PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:04:00 PTG
| No comments
SUNGAI DUNGUN, 26 MEI 2011 - Satu majlis bacaan yasin dan tahlil sempena sambutan hari guru tahun ini telah diadakan di Masjid Sungai Dungun Bagan Serai. Unit Pendidikan Islam PPD Kerian diberi tanggungjawab mengelola majlis ini dengan kerjasama pihak pengurusan masjid. Majlis yang bermula pada jam 7.00 malam ini telah menghimpunkan pegawai-pegawai pelajaran daerah bersama hampir 500 warga pendidik daerah Kerian.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pungsu Bagan Serai YB Dato Sham Mat Sahat yang juga turut sudi menyumbangkan peruntukan untuk jamuan dalam majlis ini.
Disamping itu, turut sama hadir Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak Ustaz Abdul Samad Shari. Pegawai Pelajaran Daerah En Mat Lazim Idris dan pimpinan induk pejabat pelajaran daerah Kerian.
En Mat Lazim dalam ucapan ringkasnya merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang turut sama hadir memeriahkan majlis dan kepada penyumbang dana program terutama ADUN Alor Pongsu yang sudi membantu.
Menurutnya lagi, berbagai program telah diatur dalam memeriahkan lagi sambutan hari guru bagi daerah ini. Antaranya kempen derma darah, lawatan ziarah bekas-bekas guru, sukan warga pendidik dan bacaan yasin ini.

Ustaz Abdul Rahman, En Mat Lazim dan Ustaz Abdul Samad

Kelihatan YB Dato Sham duduk bersama pimpinan PPD Kerian

Hadirin magambil tempat sebelum bacaan dimulakan

Kelihatan Ketua Sektor duduk bersama Pegawai PPD Kerian
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:39:00 PTG
| No comments
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:29:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 24 Mei 2011- Unit Media Penerbitan sekolah telah mengorak langkah dengan menyediakan satu lagi medium penyampaian maklumat yang baru. Medium yang dimaksudkan adalah pelancaran radio rasmi sekolah yang telah mula beroperasi hari ini. Menurut penyelaras unit media En. Mohd Shahril Ibrahim, melalui kemajuan capaian internet ini digunakan sepenuhnya oleh unit ini untuk menyediakan medium yang pelbagai sebagai usaha menyampaikan maklumat kepada umum berkaitan sekolah ini.
Penubuhan radio ini mungkin suatu yang baru bagi warga sekolah ini, namun radio online ini telah lama wujud dan terdapat begitu banyak radio online yang beroperasi 24 jam sehari. Ditanya lanjut mengenai objektif utama diadakan radio online ini, radio ini digunakan untuk menyampaikan visi misi sekolah kepada umum dengan cara yang lebih santai dan diselang selikan dengan ucapan-ucapan serta siri ceramah disamping hiburan berunsur Islam. Sesuai dengan tag pengenalannya
Ceria Meriah dan Dekat KepadaNya, radio ini akan mengetengahkan isi penyampaian berunsur Islam dan mendidik jiwa. Program dan lagu-lagu yang disiarkan sewaktu ke udara juga akan difokuskan kepada proses mendidikan pelajar dan pendengar ke arah tuntutan agama. Waktu siarannya buat masa ini hanya akan ke udara pada jam 8.00-10.00 pagi setiap hari. Namun siaran juga boleh diikuti pada masa lain yang tertentu mengikut keperluan.
Radio ini boleh dicapai melalui
sini atau laman web ini http://alhidayahradio.listen2myradio.com/
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:18:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 23 Mei 2011- Dua orang pegawai dari bahagian audit Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkunjung ke sekolah ini dalam rangka membuat sesi audit kepada beberapa bahagian pengurusan sekolah. Antara tumpuan utama yang diambilkira adalah bahagian keselamatan, kebersihan dan penyediaan makanan asrama.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:10:00 PTG
| No comments
KUALA KURAU, 21 MEI 2011- Seorang warga pendidik sekolah ini telah mengambil peluang menamatkan zaman bujangnya dengan pilhan hatinya sebelum mengharungi masa cuti persekolahan bagi mengikuti interaksi pengajian. Warga sekolah mengucapkan selamat pengantin baru kepada En Mohd Sayuti Mohd Yusuf dengan pilihan hatinya Farihah binti Ismail.

Majlis kenduri sebelah pihak perempuan di Parit Sungai Setar Parit Buntar
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:27:00 PG
| No comments
Kuala Kurau, 16 Mei 2011- SABK Al-Hidayah sekali lagi turut sama mengadakan sambutan Hari Guru sepertimana sekolah lain juga. Melalui jawatankuasa yang dibentuk beberapa pengisian telah dirancang dalam mengadakan sambutan ini. Bermula jam 8 pagi, majlis dimulakan dengan sesi perhimpunan yang diisi dengan bacaan perutusan, ucapan pengetua, nyanyian lagu guru malaysia, lagu tema hari guru 2011 dan bacaan ikrar guru.
Teks perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En Azahar Abu Bakar, manakala perutusan Pengarah Pelajaran dibaca oleh Penolong Kanan HEM En Nazruddin Ab Rasid.
Dalam sesi ucapan Pengetua Tn Hj Said Hasnik, beliau menekankan kepada tugas guru sebagai pelaksana kepada dasar yang dibuat kerajaan. Guru merupakan insan penting dalam menjana dan melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Pengiktirafan yang tinggi kepada guru adalah berdasarkan tugasnya mendidik dan mengajar anak bangsa untuk membentuk masyarakat yang berkemahiran.
Nilai-nilai seperti jujur, akauntibiliti dan mengawal emosi amat penting kepada diri individu seorang guru agar dapat menjadi role model kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia dengan menjaga nama baik dan berkhidmat secara profesional dalam tugas.
Majlis ini turut diserikan dengan persembahan pelajar dan juga pertandingan mencipta kad dan ucapan dari setiap kelas kepada semua guru. Guru-guru turut saling bertukar-tukar hadiah dan menerima hadiah dari para pelajar.
Petikan Ucapan Hari Guru oleh Pengetua
Download Ucapan Di
SINI 
Barisan guru perempuan

Barisan Guru lelaki menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema

Bersiap untuk perarakan masuk
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:59:00 PG
| No comments
PROGRAM : LAWATAN PRA PENYERAHAN ASRAMA LELAKI
TARIKH : 3 MEI 2011
KEHADIRAN : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KPM, UNIT PEMBANGUNAN JPN PERAK, PENGETUA, PK, PENYELIA ASRAMA DAN WAKIL KONTRAKTOR





VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:11:00 PTG
| No comments

Kuala Kurau, 29 April 2011. Hampir 2 bulan berlalu guru ganti Pn. Zakiah Hanim Bt Omar (gambar) bersama warga Al-Hidayah menggantikan seorang guru yang cuti bersalin telah menamatkan tugasannya hari ini. Tentunya banyak pengalaman diperolehi ketika bersama kami warga sekolah ini yang adakalanya bermacam ragamnya. Terima kasih dari warga sekolah dan pentadbiran di atas jasa dan penglaman ilmu yang dicurahkan. Semoga dengan kesempatan menjadi keluarga kami di sini dapat menitipkan pengalaman manis yang takkan dapat dilupakan.
Terima Kasih dari seluruh warga sekolah. Semoga akan lagi berpeluang bersama kami.
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:01:00 PTG
| No comments
Bagan Serai, 27 April 2011. Bertempat di SMK Alang Iskandar di sini telah diadakan pertandingan pantun bagi pelajar sekolah menengah daerah Kerian. Turut tidak ketinggalan penyertaan dari sekolah ini yang menghantar peserta buat kali kedua selepas mencuba nasib tahun lalu. Berbekalkan pengalaman tahun lalu dan latihan intensif yang diberikan pasukan pantun sekolah berjaya memberi saingan walaupun terpaksa akur kalah kepada pasukan pemantun dari SMK Panglima Bukit Gantang.
Tahniah diucapkan kepada pemantun-pemantun sekolah
1. Munira Binti Abd Razak
2. Nurul Aini Binti Samsuri
3. Nurul Liyana Binti Anuar
4. Nur Farhan Bintiu Hasan
5. Shahrizal Bin Ishak


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:35:00 PTG
| No comments
Batu Gajah, 27 April 2011. Unit Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam SPI Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan satu kem peningkatan akademik bahasa Arab kepada pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Perak. Kem yang berlansung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah ini bermula pada 25-27 April 2011.
Menurut Penyelaras Kem ini Ustaz Abdul Kahar Awang Karim. Kem ini diadakan bagi mempertingkatkan keupayaan calon PMR yang mengambil kertas Bahasa Arab untuk memcapai tahap cemerlang. Seramai 4 oarng pelajar dipilih dari setiap sekolah untuk menyertai kem ini. Seorang guru turut dipilih dari sekolah yang menyertai untuk mengelola sesi latihan kepada semua peserta.
Peserta yang merupakan calon PMR tahun ini didedahkan dengan teknik pemahaman, cara membaca kalimah, hafalan tasrif kalimah dan penulisan karangan bagi memudahkan mereka menjawab kertas ini dengan lebih baik pada peperiksaan sebenar nanti.
Turut hadir merasmikan penutupan kem ini ialah Ahli Parlimen Parit Yang Berhormat Drs. Nizar Zakaria. Dalam ucapannya menyentuh mengenai saingan yang ditunjukan SABK kini lebih baik dan mampu mengugat sekolah-sekolah yang lain dari segi pencapaian akademik. Beliau memuji pihak unit Bahasa Arab kerana menganjurkan kem seperti ini bagi memastikan calon kertas Bahasa Arab akan terus cemerlang dan mempertingkatan keputusan diperingkat negeri.
Beliau turut mengulas mengenai perlunya pelajar sedar tugas utama mereka untuk belajar dan menunut ilmu dengan sebaik mungkin. Kecemerlangan yang ingin dicapai perlu kerjasama semua pihak terutama diri pelajar itu sendiri.
Tambahnya lagi, pelajar perlu tahu peranan mereka di sekolah masing-masing untuk bertindak sebagai duta yang membawa perubahan kepada masyarakat hari ini ke arah yang lebih baik. Di akhir ucapannya, beliau mengharapkan usaha seperti ini akan membuahkan hasil yang baik dalam keputusan peperiksaan yang akan datang. Beliau turut mengharapkan agar pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk menjamin kejayaan milik bersama.
Sorotan Foto di
sini Muat Turun Foto-foto di
sini (Fail.rar )







VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:10:00 PTG
| No comments
PARIT BUNTAR, 14 APRIL 2011. Unit pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian telah melaksanakan satu program mempertemukan pentadbir dan ketua bidang dari kalangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di dalam program yang dinamakan taklimat memperkasa SABK Daerah Kerian.
Antara yang hadir di sesi taklimat ini adlah semua pengetua, penolong kanan dan semua ketua bidang yang ada di SABK. Taklimat yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pegawai PPD Kerian En Mat Lazim Idris kepada semua yang hadir. Antara intipati taklimat beliau ialah menyentuh mengenai visi dan misi sekolah mestilah berfokus kepada hala tuju yang ingin dicapai dan disesuaikan dengan harapan pihak Jabatan Pelajaran Perak untuk memastikan pencapaian akademik akan terus meningkat.
Dalam ucapan beliau jugak menekankan kepada pengurusan yang baik kepada semua sekolah SABK agar dapat memberikan contoh yang baik kepada sekolah-sekolah yang lain. Ini perlu meliputi pengurusan sekolah, kurikulum, Hal ehwal Murid dan juga Kokurikulum. Ujarnya lagi ketika mempengerusikan taklimat.
Disamping itu taklimat ini juga membahaskan analisis peperiksaan Penilaian Menengah rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Semua wakil yang hadir cuba
membentangkan kelemahan dan kekuatan kepada keputusan yang telah dicapai oleh sekolah masing-masing.
Diakhir sesi taklimat dibentangkan juga program peningkatan akademik bagi tahun ini di peringkat PPD Kerian oleh unit pendidikan Islam PPD , kemudian ke peringkat sekolah yang dibentangkan oleh wakil pentadbir sekolah berkenaan.

Mendengar dengan teliti taklimat pegawai PPD Kerian

Pentadbir dari kalangan wanita

En Mat Lazim ketika memberi taklimat

Suasana bilik mesyuarat yang baru

Pegawai Khas Pendidikan Islam Ustaz Hasbullah Ahmad

Ketika sesi awal taklimat
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:54:00 PTG
| No comments

Pengetua menerima buku plan strategik 2011-2013 PPD Kerian
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:49:00 PTG
| No comments
SEMANGGOL- 9 APRIL 2011. Unit Pendidikan Islam PPD Kerian dengan kerjasama beberapa buah sekolah telah mengadakan program yang dinamakan Mahrajan Kesenian Islam. Program yang mempertandingkan acara seperti kompang selawat, nasyid dan juga barzanji bagi sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kerian. Pertandingan ini telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian hari ini.
Pertandingan yang dimulakan pagi tadi menghimpunkan beberapa buah sekolah sekitar Kerian yang menghantar penyertaan bagi acara yang dipertandingkan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa peserta yang turut tidak ketinggalan memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran perasmi penutup iaitu Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPN Perak Ustaz Mohamad Bin Yahya dan penolong Pegawai PPD Kerian En. Wahid Ramli selaku wakil PPD Kerian.
En. Wahid dalan ucapan aluannya memberi sokongan penuh kepada penganjuran program seperti ini kerana yakin aktiviti seperti bukan sahaja sekadar aktiviti luar kelas namun ianya menjadi usaha mendidik pelajar untuk bersahsiah cemerlang.
Ustaz Muhamad dalam ucapannya menyentuh penganjuran program keagamaan seperti ini boleh mendidik anak-anak yang masih remaja untuk melahirkan peribadi yang baik kepada generasi akan datang.
Tambahnya lagi, aktiviti seperti ini boleh menjadi aktiviti yang baik untuk mendidik para pelajar mengenal Islam dan mengamalkan segala yang diperintahkan. Melalui program ini lahirlah bakat-bakat yang boleh meneruskan kesinambungan aktiviti keagamaan dalam masyarakat di luar sana.
Diakhir program berlansung majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang-penenang setiap acara yang dipertandingkan.

Kelihatan ibubapa yang hadir bersama memberi sokongan untuk anak mereka

Barisan tetamu jemputan

Persembahan dari dewan Nasyid kategori Menengah

Persembahan dari dataran SMKA - Kompang Selawat

Ustaz Mohamad ketika menyampaikan ucapan

Pasukan Marhaban Al-Hidayah ketika mempersembahkan alunan Rawi Barzanji

Pasukan Marhaban SABK Al-Hidayah bersama guru pengiring

Tetamu kehormat majlis -
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:20:00 PTG
| No comments
En Fadhil bergambar di akhir program bersama para peserta 
KUALA KURAU, 1 APRIL 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SABK Al-Hidayah telah berjaya mengadakan satu kem kepimpinan untuk semua pimpinan pelajar sekolah ini. Dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah, pimpinan pelajar yang terdiri daripada semua pengawas, pengawas perpustakaan, pimpinan kelab dan persatuan dan pimpinan kelas dihimpunkan sekali untuk terlibat dalam program ini.
Pihak UBK telah menjemput sebuah syarikat perunding motivasi yang terkemuka di negara ini dikenali MENJANA DIRI RESOURCES /
menjanadiri.com. Pihak sekolah berasa bertuah kerana pengasas syarikat ini sendiri En Fadhil Majid yang sudi turun padang mengendalikan program ini. Beliau bersama tiga lagi sahabat di bawah pasukan ini datang bersama bertindak sebagai fasilitator kem ini.
Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini, merangkumi aktiviti tazkirah, ceramah, qiamullail dan persembahan pelajar berpidato dan forum. Ketika ditemui, En Fadhil merakamkan rasa bertuah pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini yang masih segar dengan pujian kecemerlangan SPM yang lalu. Program ini diadakan dengan modul kepimpinan untuk cuba melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berpotensi untuk memimpin diri dan pelajar lain. Tambahnya lagi, melalui modul yang disediakan peserta diberi pendedahan penampilan diri dari segi akhlak, cara bercakap dan cara kepimpinan.
Ketika mengulas mengenai kesediaan peserta mengikuti program ini, di awal program banyak pelajar masih malu-malu dan kurang keyakinan diri, namun setelah melalui modul yang diadakan, para peserta mula menunjukkan keupayaan diri mereka melalui aktiviti yang dilakukan.
Peserta yang ditemui mengulas keberkesanan program ini, menurut mereka program ini dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri mereka disamping dapat mengenal potensi diri. Peserta mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan program motivasi yang lain dari sebelum ini.

mengenal sahabat

Ice breaking - mengenal sahabat

Aktiviti kumpulan

Aktiviti kumpulan

Sempat berbual bersama pengetua

En Fadhil Majid di salam perkenalan bersama pelajar
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
PENAFIAN