TERKINI DI FACEBOOK
PENTING
12 Oktober, 2010
11 Oktober, 2010
KAJIAN MAKLUMBALAS BAGI PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN SEKOLAH 2011
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 2:18:00 PTG
| No comments
KEPADA SEMUA PARA GURU DAN STAF SEKOLAH .. SILA KLIK DI SINI
UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN BERKAITAN MAKLUMBALAS YANG DIKEHENDAKI
KERJASAMA ANDA AMAT DIALUKAN
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN BERKAITAN MAKLUMBALAS YANG DIKEHENDAKI
KERJASAMA ANDA AMAT DIALUKAN
07 Oktober, 2010
LENSA LAWATAN PENGARAH JPN PERAK KE KERIAN
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:19:00 PG
| No comments
05 Oktober, 2010
LENSA PROGRAM MOHON RESTU PMR 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 3:57:00 PTG
| No comments
Isnin 4 Okt 2010. Hening pagi Isnin amat bermakna bagi seluruh calon PMR sekolah ini. Satu majlis yang penuh bermakna dirancang dalam memberi persediaan kepada bakal calon PMR untuk masuk ke dewan peperiksaan keesokan harinya. Majlis yang diberi nama Mohon Restu ini mempertemukan semua tenaga pengajar PMR dengan calon-calon PMR.
Dimulakan dengan amanat dari Penolong Kanan 1 Mohd Azahar Abu Bakar, beliau dalam ucapanya menyampaikan harapan pihak sekolah agar semua calon dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang akan dihadapi. Beliau turut mengingatkan calon dengan disiplin dan peraturan ketika mengahrungi minggu peperiksaan ini.
Turut diselit, semangat dan motivasi kepada semua calon PMR untuk sentisa memberi fokus kepada peperiksaan yang sedang dihadapi.
Selepas ucapan PK1, giliran guru kelas dan semua guru Matapelajaran menyampaikan ucapan dan tiupan semangat kepada semua calon. Majlis diakhiri dengan nyayian lagu Fikirkan Boleh dan saling bersalaman di antara semua.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

04 Oktober, 2010
MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:27:00 PG
| No comments
Pada Hari Jumaat yang lalu seperti yang direncanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Satu program yang dinamakan Majlis Bacaan Yasin Perdana sempena menghadapi peperiksaan PMR, SPM, Idadie dan Thanawi, turut juga dimasukan sempena memasuki bangunan baru yang bakal diserahkan dalam tempoh terdekat ini.
Majlis yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu, dihadiri para jemputan yang terdiri daripada para waris pelajar, ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), ahli Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan warga masyarakat kampung sekitar sekolah.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pegetua Hj Mohd Said Hasnik yang mengalu-alukan kehadiran semua para jemputan yang sudi meluangkan masa untuk turut sama bersama pihak sekolah meniupkan semangat untuk semua calon yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Menurutnya lagi, Program seperti ini telah menjadi rutin mana-mana sekolah bagi calon yang berugama Islam setelah berusaha mengadakan dan terlibat dengan berbagai program peningkatan akademik dan latih tubi, akhirnya semua kita perlu bertawakal kepada Allah semoga diberi kemudahan untuk menjawab soalan.
Beliau mengakhiri sesi ucapan dengan marakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penderma dan semua pihak yang sentiasa memberi bantuan dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan kesinambungan pendidikan agama di sekolah ini akan terus diperkemas.
Majlis yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Rozi Abd Wahab dimulakan dengan solat hajat kemudian diteruskan dengan bacaan yasin beramai-ramai. Setelah selesai, para hadirin dijamu dengan hidangan jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah melalui sumbangan penderma.

22 September, 2010
Lensa Bangunan Asrama Lelaki
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:11:00 PG
| No comments
Foto yang sempat dirakamkan , ketika saya mengikuti mesyuarat akhir projek pembangunan sekolah. Projek pembinaan asrama lelaki yang bakal memuatkan 200 penghuni ini telah mencapai 75 peratus siap dan dijangka boleh digunakan bermula tahun hadapan.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
20 September, 2010
Lensa Lawatan Pemantauan Akademik oleh wakil JPN dan PPD Kerian
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:51:00 PTG
| No comments
Hari ini seperti yang dinantikan, sekolah dikunjungi oleh pasukan pemantauan akademik yang diketuai oleh Penolong Pegawai PPD Kerian En Abdul Wahid bin Ramli . Turut sama dalam sesi lawatan pemantauan ini adalah Wakil Unit Pendidikan Islam yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Perak Ustaz Baharudin Sulaiman (PPD Batang Padang), Ustaz Zulkefli Mastor (PPD Larut Matang Selama) dan Ustaz Abd Rahman Hamid PPD Kerian
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengetua Hj Mohd Said Hasnik bagi meraikan kedatangan pelawat yang sudi meluangkan masa datang memantau dan memberi khidmat nasihat dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik sekolah ini. Beliau melahirkan rasa bangga dengan kesudian pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam (SPI) ini hadir membantu sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Selesai ucapan pengetua, hadirin dipaparkan video korporat sekolah sebagai penceritaan sekolah ini dari mula penubuhannya sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd Azahar Abu Bakar mengambil tempat membentangkan pencapaian akademik bagi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan PMR 2010 yang lalu. Tumpuan utama yang ingin dilihat adalah persediaan menghadapi dan program peningkatan pencapaian peperiksaan bagi matapelajaran PMR tahun ini. Semua matapelajaran dipaparkan dan dianalisis kekuatan dan kelemahan pencapaian matapelajaran tersebut secara umum
Menurut Mohd Azahar lagi, ada empat matapelajaran yang mengalami keputusan yang agak rendah dan memerlukan perhatian serius dalam memastikan kelulusan yang lebih baik. Matapelajaran tersebut ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains dan Matematik. Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan pencapaian calon bagi matapelajaran ini.
Selesai sahaja pembentangan pencapaian akademik oleh Penolong kanan, satu sesi perjumpaan bersama guru-guru matapelajaran PMR turut diadakan. Semua guru yang mengajar di tingkatan 3 diminta membentangkan keputusan percubaan, menyatakan kekuatan dan kelemahan serta bantuan yang diperlukan bagi memastikan sasaran tercapai.
Sesi perbincangan bersama guru yang mengajar berlansung hampir 1 jam yang menyaksikan segala permasalahan dikongsi bersama pegawai yang hadir.
En Abd Wahid memberi rumusan di akhir majlis dengan memberi peringatan kepada semua warga sekolah untuk sentiasa bekerjsama dengan pentadbiran, sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan sekolah. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga pentadbiran sekolah yang memberi kerjasama terutama pengetua dan penolong kanan pentadbiran yang menyediakan maklumat lengkap mengenai pencapaian akademik sekolah ini.
Majlis ditutup dengan ucapan pengetua yang merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk datang ke sekolah ini. Beliau turut mengharapkan dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.

17 September, 2010
Motivasi Pecutan Akhir
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 2:28:00 PTG
| No comments
Hari ini Jumaat bersamaan 8 Syawal 1431, sudah seminggu berlalu bulan Syawal diraikan. Hari ini sekolah mula buka dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk sesi menghadapi peperiksaan. Semua warga sekolah memulakan tugas yang tehenti seketika untuk melalui cuti sempena lebaran. Selamat kembali kepada semua warga sekolah yang kembali bertugas seperti biasa namun ada sahabat-sahabat kita yang memohon cuti tambahan berikutan berada jauh dan terpaksa mengaharap ruang masa lebih untuk memulakan perlajanan. Tahniah juga kepada yang dikurniakan rezeki, beraya dengan orang baru .. ada yang dapat anak dan ada juga yang dapat isteri. Tak lupa juga kepada sahabat yang menerima musibah di bulan baik ini, takziah dari warga sekolah semoga terus tabah mengharungi masa-masa sukar dengan penuh keyakinan kepada Illahi.
Cerita pertama di pagi jumaat ini.
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah sekali lagi mengadakan sesi motivasi yang kali ini khusus untuk program pecutan akhir ke arah menghadapi peperiksaan. Kali ini UBK menjemput Ustaz Izab Hambali bin Hamzah seorang pendakwah dan imam masjid kawasan Bandar Baharu Kedah untuk menyampaikan ceramah. Ceramah kali ini lebih menjurus kepada pengisian rohani dan keteguhan kekuatan dalaman pelajar untuk bersedia menghadapi peperiksaan dengan sasaran kepada calon PMR dan SPM tahun ini sahaja.
Ustaz Izab dalam sesi awalnya beliau menarik perhatian semua pelajar dengan mengajak mereka bersama mengalunkan zikir dan selawat sebagai penyucian diri dan hati. Menurut beliau dengan sentiasa mengalun zikir seperti ini dapat mempatrikan diri kita dekat dengan Allah.
Manusia mempunyai dua potensi yang sememangnya dikurniakan kepada setiap orang, samada potensi untuk gagal atau untuk cemerlang. Kedua-keduanya diterapkan kepada kita bermula sejak lahir sehingga dewasa. Tiada bayi yang lahir, telah dipertontonkan nasibnya samada gagal atau cemerlang, semuanya melalui proses menuntut ilmu yang memerlukan masa dan guru untuk mengajarnya. Ujarnya ketika memulakan sesi.
Beliau turut memetik kata-kata dari Imam Syafie, untuk cemerlang dalam menerima pendidikan ini perlu kepada kecerdikan, kesabaran, besederhana, mendampingi guru dan harus memperuntukan masa untuk belajar. Semua ini amat penting dalam setiap individu jika ingin berjaya di dunia dan akhirat.
Belajar perlu sabar dan sentiasa mentaati guru. ujarnya lagi menuntut ilmu sememangnya amat sukar dan memerlukan pengorbanan dari semua segi samada masa, tenaga hingga kepada wang ringgit.
beliau turut menempelak sikap pelajar yang juga remaja masa kini yang tiada lagi rasa hormat pada guru, ibubapa dan orang yang lebih tua darinya. Mengambilkira isu dimana pelajar membelasah guru dan memaki hamun guru, adalah tidak wajar lagi seseorang itu digelar pelajar. Sikap seorang pelajar katanya perlu mentaati guru dan juga yang utama mentaati Allah.
Beliau turut bimbang dengan sikap anak remaja yang kini boleh dikatan derhaka kepada Allah apabila mengabaikan tuntutan sembahyang. Berapa ramai anak remaja masa kini telah lama meninggalkan amalan sembahayang yang kini menjerumuskan mereka ke kancah keruntuhan akhlak yang teruk. beliau mengingatkan kepada semua pelajar untuk sentiasa menjaga sembahyang agar dapat menjauhkan diri dari sikap yang keji.
Pelajar perlu menghargai para guru yang telah bersedia memberi ilmu dan didikan kepada kita semua agar dapat menjalani hidup dengan lebih baik dan sempurna.
Diakhirnya beliau mengharapkan pelajar tetap tekun menimba ilmu terutama ilmu agama kerana bukan semua dipilih untuk mendalami ilmu agama. Majlis ceramah diakhiri dengan alunan doa bersama-sama pelajar.

05 September, 2010
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AIDILFITRI 1431
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:58:00 PG
| No comments
Jumaat, hari akhir persekolahan dibulan ramadhan ini dilansungkan majlis perhimpunan khas sempena hendak menyambut Aidilfitri. Majlis dimulakan dengan doa oleh pelajar Adik Shahidan bin Mustafa dan terus dengan sesi ucapan.
Dimulai dengan ucapan oleh guru bertugas mingguan bagi minggu ini, Ustaz Mohd Shahril Ibrahim. beliau mengulas berkaitan isu disiplin, kebersihan dan kesihatan pelajar sepanjang minggu lalu. Tidak banyak yang diutarakan, beliau turut mengulas lanjut berkaitan peperiksaan ujian percubaan SPM dan ujian selaras 2 yang berlansung minggu lalu. Ramai pelajar tidak mengambil penting tentang peperiksaan, ini berdasarkan ada pelajar yang tidak hadir mengikuti peperiksaan tersebut.
beliau mengharapkan pelajar sentiasa bersedia untuk belajar dan menanam minat serta keikhlasan dalam hendak menuntut ilmu di sekolah ini. Cabaran yang lebih besar dari sekolah lain dalam nak mencari ilmu di sekolah ini. Ujarnya lagi.
Ucapan seterusnya oleh Penolong Kanan 1, mewakili Pengetua sekolah Ustaz Mohd Azahar Bin Abu Bakar. Dalam ucapanya juga menyentuh mengenai prestasi sekolah yang menurun berdasarkan keputusan percubaan PMR yang telah lalu. Beliau menegaskan kepada semua calon peperiksaan awam sekolah ini untuk mengambil berat tentang peperiksaan yang bakal dihadapi. Saranan beliau untuk semua calon lebih memberi fokus kepada pelajaran, tidak lagi sambil lewa dan banyak bermain untuk memastikan keputusan sekolah ini kembali meningkat.
beliau turut menambah, pihak sekolah melalui unit akdemik telah menyediakan salinan soalan-soalan gerak gempur untuk diselesaikan calon ketika waktu cuti ini. Soalan-soalan ini telah dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Di akhir ucapan beliau, beliau amat mengharapkan kerjasama dan keterlibatan yang maksimun oleh semua warga sekolah dalam hendak memastikan peningkatan akademik dan pencapaian gred sekolah meningkat. Semua pihak harus bersama memperbaiki keadaan demi kecemerlangan yang diimpikan. Beliau turut menasihati agar semua pelajar berhati-hati ketika merayakan Aidilfitri, tidak bermain mercun atau melakukan perkara yangboleh membahayakan diri. Akhirnya beliau mewakili semua warga sekolah mengucapkan selamat berhari raya kepada semua warga sekolah dan pihak yang berkaitan lansung dengan sekolah. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan hari raya oleh sekolah kepada pelajar-pelajar miskin, anak yatim dan pelajar yang ditimpa musibah. Unit HEM melalui Cikgu Mohd Nazruddin Abd RAsid selaku terajunya memlih seramai hampir 50 orang pelajar sebagai penerima bantuan tersebut yang meliputi anak yatim, fakir miskin dan turut tidak ketinggalan penyampaian bantuan derma kilat kepada adik Nurul Afikah Bt Rosli dan Adik Fatin Nabila Binti Sharip yang menerima musibah rumah keluarganya terbakar minggu lalu di Kg Tok Ngah Kuala Kurau.
Layan foto sekitar majlis

Adik Fatin Nabila Sharip ketika menerima bantuan dan derma kilat dari semua warga sekolah yang disampaikan oleh tuan Pengetua Hj Mohd Said Hasnik

AL-FATIHAH ... TAKZIAH BUAT USTAZAH SURYANI
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:38:00 PG
| No comments
Ketika semua kita sedang bergembira hendak menyambut Syawal yang bakal tiba, sahabat kita ditimpa ujian yang menduga keimanan dijiwa. Ketika sebahagian kita dan empunya diri sedang mengikuti kursus penguruan, melalui interaksi kali ini meninggalkan kenangan yang pedih untuk diingati. Ketika semua para isteri sibuk menantikan hari raya untuk bersama keluarga dan suami tercinta. Rakan setugas kita ini terpaksa menerima ketentuan Illahi dengan perginya suami tercinta mengadap Allah di bulan mulia ini.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
ALFATIHAH
SAMA-SAMA KITA SEDEKAH DOA DAN BACAAN YASIN UNTUK ARWAH

admin. Lagu Raya yang menjadi latar bunyi dikeluarkan diganti bacaan yasin bagi menghormati perginya suami Ustazah Suryani menghadap Illahi
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
04 September, 2010
MAJLIS KHATAM DAN BERBUKA PUASA 1431
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:50:00 PTG
| No comments
Saban tahun apabila tibanya Ramdhan sekolah ini melalui Panitia Pendidikan Islam akan mendakan aktiviti keagamaan sebagai satu cara menghidupkan Ramdhan dengan kegiatan agama dan pengisian rohaniah. Bulan Ramadhan tahun ini juga tidak terkecuali pihak sekolah menganjurkan akiviti yang bersesuaian dengan bulan yang penuh berkat ini.
Melalui Jawatankuasa Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), telah merencana program tadarus Al-quran sepanjang Ramadhan ini. Para Pelajar diagihkan mengikut kumpulan dan diminta membaca ayat-ayat Al-quran mengikut Juzu' yang ditetapkan bagi setiap kumpulan.
Pada hari Khamis yang lepas, telah diadakan majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka puasa sebagai tanda tamatnya program tadarus sepanjang Ramadhan ini. Majlis yang dimulakan sekitar jam 6.00 peang ini dimulai dengan khatam al-quran oleh 10 orang pelajar yang dipilih dari setiap kumpulan tadarus. Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Mohd rozi Abd Wahab ini diakhiri dengan bacaan tahlil.
Program ini turut memberi kesempatan kepada semua warga yang hadir untuk berbuka puasa bersama beramai-ramai. Kesempatan bersama ketika berbuka puasa ini mampu mengeratkan lagi silaturrahim semua warga sekolah.
terima kasih kepada yang meluangkan masa bersama hadir berbuka puasa.

11 Ogos, 2010
Santai bubur lambuk
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:20:00 PG
| No comments
Hari ini 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431, Kelab guru dan kakitangan sekolah telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk. Aktiviti memasak yang dimulakan pada waktu pagi melibatkan kerjasama dari guru dan kakitangan yang mempunyai kelapangan waktu terluang.
Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyediakan bubur bagi diagihkan kepada masyarakat kampung yang berhampiran dengan sekolah. Disamping itu dapat lagi mengeratkan tali silaturrahim sesama warga sekolah dan masyarakat.
Idea mengadakan aktiviti digerakkan oleh Puan Teh Nur Akmal Kusni yang juga merupakan s/u PIBG. Semangat kerjasama dapat dipraktikkan dengan baik dan dalam keadaan santai walaupun ketika dalam waktu kerja.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH
.... Caiyo3x.. Warga Al-Hidayah ..

Langgan:
Catatan (Atom)
KREDIT UCAPAN
INFO RINGKAS SEKOLAH
EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK
KOLEKSI YOUTUBE
MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA
PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON
SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010
PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON
SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010