Daerah Kerian yang bertempat di SM Teknik Kerian Bagan Serai. Karnival yang dianjurkan oleh pasukan Fasilitator Schoolnet daerah Kerian dengan kerjasama Unit ICT PPD Kerian manarik pelbagai pihak untuk mempamerkan kemudahan teknologi masing-masing. Antara pengisian karnival yang berlansung sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini adalah pertandingan 'Power Point' bagi sekolah rendah, Pertandingan penataan video korporat sekolah bagi Menengah Atas, pameran peralatan dan kemudahan ICT terkini, pameran TM dan kuiz TM, pameran astro luar kampus, syarikat telekomunikasi dan pendedahan kursus berkaitan ICT oleh institut pendidikan tinggi.
Pelajar dan guru ICT dari semua sekolah daerah Kerian dijemput untuk hadir ke karnival ini sebagai pendedahan kepada kumpulan pelajar mengenai kemajuan dan kemudahan yang ada berkaitan ICT pada masa kini.

Barisan tetamu kalangan pegawai-pegawai bahagian pelajaran daerah Kerian

Bersama guru ICT SK MatanG Gerdu

Kuiz TM berkomputer

Kecanggihan ciptaan pelajar berkaitan F1

pelajar mendaftarkan diri untuk kuiz TM

Pendaftaran bagi Kampus ASTRO
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:53:00 PG
| No comments
Hari ini ada beberapa program yang disertai pelajar sekolah ini. Antaranya Kem Matematik dan Sains yang berlansung di Dewan Merdeka Parit Buntar. Selain itu Bengkel Asas Video untuk Pelajar Menengah Atas yang sempat saya ikuti tadi di SM Teknik Kerian.
Bermula pagi tadi seawal jam 8 pagi selepas sesi pendaftaran, para peserta yang terdiri seramai 2 orang pelajar dari semua sekolah menengah sekitar daerah Kerian mengikuti bengkel asas pembinaan video yang dibentangkan oleh Juruteknik Komputer SM teknik.
Bengkel yang dianjurkan oleh Unit ICT PPD Kerian bersama Fasilitator Schoolnet Daerah Kerian ( di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ) ini sebagai pendedahan kepada pelajar mengenai asas membuat sesebuah video. Pembentang menggunakan perisian U-Lead 10 sebagai bahan pendedahan kepada peserta bagi merekabentuk video.
Sekolah ini turut menghantar Mohd Syafiq Mat Isa dan Mohd Noor Iqbal Bahari sebagai peserta yang mewakili sekolah. Dijadualkan pada akhir perbengkelan, peserta akan diberi tugasan sebagai pertandingan iaitu pertandingan mencipta VIDEO KORPORAT SEKOLAH.
Selamat berjaya.
Berikut adalah sorotan foto sewaktu dibengkel tersebut...

Pendaftaran peserta dan guru pengiring

Taklimat bersahaja kepada semua guru pengiring

Peserta mengikuti penerangan penceramah

Sebahagian peserta bersama guru pengiring masing-masing

Kelihatan wakil peserta Al-Hidayah Adik Mohd Syafiq dan Mohd Noor Iqbal

Sesi perbengkelan bermula
p/s ....
Syabas kepada pelajar yang sentiasa aktif dengan aktiviti sekolah
Doa dan harapan semoga 'rakan guru' kita yang menghadapi kesulitan dan sedang diuji dengan 'kehilangan' agar bersabar dan sentiasa bertambah optimis dengan tugas.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 7:26:00 PTG
| No comments
Hasil yang sempat saya siapkan, satu dokumentari mengenai sekolah ini dari awal penubuhannya sehingga sekarang ini. Saya 'copy paste'kan di laman blog ini sebagai tatapan buat pengunjung yang sentiasa menyokong sekolah ini. Ikutilah dokumentari di atas ini untuk lebih mengetahui pendidikan yang ditawarkan di sekolah ini.
Terima kasih, buat sahabat rakan setugas yang menyokong memberi semangat dan bantuan untuk saya menyiapkan dokumentari ini sebagai satu 'kelainan' yang baru di sekolah ini dalam menyambut tahun ke 5 menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada 17 Mei akan datang.
Ini juga satu 'hadiah' kepada 'guru lama' yang telah bersusah payah menjana pelan pembangunan yang dirangka pada awal penyerapan dahulu. Mungkin dalam saya menyiapkan 'tugasan' dari idea PK 1 ini telah menyebabkan sedikit sebanyak tugas saya bersama rakan terganggu. Ampun maaf dari kesulitan yang berlaku.
Tentunya, Cikgu Borhan, Cikgu Din. Ustaz Rostani masih ingat bagaimana kita terpaksa 'berpagian' di bilik kecil dalam pejabat lama, bagi mengerakkan usaha pembangunan, merangka pelan jangka 5 tahun SABK. Kini usaha yang dirangka bersama dahulu semakin menampakkan hasil yang cukup membanggakan. Terima Kasih kepada ' warga baru' yang datang bertugas dengan jiwa seorang pejuang Institusi Agama. Kini kita akan 'bersama' merangka satu lagi pelan strategik bagi 5 tahun akan datang. Tungguuuuu....
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 7:48:00 PTG
| No comments
buat pertama kalinya, saya dan team teknikal sekolah dijemput 'menguruskan' Dj Corner sebuah majlis kenduri di kampung saya. Pertamanya kalinya jugak lah .. kami bersiaran secara lansung mengendalikan konti DJ kenduri .. jenuh jugak nak susun ayat 'slamber' dan susun lagu-lagu berbagai 'genre' biar nampak ceria dan sesuai dengan majlis. Selamat Pengantin Baru kepada pengantin dan terima kasih kerana mengundang kami...
Jom layan jer gambar kami

Tekong DJ .. dgn laptop 'Transformers lerr...

Anak buah turut membantu ...

Suara si Syafiq niee .. belum Power ......
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
PENAFIAN