PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 12:05:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 18 Nov 2011- Sekolah ini turut mengambil kesempatan minggu ini mengadakan majlis penyampaian bantuan khas persekolahan kepada semua ibubapa pelajar. Majlis yang bermula jam 8 pagi tadi diserikan dengan kehadiran En Abdullah Salleh Penyelaras Parlimen Parit Buntar.
Majlis yang berlangsung di Dewan Hj Patan sekolah ini menyaksikan kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengetua sekolah Ustaz Mohd Said Hasnik.
Pengetua dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan dan mengharapkan ibubapa untuk memastikan wang yang diperolehi digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Abdullah Salleh dalam ucapan perasmian majlis, menekankan supaya ibubapa saling bersatu padu dan kembali membantu pihak kerajaan dalam usaha memberi pendidikan kepada anak-anak. Beliau turut menyeru agar semua pihak berganding bahu menyokong usaha murni kerajaan untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak.
Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit dalam usahanya memberi kemudahan pendidikan kepada para pelajar. Antara bantuan yang diterima pelajar seperti wang amanah pelajar miskin, biasiswa pelajar miskin, bantuan khas murid istimewa dan banyak lagi bantuan-bantuan lain berupa barangan keperluan pembelajaran dan sebagainya.
Beliau turut menyentuh tentang pentingnya pengguasaan ilmu agama seperti yang diterapkan disekolah ini kepada anak remaja masa kini. Tambahnya lagi, pendidikan agama amat penting terutama untuk membentuk generasi melayu yang berakhlak dan berketrampilan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cek bantuan PIBG bernilai RM5000.00 dan beliau turut sudi menyampaikan bantuan khas RM100.00 kepada 10 orang waris pelajar.
Foto sekitar majlis, lebih banyak foto di FB sekolah.

Ibubapa sedang menerima wang bantuan

Ibubapa menerima bantuan dan menyemak keputusan peperiksaan

En. Abdullah menyampaikan sendiri bantuan khas

En Abdullah menyampaikan cek bantuan PIBG kepada pengetua

Abdullah ketika menyampaikan ucapan

Kaum bapa yang turut hadir

Kaum ibu yang hadir

Abdullah bersama hadirin
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:50:00 PG
| No comments
Kuala Kurau, 18 Nov 2011- Jawatankuasa asrama telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama sekolah ini. Majlis yang diadakan secara sederhana ini bertujuan meraikan para pelajar asrama dan memberi pengiktirafan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun ini.
Menurut Warden Asrama lelaki Wan Nazri Wan Ishak dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua para pelajar asrama yang telah memberi kerjasama baik dalam mematuhi peraturan asrama. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa asrama bagi tahun ini yang berkhidmat cemerlang bagi memastikan perjalanan asrama dengan aktiviti yang tersusun dan berkesan.
Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar pula dalam ucapannya ringkasnya memberi jaminan bahawa pelajar yang cemerlang akan terus ditempatkan di dalam senarai pelajar yang layak menduduki asrama di tahun hadapan.
Beliau juga berharap agar semua pelajar yang menduduki asrama mampu memberi tumpuan kepada pelajaran sepenuhnya. Majlis yang dihadiri guru sekolah ini turut diserikan dengan persembahan dari pelajar asrama.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pelajar yang menjadi ahli jawatankuasa asrama tahun ini.

Warden Asrama Perempuan
Nur Latifah Mohd Arish menerima cenderama dari Ustaz Azahar

Ahli Jawatankuasa Aspuri menerima sijil penghargaan

Ahli Jawatankuasa Aspura menerima sijil penghargaan

Sebahagian tetamu yang hadir

Sebahagian pelajar lelaki

Warden Asrama Lelaki
Wan Nazri Wan Ishak
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:09:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 14 Nov 2011. Sebagai mengisi ruang masa pelajar sempena majlis penyerahan bangunan asrama baru sekolah ini. Pihak pengurusan akademik telah menganjurkan siri ceramah sempena Aidiladha kepada semua pelajar sekolah. Bertempat di dewan musolla asrama baru telah diadakan ceramah khas Aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Abd Kahar bin Awang pegawai Unit Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam JPN Perak.
Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri pelajar dalam penghayatan erti korban. Para pelajar diberi suntikan semangat untuk terus memperbaiki diri dan mampu mempertahankan agama di masa akan datang. penceramah turut menegaskan kepada pelajar supaya meneruskan pembelajaran agama seperti di sekolah ini sebagai bekalan untuk menempuh masa akan datang.
Beliau turut menekankan kepada pentingnya pelajar sekolah agama seperti sekolah ini menampilkan akhlak terbaik agar menjadi contoh kepada remaja diluar. Pendidikan di sekolah ini yang mementingkan pengetahuan asas pendidikan Islam agar menjadi benteng kepada semua remaja dan menjadi ilmu berguna apabila dewasa kelak.
Menurutnya lagi, keruntuhan akhlak yang berlaku hari ini adalah kerana kurangnya penghayatan terhadap agama Islam. Ramai remaja mula mengabaikan tuntunan wajib sebagai seorang muslim, ini akan mewujudkan masyarakat yang menuju kehancuran.

Pelajar perempuan merasai sendiri menjamu selera
di dewan makan yang baru

Para pelajar memberi tumpuan kepada sesi penyampaian

Ustaz Abdul Kahar ketika menyampaikan ceramah
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:01:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 14 Nov 2011. Pada Jumaat yang lalu 11 Nov, telah berlansung majlis penyerahan bangunan baharu kepada semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Perak yang menerima pembangunan di bawah Pakej Ransangan dan Memperkukuh Daya Tahan Ekonomi 2009.
Bertempat di Asrama Baru SABK-Al-Hidayah telah diadakan majlis simbolik penyerahan bangunan baharu kepada 8 buah sekolah yang menerima pembangunan tersebut. 7 buah lagi SABK yang terlibat adalah SABK Al-Falah Tanjung Piandang, SABK Addiniah Jelutong, SABK Ghazali Jawi Grik, Maahad Tarbiah Islamiah Batu 8 Trong, SABK Al-Ulum Syar'iah Selekoh, Maahad Ehyak Diniah Kg. Gajah, SABK Khir Lil Banat Kemunting.
Majlis ini dihadiri oleh Pegawai pembangunan Jabatan Pelajaran Perak yang diketuai oleh En. Saifuddin Asri, wakil pejabat Pelajaran daerah Kerian, pengetua dan wakil sekolah yang terlibat, para kontraktor binaan yang berkenaan dan En. Azman Zainon Abidin dari Arkitek Azman Zainon Abidin selaku perunding pembangunan kepada 8 pembinaan tersebut.
Majlis turut dihadiri wakil dari Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Parit Abas.
Pengetua ketika ucapan aluannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana telah sedia membantu pihak sekolah dalam menyediakan prasarana pembangunan untuk pelajar di kawasan ini.
Menurutnya lagi, dengan bangunan yang diterima ini, pihak sekolah akan berusaha memberi kemudahan asrama kepada semua pelajar sekolah ini khasnya. beliau turut berharap pihak kementerian terus melihat keperluan pelajar-pelajar terutama di kawasan luar bandar seperti ini.
En. Saifuddin dalam ucapan awalnya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang bersedia menjadi lokasi majlis ini. Beliau menyampaikan salam dari pihak kementerian pelajaran yang tidak dapat hadir kerana ada program yang lebih penting. Beliau juga menyatakan bahawa di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 ini, sebanyak hampir RM15 juta diperuntukan kepada projek membina prasarana SABK bagi Negeri Perak, termasuklah bangunan asrama sekolah ini yang bernilai RM3.7 juta. Beliau yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkenaan membuka ruang kepada semua pengetua dan wakil untuk mengemukakan permasalahan pembangunan dan dijawab oleh pihak perunding dan kontraktor.
Penyampaian replika kunci yang tertera senarai nama sekolah yang menerima pembangunan dilakukan oleh pihak perunding En Azman Zainon Abidin kepada En. Saifuddin Asri sebagai mewakili pihak Kementerian Pelajaran Malaysia disaksikan oleh semua yang hadir.
Majlis diteruskan dengan penyampaian bingkai gambar dari kontraktor Pembinaan Mahanoor Sdn. Bhd. diwakili oleh Kamarul Azmi Mohd Sharif kepada wakil JPN Perak dan Pengetua SABK Al-Hidayah Mohd Said Hasnik.
Majlis diakhiri dengan gimik memotong riben yang disempurnakan oleh Saifuddin Asri dengan diperhatikan oleh tetamu yang hadir.

Tetamu dibawa melawat ke sekitar bangunan asrama baru

En. Saifuddin sedia memotong riben sebagai
gimik perasmian bangunan asrama baru

En Kamarul Azmi menyampaikan bingkai gambar kepada pengetu sekolah
sebagai tanda kenangan

Para hadirin sedang berbincang

En Azman menjawab segala permasalahan yang dikemukakan

En Saifudin bangun memberi ucapan

Pengetua menyampaikan ucapan aluan

Bangunan Asrama baru sekolah
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 4:12:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 3 Nov 2011. Kelab Sepak Takraw SABK Al-Hidayah buat julung kalinya menganjurkan pertandingan sepak takraw jemputan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian. Pertandingan ini yang bermula 1 Nov lalu telah mempertemukan pasukan dan sekolah agama yang berhampiran. Antara sekolah yang turut menghantar peserta adalah dari SABK Ari Ridwan, Ehya Assyarif Bagan Serai dan Shamsul Maarif Tg Piandang.
Usaha mengadakan pertandingan ini turut mendapat kerjasama dari Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian yang sedia membekalkan sijil penyertaan kepada semua peserta. Menurut penyelaras pertandingan En Jupri Sanhosi, pertandingan ini diadakan sebagia usaha mengeratkan lagi silaturrahim di antara sekolah agama di daerah ini.
Selain itu, ianya menjadi landasan kepada kerjasama yang lebih erat bagi setiap program yang akan diadakan di masa hadapan. Menurutnya lagi, pertandingan ini juag untuk melihat bakat terpendam para pelajar dengan kemahiran bermain sepak takraw.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan pertandingan ini termasuk ahli jawatankuasa, para pengadil jemputan dan peserta yang mengambil bahagian.

Salam Pertandingan

Taklimat Pengadil

Team Al-Hidayah

En Jupri Sanhosi
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 3:51:00 PTG
| No comments
KUALA GULA, 4 Nov 2011. Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian telah berganding bahu menganjurkan kem gempur Perdana Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Kem yang bermula 31 Okt dan berakhir 4 Nov yang lalu telah menghimpunkan seramai 75 peserta yang dipilih dari sekolah SABK daerah ini. Antara sekolah yang terlibat termasuklah SABK Al-Hidayah, SABK Al-Falah, SABK Shamsul Maarif, Maahad Ar-Ridwan dan Maahad Ehya AsSyarif.
Menurut penyelaras program Ustaz Abd Malik Hashim, objektif utama kem ini adalah untuk memberi pendedahan asas Bahasa Arab kepada pelajar tingkatan 2 sebelum menghadapi peperiksaannya pada tahun hadapan. Kem ini telah lama dirancang sebagai usaha pihak PPD dan sekolah dalam memastikan pencapaian Bahasa Arab PMR akan meningkat.
Antara pengisian yang dimuatkan adalah siri ceramah teknik mempelajari bahasa arab, menghafal ungkapan, tasrif, membina ayat mudah dalam bahasa arab. Menurutnya, kem ini diselia oleh kalangan guru dan fasilitator dari sekolah yang terlibat.
Dalam ucapan penutupan, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian Us Abd Rahman Hamid melahirkan rasa bangga dengan kemampuan pelajat yang terlibat sebagai peserta kerana telah mampu berbahasa arab dalam mengendalikan majlis penutupan.
Katanya, tujuan kem ini diadakan untuk memantapkan persediaan pelajar untuk menduduki kertas Bahasa Arab ini pada tahun hadapan di dalam peperiksaan PMR 2012. Beliau turut memuji guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator kerana mampu menganjurkan kem ini dengan jayanya.
Beliau turut mengharapkan agar peserta yang terlibat dalam kem ini mampu menunjukkan prestasi yang baik pada tahun akan datang seterusnya mampu mencapai keputusan yang cemerlang.

Us Rahman menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik kem

Us Rahmah menyampaikan sijil kepada wakil sekolah yang menjadi peserta

Us Rahman bersama Us Abd Malik di majlis penutup

Peserta perempuan

Peserta lelaki
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:57:00 PG
| No comments

Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Perak buat julung kalinya telah menganjurkan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat kebangsaan pada 10-13 Okt 2011 yang lalu bertempat di UITM Seri Iskandar.
Program yang diadakan khusus bagi pelajar SABK dari seluruh negara ini bertujuan memberi pendedahan corak kepimpinan dan membina keperibadian pelajar untuk menjadi pemimpin masa depan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah siri ceramah kepimpinan, bengkel, latihan dan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat berhampiran. Seramai 4 orang pelajar dipilih dari setiap SABK seluruh Malaysia berkumpul mengikuti program ini.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tim. Menteri Pelajaran 1, Dato Dr Mohd Puad Zarkashi.
Berikut temubual unit media bersama pelajar yang menjadi peserta dari sekolah ini.

" Saya sangat gembira kerana dipilih menyertai program ini, dengannya saya berpeluang mengikuti program kepimpinan yang disusun"
Nor Alina Mohamad, Ting.4

" Saya amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi dengan diadakan diperingkat sekolah, supaya semua pelajar mampu menjadi pemimpin yang berketrampilan"
Mimi Suhada, Ting.4

" Dari program ini, saya dapat menilai kemampuan diri saya untuk menjadi seorang pemimpin pelajar, saya juga dapat melatih diri untuk membiasakan diri bergaul dengan orang lain"
Mohd Adib Abd Hamid. Ting.4
" Saya dapat banyak pengalaman semasa mengikuti aktiviti ini, seperti berpidato, ceramah kepimpinan dan juga lawatan. Saya juga dapat belajar cara mengurus masa dengan baik."
Asyraf Abd Aziz. Ting. 4
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 2:41:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 30 Sept 2011. Menjelang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula minggu hadapan, unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah sekali lagi mengadakan program khusus untuk calon PMR sekolah ini. Program yang dinamakan majlis mohon restu ini khusus diadakan sebagai persediaan kepada calon PMR untuk menghadapi peperiksaan yang bermula 4 Oktober ini.
Antara pengisian program bagi tahun ini adalah sesi motivasi akhir kepada semua pelajar yang menjadi calon PMR. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas oleh pihak UBK iaitu Ustaz Mohamad Shukri Osman, seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Turut dimuatkan sesi amanat pengetua dan guru-guru matapelajaran kepada semua pelajar. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu motivasi dan gimik menyuap pulut kuning oleh guru kepada pelajar sebagai tanda restu untuk mereka menghadapi peperiksaan akan datang.
Petikan amanat kepada calon PMR 2011

Barisan calon PMR 2011

Guru perempuan menyuap pulut kuning kepada pelajar

Pelajar menjawab soalan penceramah

Us Mohd Shukri ketika berceramah

Pelajar calon PMR mula mendengar ceramah
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:44:00 PTG
| No comments
KUALA KURAU, 15 Sept 2011. Majlis sambutan Aidilfitri SABK Al-Hidayah pada tahun ini telah diadakan dengan memasukkan beberapa acara tambahan bagi memberi peluang ibubapa pelajar untuk hadir bersama memeriahkan majlis. Melalui Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah menyusun program ini dengan turut diadakan bacaan yasin dan solat hajat perdana sempena menempuh peperiksaan awam pada tahun ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En Azahar Abu Bakar bagi memberi gambaran kepada ibubapa tentang tindakan mereka dalam memastikan persediaan peringkat akhir anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan sentiasa diambil berat.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada semua ibubapa untuk sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan anak-anak mereka hadir dan melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru. Diakhir ucapan beliau menegaskan agar ibubapa perlu sentiasa membantu pihak sekolah dalam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.
Majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan solat hajat berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Badrulhisham Mat Rejab. Turut sama hadir di majlis ini ahli-ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Ahli Lembaga pengurusan Sekolah dan juga warga guru sekolah SABK yang berhampiran. Diakhir majlis para ibubapa dan jemputan diraikan dengan jamuan sempena hari Raya Aidilfiti.
Berikut Rakaman penuh ucapan PK Pentadbiran.
Ucapan Wakil PPD melalui rakaman konti
SiniFoto aktiviti

Ibubapa mengaminkan doa selepas solat hajat

Antara hidangan untuk pelajar

Ibubapa menikmati jamun yang disediakan

Pelajar perempuan juga turut serta
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:50:00 PG
| No comments
Kuala Kurau, 10 Sept 2011. Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah telah mengadakan satu lawatan ke beberapa tempat di negeri Perlis. Seramai 39 pelajar diiringi 5 orang guru telah berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar ini. Antara tempat yang sempat dilawati Gua Kelam, Pekan Padang Besar dan taman ular.
Menurut penyelaras program ini En Azhar Yusuf, program yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana tempat menarik yang ada di negeri lain. Disamping itu ianya dapat membuka minda peserta untuk lebih menambah pengetahuan mengenai alam dan suasana sosial masyarakat.
Pelajar yang sempat ditemui memberi pandangan bahawa lawatan ini amat baik kepada mereka kerana ianya memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri tempat menarik yang ada seperti gua kelam dan taman ular. Turut tidak ketinggalan melihat gelagat orang ramai membeli belah di padang besar. Pelajar turut mengakui dengan mengikuti lawatan ini memberi peluang mereka melapangkan fikiran dari hanya berada di sekolah.



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
PENAFIAN