PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 12:29:00 PG
| 1 comment
Kuala Kurau, 26 April 2012 - Sekolah telah mengadakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 sebagai meraikan kejayaan yang diperolehi pelajar. Majlis yang diadakan secara sederhana ini telah dihadiri hampir 50 orang ibubapa pelajar. Pihak pengurusan program menghadkan kehadiran kali ini kepada hanya pelajar dan ibubapa yang berjaya memperolehi anugerah untuk hadir. Ini berikutan peruntukan dana program yang agak kecil bagi menampung semua pelajar. Namun majlis tetap berlansung meriah dengan beberapa anugerah diwujudkan bagi mengiktiraf kejayaan pelajar.
Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Nazruddin Abd Rasid, anugerah pada tahun ini turut meraikan pelajar cemerlang pada tahun 2010. Ini berikutan, pada tahun lalu pelajar cemerlang ini tidak dapat mengikuti majlis anugerah kerana ketika itu keputusan belum diumumkan. Kita turut menyampaikan penghargaan berbentuk sijil kepada pelajar-pelajar yang hadir penuh ke sekolah sebagai usaha menggalakkan pelajar lain bermotivasi untuk hadir ke sekolah.
Ucapan perasmian disampaikan oleh Ustaz Shaari Bakar yang hadir mewakili Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Dalam ucapannya beliau menyebutkan beberapa tips dalam usaha mencemerlangkan sekolah.
1. Pentadbir yang cekap dan bekerjasama
2. Guru-guru yang berdedikasi
3. PIBG yang pandai mengurus
4. Ibubapa yang prihatin
5. Pelajar yang bermotivasi
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari pasukan nasyid sekolah. majlis diakhiri dengan panyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang mengikut kategori yang disediakan.
Petikan ucapan perasmi bersama Ustaz Shaari Bakar
Slide foto-foto yang sempat dirakamkan
PENAFIAN
1 komentar:
Terima kasih di atas perkongsian..
Catat Ulasan