Alhamdulilah .. semalam telah berlansung dengan jayanya majlis sambutan Aidilfitri sekolah ini dengan dihadiri hampir 300 tetamu termasuk dari kalangan Ahli Lembaga Pengurusan sekolah, PIBG dan ibubapa. Majlis yang bermula sekitar pukul 3 petang itu tamat lebih awal dari yang dijangkakan berikutan makanan yang hampir habis dan tetamu kebanyakkannya datang awal. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Othman, kemudian disusuli ucapan oleh penyelaras ICT, saya la tu ... dan ucapan serta pelancaran portal web baru sekolah oleh Pengetua sendiri. Ada bebrapa 'insiden' yang mencuit hati sepanjang majlis berlansung ... antaranya .. ketibaan lewat 'satay' menyebabkan AJK program dah jadi cuak sebab tetamu dah mula menjamah makanan namun satay masih belum tiba. Selain itu, kebanyakkan guru memperagakan pakaian hari raya, masing2 dengan tema yang tersendiri. Majlis ini juga menggunakan laman blog interaktif sbg medium menyampaikan ucapan, ucapan dapat diikuti secara 'live' melalui blog sekolah dan dibaca oleh semua pengunjung. Siaran secara lansung ini dibawakan yang terbaik oleh warga unit ICT sekolah.Kemeriahan masih berlansung dengan baik walaupun sambutan agak kecil-kecilan sahaja. Terima Kasih pengunjung yang sudi hadir, terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada AJK program yang cukup komited memastikan program ini berjalan lancar. Terutama unit persiapan yang cukup kreatif memperhias dewan.
Jom layan sebahagian foto best majlis sambutan raya di At Tahzib dan Maahad Ridwan .. dan semestinya di Al-Hidayah juga. Nantikan VCD rakaman sambutan dan akan dijual dgn harga RM5/ 1 unit. Terbitan msi creative
Jom layan sebahagian foto best majlis sambutan raya di At Tahzib dan Maahad Ridwan .. dan semestinya di Al-Hidayah juga. Nantikan VCD rakaman sambutan dan akan dijual dgn harga RM5/ 1 unit. Terbitan msi creative
0 komentar:
Catat Ulasan