TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

27 April, 2012

Lensa Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:29:00 PG | 1 comment

Kuala Kurau, 26 April 2012 - Sekolah telah mengadakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 sebagai meraikan kejayaan yang diperolehi pelajar. Majlis yang diadakan secara sederhana ini telah dihadiri hampir 50 orang ibubapa pelajar. Pihak pengurusan program menghadkan kehadiran kali ini kepada hanya pelajar dan ibubapa yang berjaya memperolehi anugerah untuk hadir. Ini berikutan peruntukan dana program yang agak kecil bagi menampung semua pelajar. Namun majlis tetap berlansung meriah dengan beberapa anugerah diwujudkan bagi mengiktiraf kejayaan pelajar. 
Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Nazruddin Abd Rasid, anugerah pada tahun ini turut meraikan pelajar cemerlang pada tahun 2010. Ini berikutan, pada tahun lalu pelajar cemerlang ini tidak dapat mengikuti majlis anugerah kerana ketika itu keputusan belum diumumkan. Kita turut menyampaikan penghargaan berbentuk sijil kepada pelajar-pelajar yang hadir penuh ke sekolah sebagai usaha menggalakkan pelajar lain bermotivasi untuk hadir ke sekolah.
Ucapan perasmian disampaikan oleh Ustaz Shaari Bakar yang hadir mewakili Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Dalam ucapannya beliau menyebutkan beberapa tips dalam usaha mencemerlangkan sekolah.
1. Pentadbir yang cekap dan bekerjasama
2. Guru-guru yang berdedikasi
3. PIBG yang pandai mengurus
4. Ibubapa yang prihatin
5. Pelajar yang bermotivasi
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari pasukan nasyid sekolah. majlis diakhiri dengan panyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang mengikut kategori yang disediakan.


Petikan ucapan perasmi bersama Ustaz Shaari Bakar


 Slide foto-foto yang sempat dirakamkan

HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK UNTUK KELAS ABU BAKAR
MUHAMMAD AZWAN BIN JEMAIN
MOHAMAD FAZLI BIN AZHAR
MUHAMMAD IKMAL BIN MAT NAYAN
MUHAMMAD FADZLI BIN HAMZAH
MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD SALLEH
MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL SALAM
MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ABDUL AZIZ
 NOORALINA BINTI MUHAMAD
MIMI NUR SUHADA BINTI SHOA’ID  

HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK UNTUK KELAS UMAR 
HIDAYATUL NADIAH BINTI MOHAMAD RAFIE
 NUR ALIA BINTI MOHD SAID
WAN NUR LIYANA BINTI WAN ISHAK
INTAN NURFAIRUZ BINTI AHMAD
SITI NURYUHANIS BINTI KHAIRUDDIN
NUR AMIRA SYAKIRAH BINTI ASPAR
MOHAMAD HAIDIR BIN ABD HALIM
MUHAMAD IZZAZUL HAFIZ BIN MOHD YUSOFF
 AMIR HAMZAH BIN AHMAD
  
HADIAH KECEMERLANGAN AZHARIAH
MUHAMMAD AZWAN BIN JEMAIN
MOHAMAD FAZLI BIN AZHAR
 MUHAMMAD ASYRAAF BIN SABARUDIN
WAN NUR LIYANA BINTI WAN ISHAK
HIDAYATUL NADIAH BINTI MOHAMAD RAFIE
 ISMANIZA BINTI ISMAIL
 MOHAMAD AZRI RUSYDI BIN MAT ZAKI
MOHAMAD SALAMUDDIN BIN KHAIRUDIN
MOHAMAD ZAKHWAN BIN ZAINUDDIN
 NURUL FARAHANIM BINTI ABDUL HAMID
 NURNAZIFA BINTI MOHD SAID
 ZAINATUL NAZIFA BINTI ABDUL WAHAB  

HADIAH KECEMERLANGAN SPM 2010
NUR SYAHIRAH BT KAMARUZZAMAN 8A
NOR ATIKAH BT MOHD SAHARI 8A
SITI NORFARAHIM BT KHAIRUDIN 8A
RABIATUL ADAWIYAH BT AISA 7A
SITI MURSIDA BT MOHD NORDIN 7A
ARFAH QUDSIYAH BT MUHAMAD YUSUF 6A
MOHAMMAD AZMEER FARHAN BIN MOHD ABDUL AZIZ 5A
NURUL NADZIRAH BT SARIPUDIN 5A
NUR ASMAHASNI BT HASSAN 5A  

HADIAH KECEMERLANGAN SPM 2011
NUR ASHIKIN BT AHMAD 9A
MUNIRA BT ABD RAZAK 8A
ABDUL RAHMAN B MUHAMAD 7A
NOOR EFFATI VITRI BT MUHAMAD NIZAM 7A
MOHAMAD FARIZUL AZMI BIN AB BASID 6A
ABU ZAR BIN SALAHUDDIN 5A
MOHAMAD NAIM B NOORDIN 5A  

HADIAH KECEMERLANGAN PMR 2011
 MOHAMAD AZRI RUSYDI BIN MAT ZAKI 6A
NURUL FARAHANIM BINTI ABDUL HAMID 6A
BADRUL AMIEN BIN JAAFAR 5A
AMIRUL NAIM BIN MOHAMAD HUSNI 5A  

HADIAH KECEMERLANGAN IDADIE 2011 
MOHAMAD RIDZUAN B MOHD SALLEH           JAID JIDDAN
SITI NURYUHANIS BT KHAIRUDIN                   JAID JIDDAN
MUHAMMAD AFIQ B ABDUL SALAM               JAID JIDDAN
MUHAMMAD B ABDUL HALIM                          JAID JIDDAN
INTAN NURFAIRUZ B AHMAD                           JAID JIDDAN
MUHAMMAD ARIF AMINUDDIN B AZLIZAN   JAID JIDDAN
NUR AMIRA SYAKIRAH BT ASPAR                   JAID JIDDAN
MOHAMAD ALIF NAJMI B ABD RASID             JAID JIDDAN
MUHAMMAD FADZLI B HAMZAH                      JAID JIDDAN  

HADIAH KECEMERLANGAN THANAWI 2011
 MUHAMMAD ASYRAF B MOHD ABDUL AZIZ         MUMTAZ
MUHAMMAD ADIB B ABDUL HAMID                        MUMTAZ
MIMI NUR SUHADA B SHOA'ID                                  JAID JIDDAN
MUHAMAD HAIDIR B ABDUL HALIM                        JAID JIDDAN
NURUL KHASANAH BT BAHARI                                JAID JIDDAN
NOORALINA BT MUHAMAD                                       JAID JIDDAN  

ANUGERAH KHAS :
TOKOH AKADEMIK 
NUR ASHIKIN BINTI AHMAD
TOKOH SAHSIAH
MUNIRA BINTI ABD RAZAK
MUHAMAMAD ASYRAF BIN MUHD ABD AZIZ
TOKOH KOKURIKULUM
MOHD FARIZUL AZMI BIN ABD BASID  
TOKOH NILAM 
NUR EFFATI VITRI BINTI MUHAMAD NIZAM

Contoh Buku Program Hari Anugerah Cemerlang klik SINI untuk muat turun.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

20 April, 2012

Bengkel Penulisan Jawi 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:17:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 20 April 2012 - Panitia Azhariah sekolah telah menganjurkan satu sesi bengkel penulisan jawi kepada pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sekolah ini. Bengkel yang bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai kaedah-kaedah penulisan jawi , program ini turut mendapat kerjasama dari semua guru Pendidikan Islam sekolah.
Menurut penyelaras program Ustaz Hamadi Ramli, Fokus utama bengkel ini diadakan adalah kepada pelajar yang telah mempunyai asas dalam mengenal huruf-huruf jawi. Mereka akan didedahkan dengan teknik dan cara menulis jawi mengikut kaedah yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pihak penganjur telah menjemput penceramah yang berpengalaman hampir 4 tahun dalam siri ceramah penulisan jawi ini iaitu Ustaz Sabri Bin Aziz yang juga merupakan salah seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Muazzam Shah Kota Sarang Semut Kedah.
Beliau ketika ditemui, mengucapkan terima kasih kerana usaha pihak sekolah untuk menyebarluaskan teknik dan kaedah yang betul dalam penulisan jawi ini sebagai persediaan kepada pelajar yang terlibat dengan peperiksaan.
'Tulisan jawi ini memerlukan kemahiran dan minat yang tinggi bagi menguasainya, pelajar yang ingin mahir dalam penulisan jawi perlu melalui pendedahan, pembacaan dan pengalaman pelajar itu sendiri, ianya secara tidak langsung meningkatkan penguasaan penulisan'. Ujarnya ketika ditemubual.
Pelajar yang ditemui turut merasa kagum dan teruja kerana dapat mengikuti bengkel kali ini yang telah memberi pengetahuan baru kepada mereka.
Pelajar yang mengikuti bengkel kali ini turut disertakan dengan buku praktis tulisan jawi yang memberi peluang pelajar berlatih menulis perkataan-perkataan mengikut kaedah yang diajar. Buku ini yang telah disusun sendiri oleh penceramahtelah digunakan oleh sekolah-sekolah agama rakyat sekitar negeri Kedah bagi pengajaran matapelajaran Jawi.
Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah dan menaruh harapan kepada pelajar agar ilmu yang diperolehi dipraktik dan dikongsi bersama rakan-rakan.






Antara pelajar yang mengikuti sesi ceramah


Gadget ICT terkini 'Dokumen Camera' digunakan
bagi memudahkan penerangan
ketika sesi penerangan


Pelajar memenuhi dewan makan
bagi mengikuti sesi ceramah


Ustaz Sabri Bin Aziz
Penceramah




VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

10 April, 2012

VIDEO PASUKAN NASYID SEKOLAH DI MAHRAJAN 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:07:00 PTG | No comments

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

09 April, 2012

Mahrajan Kesenian Islam SM Kerian 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:43:00 PTG | No comments
Bagan Serai, 7 April 2012- Bertemoat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Abu Bakar Al Baqir telah berlansungnya program Mahrajan kesenian Islam sekolah-sekolah KPM daerah Kerian. Antara acara yang dipertandingkan pada mahrajan kali ini adalah pertandingan Nasyid, Marhaban dan Tulisan Khat.
Pertandingan Nasyid telah mempertemukan sebanyak 9 pasukan dari sekolah sekitar daerah ini. Manakala pertandingan marhaban yang turut dimasukkan bacaan barzanji hanya menrik perhatian 4 pasukan untuk menyertainya.
Bagi pertandingan tulisan khat pula disertai seramai 60 oarng pelajar yang mewakili hampir semua sekolah menengah daerah ini.
Majlis penutup dirasmikan oleh Pn. Ommi Kalsum Mohamad selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kerian yang turut sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kali ini.
Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dari Unit Pendidikan Islam PPD Kerian yang terus mengekal acara berzanji dan marhaban walaupun tidak dipertandingkan di peringkat negeri agar acara ini terus mendapat tempat dikalangan pelajar. Ianya bertujuan untuk menghidupkan semula acara tradisi umat islam yang kian pudar ketika ini.
Tambah beliau acara nasyid yang sentiasa perhatian merupakan acara yang diminati dan perlu kepada penghakiman yang lebih adil dan dari kalangan yang mempunyai pengalaman dan kepakaran.



Pasukan marhaban sekolah


Pasukan Nasyid sekolah


Ketua pasukan nasyid sekolah Wan Ridzuan Wan Zubir
menerima sijil
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

27 Mac, 2012

Majlis Tadarus AlQuran MTQ 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:42:00 PG | No comments
Semanggol, 24 Mac 2012- Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat daerah tahun ini telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian di sini. Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah, hafazan, syarahan dan kuiz modal insan. Menurut Us Abd Rahman Abd Hamid dari Unit Pendidikan Islam PPD Kerian, pertandingan pada tahun ini hanya mempertemukan pemenang-pemenang dari peringkat zon yang diadakan bulan lalu sebagai saringan kelayakan ke pertandingan ini.
MTQ merupakan acara tahunan di dalam takwim dakwah pendidikan Islam daerah. Pemenang peringkat ini akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
Tema MTQ tahun ini "Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah' amat bersesuaian dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat Islam negera ini untuk kembali mengamalkan isi kandungan kitab ini. Ucapan yang disampai oleh perasmi penutup Ustaz Mohamad bin Yahya Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Ujarnya lagi, tema ini dipilih bagi mengimbau kejayaan umat terdahulu yang sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan tidak mengabaikan tuntutan yang terkandung di dalamnya.
Beliau turut memuji usaha pihak Unit Pendidikan Islam PPD Kerian dengan mengadakan program MTQ ini lebih awal bagi memastikan masa latihan yang mencukupi sebagai persiapan ke peringkat negeri.
Turut hadir Pengetua SMKA Kerian, Mohd Radzi Ismail. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan SMK Abu Bakar AlBaqir (SABAR) dinobatkan sebagai johan keseluruhan.



Peserta menyampaikan syarahan


Hadirin mengikuti majlis penutupan MTQ


Us Mohamad Bin Yahya
Pen. pengarah Pengurusan Dakwah JPN Perak


Johan acara Kuiz Modal Insan
SMK Panglima Bukit Gantang


Johan Syarahan Lelaki
Mohd Shahrizal Ishak
SABK Al-Hidayah

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

22 Mac, 2012

Konvensyen dan Anugerah PIBG Cemerlang 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:28:00 PTG | No comments
Bagan Serai, 22 Mac 2012. Satu majlis konvensyen dan Anugerah kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) cemerlang telah diadakan di Dewan Besar SMK Abu Bakar AlBaqir di sini. Majlis yang diselenggara sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada PIBG sekolah di dalam daerah ini yang aktif membantu pihak sekolah dalam memberi pendidikan kepada pelajar sekolah tersebut.
Majlis yang mempertemukan hampir 300 orang ini terdiri daripada Pengetua atau guru besar sekolah, Yang dipertua, setiausaha dan seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah.
Program dimulakan dengan ceramah khas bertajuk Peranan PIBG Dalam Pembentukan Sekolah Terbaik yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shah Bin Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan.
Menurut beliau, PIBG merupakan satu persatuan yang penting dalam mewujudkan jalinan kerjasama erat bersama pihak pengurusan sekolah dalam usaha mencapai kejayaan. PIBG wajar menjadi penghubung diantara guru dan ibubapa dalam segala aktiviti di sekolah.
Tambahnya lagi, PIBG turut sama boleh membendung gejala tidak sihat yang kini melanda pelajar sekolah dengan sama-sama terlibat menasihati dan memerhati pelajar.
PIBG juga menjadi penting apabila ianya merupakan agen pemuafakatan dan perkongsian pintar kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Melalui pemuafakatan yang dibina, mampu membawa masyarakat membantu pihak sekolah.
PIBG turut memainkan peranan 3 dimensi iaitu sebagai orang tengah diantara komuniti, guru dan ibubapa. PIBG turut berperanan membela nasib guru dengan menjaga kebajikan dan keperluan yang sewajarnya kepada guru dan sekolah.
Hadir merasmikan majlis ialah Dr Hj Abdullah Sani Yahya,pengerusi Biro Pendidikan Kerian mewakili YB Dato Sham Mat Sahat yang tidak dapat hadir.
Turut sama hadir Pn Ommi Kalsom Mohamad, Peg. Pendidikan Daerah Kerian, En Abd Khaidir Jailani Mohamad, Pengetua SABAR, dan YDP majlis pengetua daerah.
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah khas berupa plag, sijil dan baucer peruntukan kepada PIBG sekolah yang cemerlang dan aktif memajukan sekolah mengikut kategori luar bandar dan bandar.


Hadirin yang hadir


Hadirin yang hadir


Dr Hj Abdullah Sani bersalaman dengan hadirin


Dr Hj Abdullah Sani ketika menyampaikan ucapan penutupan


Dr Hj Abdullah Sani menyampaikan plag kepada
YDP PIBG SMK Kerian Tempat-1 kategori
Sekolah Menengah Bandar


Ustaz Mohd Shah Ramli

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Keputusan SPM 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:22:00 PTG | No comments

Kuala Kurau, 21 Mac 2012. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah diumumkan hari ini telah memberi khabar gembira kepada pihak sekolah. Seramai 35 calon sekolah ini telah menduduki peperiksaan pada tahun lalu. Secara keseluruhannya sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus bagi pencapaian peratus lulus. Namun keputusan SPM kali ini mencatat sedikit peningkatan dari segi Purata Gred Sekolah (GPS) iaitu 5.27 berbanding tahun lalu 4.86 menyebabkan kedudukan sekolah menurun dari tempat ketiga tahun lalu ke tempat ke-9 tahun ini.


Berikut ringkasan pancapaian:

Peratus Lulus : 100%

Gred Purata Sekolah : 5.27

Kedudukan :

ke-1 SABK Kerian

ke-9 Daerah kerian

Ke-86 Perak





Calon SPM 2011 hadir mengambil keputusan


Us Azahar menyampaikan sendiri slip keputusan
kepada calon cemerlang
Nor Ashikin Ahmad 9A


Calon menerima keputusan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

05 Mac, 2012

Kejohanan Rentas Desa 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:21:00 PTG | No comments
Kuala Kurau- Pada hari Sabtu 3 Mac yang lalu telah dilansungkan kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini. Seramai 220 pelajar turut serta dalam kejohanan kali ini. Para pelajar diagihkan mengikut rumah sukan dan dilepaskan mengikut kategori.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah lelaki bawah 15, lelaki bawah 18, perempuan bawah 15 dan perempuan bawah 18.
Bagi peserta lelaki dikehendaki menghabiskan laluan sejauh 8 kilometer dan bagi peserta perempuan pula sejauh 6 kilometer.
Peserta berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan di kawasan kampung berhampiran sekolah. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik.





Peserta dilepaskan oleh Pengetua



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Motivasi Pelajar Siri 2/2012 Us Mohd Shah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:01:00 PTG | No comments
Kuala Kurau- Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengadakan siri motivasi kedua bagi tahun ini yang menumpukan kepada pembangunan diri pelajar agama. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Shah bin Ramli yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Medan Bagan Serai.
Antara intipati ceramah beliau, menekankan kepada keikhlasan dalam menuntut ilmu. Setiap pelajar perlu ikhlas apabila ingin belajar dan perlu beradab dalam menerima pendidikan.
Beliau turut menekankan agar diri pelajar perlu bijak dalam usaha menerima pelajaran. Pelajar yang bijak sentiasa menggunakan masa dengan baik dan jangan cuai dengan pelajaran.
Pelajar perlu membahagikan masa dalam hidup seharian, sentiasa fokus dengan pembelajaran di dalam kelas, merancang penghidupan akan datang.
Beliau turut mengemukakan beberapa kaedah yang baik agar pelajar dapat belajar dengan baik.
1. Rancang masa depan
2. Banyakkan senyum
3. Rehatkan badan
4. Jangan bahayakan diri
5. Kukuhkan persahabatan
6. Sesekali perlu berhibur
7. Penampilan yang menarik
8. Jaga kesihatan



Us Mohd Shah ketika menyampaikan ceramah


Pelajar turut serta mendengar



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Latihan Kecemasan dan Cara Pemadaman Kebakaran

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:41:00 PTG | No comments
Kuala Kurau - Dengan mendapat kerjasama dari pihak Balai Bomba Kuala Kurau, Jawatankuasa 3K ( Keceriaan, Kebajikan dan Keselamatan ) sekolah ini telah mengadakan demontrasi kebakaran dan kaedah pemadaman kepada seluruh warga sekolah ini.
Program dimulakan dengan pengujian loceng kecemasan, semua warga perlu bergerak ke dataran perhimpunan yang menjadi tempat berkumpul jika berlaku kebakaran.
Kemudian semua warga diberi taklimat berkaitan keselamatan dan cara menyelamatkan diri dari terperangakap di dalam kebakaran. Turut disampaikan cara mengendali alat pemadam api (APA) yang betul dan bagaimana untuk menggunakannya.
Menurut Penguasa Bomba En Abd Latiff Sulaiman ketika ditemui, beliau rasa teruja kerana pihak sekolah sudi memberikan kerjasama untuk pihak bomba memberikan taklimat khusus mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada sekolah ini.
Usaha ini adalah cara terbaik bagi memberi pengetahuan asas kepada semua warga sekolah dalam pengendalian APA. Ujarnya lagi.
Program turut memberi peluang warga sekolah merasai sendiri cara memadam kebakaran dengan menggunakan APA dengan betul. Demontrasi pemadaman kebakaran turut diadakan dengan kawalan pihak bomba.


Pegawai Bomba menunjukkan cara mengendali APA


Pelajar mencuba sendiri cara memadam kebakaran


Pelajar mencuba sendiri


Taklimat disampaikan kepada semua warga sekolah


En Abd Latiff Sulaiman
Penguasa Bomba Kuala Kurau

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

24 Februari, 2012

KARNIVAL KOKURIKULUM 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:40:00 PTG | No comments


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

15 Februari, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H dan Pelancaran SUMUR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:05:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 15 Feb 2012. Sempena meraikan sambutan bulan kelahiran Nabi Muhamad SAW, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama unit asrama sekolah ini telah mengadakan sambutan di peringkat sekolah. Majlis yang dimulakan dengan perarakan pelajar dari asrama lelaki ke sekolah dengan laungan selawat beramai-ramai.
Dalam reaksi pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik, program ini adalah merupakan salah satu program yang dilaksanakan setiap tahun sebagai meraikan kelahiran nabi dan memberi pendedahan serta galakan kepada pelajar untuk mengasihi nabi.
Menurut penganjur, program ini adalah salah satu program yang ada di dalam takwim program pendidikan islam di sekolah ini.
Turut diadakan sesi ceramah khas sempena Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan Ustaz Jefri Abu Bakar. Beliau banyak mengingatkan hadirin agar sentiasa mencintai dan mengasihi nabi dengan mengamalkan segala yang diperintahkan dan dipamerkan oleh baginda.
Majlis sambutan diakhiri dengan pelancaran program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) peringkat sekolah. SUMUR meliputi 4 modul utama iaitu berbudi bahasa, mutadayyin (amalan agama), penampilan diri dan aspek jati diri.
Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti kumpulan usrah, sambutan hari kebesaran Islam, Hafazan surah Al-Quran, Qiamullail,Nadwah kepimpinan dan banyak lagi aktiviti kerohanian.
Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Nazrudin Abd Rasid dalam sesi penerangannya, aspek utama yang dinilai adalah kebolehan, pengetahuan, pengamalan dan kepimpinan pelajar tersebut berdasarkan merit yang telah ditetapkan.


Petikan Ceramah Khas Maulidur Rasul



Perarakan pelajar



Ustaz Jefri Abu Bakar ketika menyampaikan ceramah


Pengetua Hj Said Hasnik merasmikan gimik pelancaran SUMUR


Penyerahan fail kumpulan Usrah kepada ketua kumpulan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

04 Februari, 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:52:00 PG | No comments
Kuala Kurau, 3 Feb 2012. Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah menyaksikan kehadiran ibubapa seramai 120 orang. Menurut pengetua sekolah, Hj Mohd Said Hasnik dalam ucapan aluannya melahirkan rasa teruja apabila ramai ibubapa sudi meluangkan masa untuk turut sama menyertai mesyuarat agung kali ini. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir dan sedia membantu untuk memajukan lagi pendidikan di sekolah ini. Dalam ucapannya juga beliau turut mengingatkan kembali bahawa sekolah ini masih meneruskan sebelum ini di era Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat dahulu, dengan menawarkan pakej pendidikan secara dua aliran serentak iaitu akademik dan azhariah.
Bagi memastikan peningkatan kepada kedua-dua aliran ini, berbagai program dirangka dan dilaksanakan untuk memastikan pencapaian terbaik dalam keputusan peperiksaan. Turut tidak ketinggalan program tarbiah bagi memastikan anak-anak yang belajar di sekolah ini mendapat didikan asas agama yang kukuh.
Ucapan perasmian oleh En Kamal Abdullah Pegawai Khas KGSK Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, menyentuh tentang keupayaan sekolah ini yang semakin meningkat pencapaiannya berbanding sekolah harian biasa di daerah ini. Ujarnya lagi Pencapaian ini tidak hanya bergantung kepada pihak sekolah malah ia juga mendapat kerjasama dari komuniti setempat dan ibubapa yang sama-sama membantu menyumbang kepada peningkatan kejayaan sekolah ini.
Beliau yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab memantau sekolah ini menyatakan bahawa setiap sekolah di daerah ini mempunyai pegawai dari PPD yang akan memantau dan menyelia pengurusan sekolah agar sasaran pencapaian akan terlaksana.
Beliau turut mengharapkan agar semua pihak dapat saling bekerjsama dalam usaha memberi pendidikian kepada anak-anak yang ada di sekolah ini.

Petikan Ucapan Pengetua



Petikan Ucapan Pegawai Perasmi




Barisan AJK PIBG yang baru sesi 2012/2013


Sebahagian kaum bapa yang hadir


Kaum ibu turut sama hadir


En Mohd Kamal Abdullah
Pegawai Khas KGSK PPD Kerian



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

28 Januari, 2012

Seminar Profesionalisme GPI Daerah Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:51:00 PTG | No comments

Bagan Serai, 28 Jan 2012. Seramai 200 orang Guru Pendidikan Islam daerah Kerian mengikuti seminar profesionalisme bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Abu Bakar AlBaqir (SABAR). Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam (PEKDIS) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ini berjaya menghimpunkan guru agama yang bertugas di Sekolah Rendah, Menengah, SABK dan guru-guru jQAF daerah ini.

Menurut penganjur, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua guru Pendidikan Islam daerah ini berkaitan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan Islam untuk menambah ilmu pengetahuan para guru untuk disampaikan kepada para pelajar.

Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Salmiah Binti Sabran Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak. Dalam ucapannya beliau menyentuh mengenai pencapaian keputusan Pendidikan Islam terutama dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Terdapat sekolah-sekolah yang masih ada pelajar yang gagal dalam matapelajaran ini dan menyebabkan pencapaian di peringkat kebangsaan menurun.

Beliau juga menyarankan kepada semua guru Pendidikan Islam agar sentiasa peka dengan keperluan memberi pendidikan dan tidak mengabaikan tugas yang diamanahkan. Setiap guru perlu membuat inovasi bagi meningkatkan kemahiran dari segi penyampaian pengajaran.

Menurutnya lagi, guru Pendidikan Islam perlu meningkatkan kemahiran melalui kerjasama yang padu diantara satu sama lain dan juga bekerjasama erat dengan pengurusan sekolah. Dalam usaha memantapkan pengurusan matapelajaran agar lebih tersusun dan mencapai sasaran, pihak jabatan akan menghantar pegawai untuk membuat pemantauan ke sekolah-sekolah secara berkala.

Turut hadir ke program ini Pegawai Pelajaran Daerah Pn. Ommi Kalsum Mohamad , Pengetua Sekolah SABAR En Abd Khaidir Jailani Mohamad dan penceramah jemputan Ustaz Ahmad Nasim Bin Abd Raof.



Sebahagian guru lelaki yang turut sama


Pn Ommi Kalsum bersama En Abd Khaidir Jailani, Us Abd Rahman dan Us Ahmad Nasim


Pn Hjh Salmiah ketika menyampaikan ucapan


Guru perempuan yang memenuhi dewan


Sesi pendaftaran


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates